Are you still waiting?

3.7K 230 16
                                    

Lay meletakkan sebiji mug.

"Coffee."

Encik Hafez yang sedang ralit menelaah skrin iPadnya mendongak.

"You made this,bud?"Soal Encik Hafez sambil menjeling ke arah mug berisi kopi di hadapannya.Lay hanya diam,mengambil tempat di salah satu kerusi di meja.

"This is really unexpected."Ujar Encik Hafez berbaur sindiran bersama senyuman sebelum dia mencicip kopi tersebut.

"Where is your wife?"Encik Hafez memulakan perbualan.Lay hanya memandang ke arah ayahnya sebelum dia bangun,menuju ke sinki.

"School."

Encik Hafez menoleh,membiarkan bebola matanya membuntuti langkah Lay. "A teacher?Wow,she must be a good one."Encik Hafez tersenyum lagi. "Then I think I got it.Why you make coffee.It's your breakfast."Encik Hafez melepaskan tawa kecil.Lay tidak mempedulikan guraun ayahnya lalu dia berjalan mecapai beg laptopnya.

"I'm going."

Mendengar sahaja bunyi pintu ditutup Encik Hafez turut bangun.Dia meletakkan mug ke dalam sinki sebelum menuju ke balkoni.Sejenak dia menjenguk ke arah dobi.Kelihatan baju Lay kemas tergantung di ruang jemuran.

"This boy.I told him to appreaciate her."

***

Iman berjalan menuju kelas 5 Wawasan.Sambil berjalan,mulut Iman terkumat-kamit membacakan sesuatu.Dia betul-betul berdoa agar pengajarannya berjalan lancar hari ini.

"Assalamualaikum,murid-murid!"Iman melangkah masuk bersama senyuman yang lebar.

Tiada siapa yang menjawab.Iman menarik nafas.

"Ok.Hari ini kita akan terus pada subjek kita,ya?Subjek Sejarah..."Iman mengeluarkan buku teks.Dilihatnya beberapa orang murid perempuan mula mengeluarkan buku masing-masing sementara yang lain masih tidak menghiraukannya.Mereka seolah-olah tidak perasan akan kewujudan Iman.

Iman cuba untuk tersenyum lagi.Dia mula mengerti apakah makna sebenar 'cekal' yang diberitahu oleh Puan Mariam yang memerangkap guru besar sekolah itu.

"Daniel,mana buku awak?"Tegur Iman kepada seorang pelajar lelaki yang dilihatnya sedang leka berkhayal.Kakinya berada di atas meja.

Daniel yang baru sedar dari lamunannya memandang ke arah Iman.Buat beberapa ketika dia merenung tajam ke arah Iman.

"Cikgu,saya rasa baiklah cikgu pedulikan dia.Berkhayal aje kerjanya.Sila sambung."Seorang pelajar perempuan bersuara dengan lagak seperti seorang juri yang sedang mengkritik.Iman masih tersenyum.

"By the way,apa nama awak?"Soal Iman sambil menepuk perlahan meja pelajar perempuan tadi.

"Alah,cikgu ni.Daniel tu tak tanya pun cikgu tahu.Tak apalah,nama saya Nadya."Nadya menjuihkan bibirnya.Iman secara tidak sengaja melepaskan tawanya.Sekurang-kurang Nadya masih mahu belajar.

"Ok,Nadya.Minta maaf cikgu tak tahu nama awak.Nama Daniel cikgu tahu sebab dia orang pertama yang tegur cikgu kan.Cikgu tanya orang juga.."Kata Iman menarik perhatian Daniel sekali gus mengingatkan semua orang tentang sindiran Daniel tentang 'spek besar' tempoh hari.Dia sekali lagi merenung tajam ke arah Iman sebelum bangun.

Secara jujurnya,Iman kaget apabila melihat Daniel mendekatinya.Semakin Daniel dengannya semakin kuat jantung Iman mengepam.Namun,Iman cuba berlagak tenang.

Semakin dekat.

Dan dekat.

"Becok."

Fuh,kelegaan Iman dibuatnya apabila Daniel terus menuju keluar kelas.Mujur sahaja dia tidak melakukan yang bukan-bukan.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now