01

131 38 30
                                    

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

SURIA mula memancarkan sinarnya, tatkala kokok ayam mula kedengaran bergema di serata pelusuk perkampungan kecil Malverick

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SURIA mula memancarkan sinarnya, tatkala kokok ayam mula kedengaran bergema di serata pelusuk perkampungan kecil Malverick.

Malverick, sebuah perkampungan kecil yang nian indah bersama damainya panorama alam semula jadi. Sesiapa sahaja yang berada di sini pasti merasa tenang dan terpukau akan keindahannya.

Perkampungan ini menempatkan penduduk kampung yang sebahagian besarnya terdiri daripada petani, peladang dan penternak.

INSAN desa bingkas berkejaran di hening pagi tanpa diarah, bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mencari rezeki.

Jendela pagi perlahan terbuka. Sinaran suria mula mencuri menyelinap masuk di celahan awan lalu menembusi kaca bilik Larmina.

Sinaran suria itu menyapa dengan lembut dan mesra, menyuruh Larmina bangun dari tidur. Larmina buka mata perlahan-lahan sambil menggesel-gesel mata dan seketika, dia menggeliat malas.

Embun turun perlahan-lahan ketika fajar melanda daun. Titisan yang jatuh di daun, mengalir lurus meninggalkan garis. Biarkan embun pagi menjadi saksi betapa bersyukurnya makhluk allah atas pemberian Ilahi. Betapa besarnya anugerah yang telah dinikmati selama ini.

Larmina lantas bangun daripada perbaringan lalu membuka jendela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Larmina lantas bangun daripada perbaringan lalu membuka jendela. Dihirup udara segar, sambil pandangannya diarahkan terhadap awan seputih melati. Juga langit, sebiru lautan samudera.

'Hm, cuaca hari ini baik,' bisik hati kecilnya.

Seketika Larmina pun terhanyut, oleh alunan nada sang alam kala hembus angin menggesek dedaunan. Sejuk hawa segar terhirup. Kicau merdu kenari memagut indah dalam lantunan.

Mawar merah dan putih pula mengeluarkan haruman yang menyenangkan, membuatkan kuntum kegembiraan Larmina semakin mengembang di hatinya.

"Mina..." sapa bonda dengan lembut lantas di bibir tua itu, ada senyuman yang terukir. Mata redupnya menjamah mesra setiap inci wajah Larmina.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now