18

27 10 0
                                    

Hujan mula gerimis. Timbunan air terkumpul, mencipta lopak.

Selimut menutupi tubuh Larmina, cukup untuk menghilangkan udara sejuk khas hujan.

Iris hitam Larmina dipejam celik beberapa kali. Kepalanya terasa menyucuk kuat.

'Huh? Dekat mana ni?'

Larmina terdiam sejenak. Matanya masih curiga dengan suasana sekitar.

Namun suasana ini... dia pernah rasa. Bebola mata masih memerhatikan kawasan sekeliling.

Hanya berwarna putih.

Ah! Hospital?

Suasana bungkam seketika dan dirayapi sepi.

Tiada sesiapa yang berada di dalam wad ini.

"Aku..."  Mata dikalihkan ke tangan kirinya. Pedih.

Tangan Larmina kini dibalut oleh bandage. Namun begitu, tompokan merah tetap juga kelihatan di bandage yang putih bersih itu.

"Aku masih hidup?"

Daun pintu yang terkuak tiba-tiba menyentakkan Larmina. Nenek dan Alma melangkah masuk dan menutup pintu dengan tertib.

Namun melihat Larmina yang sudah sedar, membuatkan mereka menapak laju ke arah Larmina.

Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hati mereka. Larmina yang sedar akan kehadiran Nek Mah dan Alma cuba sedaya upaya menggagahkan diri untuk duduk.

"Alhamdulillah kamu dah sedar, cu." Nek Mah menyeka air matanya menggunakan hujung baju.

Sepasang mata letih Larmina menatap wajah Nek Mah, lalu senyuman lemahnya menjamah sebentar ke wajah neneknya itu.

"Nenek ada bawakan makanan untuk cu, cu makan ya?" kata Nek Mah sambil meletakkan bekas makanan di atas meja kecil di tepi katil.

Lambat-lambat walaupun dalam gaya teragak-agak, Larmina mengangguk.

Dalam keadaan ini, seleranya langsung tidak ada namun pabila memikirkan tentang Nek Mah yang bersusah payah bawakan makanan itu dari jauh membuatkan dia akur.

Ubun-ubun Larmina diusap lembut oleh Nek Mah.

"Nek Mah nak basuhkan sudu, sekejap ya cu," ujarnya sebelum perlahan-lahan berjalan ke bilik air.

Alma memerhatikan pergerakan Nek Mah. Nek Mah menoleh dan memberi pandangan penuh makna kepadanya. Seakan faham atas tindakan Nek Mah, Alma mengangguk kecil.

Kini, hanya tinggal Alma dan Larmina berdua di situ. Beberapa detik berlalu begitu sahaja.

"Inilah sebabnya aku tak beri kau berjumpa dengan sesiapa. Tapi kau degil," kata Alma perlahan, memecahkan sepi. Cukup hanya dia dan Larmina sahaja yang mendengar.

Senyuman Larmina memudar. Larmina menarik nafas panjang. Matanya dipejam perlahan.

"Itulah sebabnya lebih bagus kalau Mina mati... tak jadi bahan umpatan sesiapa," ujar Larmina.

Kata-kata yang melantun dari mulut kecilnya itu membuatkan Alma tenggelam dalam arus kata.

Mata Larmina memandang ke bawah, sedikit pun dia tak mahu wajahnya dijamah oleh silau mata kakak tirinya itu.

Pernyataan Larmina cukup membuatkan Alma dihimpit dengan segunung rasa serba salah.

"Kenapa Mina tak mati? Kalau Mina mati, Kak Alma pun dah tak boleh dera Mina," ujarnya lagi dengan selamba.

Mata Alma membulat, terpercik secebis kejutan di wajahnya.

"Kenapa Mina kata macamtu?"

"Salah?" Mata Larmina yang redup semakin membara. Bukan niat mahu kurang ajar namun dia sendiri sudah penat dengan semua ini.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now