08

30 15 2
                                    

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI itu cuaca cerah sahaja. Di kaki langit bola matahari kian meninggi dari arah ufuk timur. Sinarnya memancar seluruh alam perkampungan Malverick.

Tompok awan putih dan biru kelihatan amat jelas sekali. Kicauan unggas riang bersahut- sahutan memecah kesunyian.

Di luar sawah padi dan pepohon pokok mengangguk-angguk perlahan ditiup pawana.

Larmina mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu yang menempatkan bonda. Dulang yang berisi cawan air suam dan semangkuk bubur nasi dibawanya dari dapur.

Sebelum ini Larmina pernah diajar bonda untuk membuat bubur nasi meskipun ia tidaklah sesedap mana kerana hanya menggunakan bahan asas seperti beras, air dan garam.

Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas tikar mengkuang di sebelah tilam nipis bonda. Asap nipis yang keluar daripada bubur nasi yang masih lagi panas itu kelihatan teroleng- oleng naik ke atas lalu menghilang.

Melihat bonda yang masih lena tidur membuatkan dia berasa tidak sampai hati untuk mengejutkan bonda. Larmina selalu melihat perut bonda saat bonda tertidur, bagi memastikan bahawa bonda masih bernafas.

'Kasihan bonda. Gara-gara ayah, bonda terpaksa menanggung derita. Mengapakah ayah sanggup memperlakukan bonda begini? Tidak kasihankah ayah kepada bonda?' cetus Larmina di dalam hati. Kejadian kelmarin terpapar dalam laut fikiran.

"Eh, Mina?" Mata bundar bonda mengerjap beberapa kali. Baru terjaga dari lena.

"Assalamualaikum, bonda." Larmina menghulurkan tangan dan menundukkan wajah.

"Waalaikumussalam," jawab bonda lalu sebuah kucupan diterima Larmina pada dahinya sebelum mereka saling berpelukan buat seketika.

"Bonda, Mina ada masakkan bubur nasi untuk bonda. Bonda makan ya?" ucap Larmina.

"Bonda tak berselera nak makan," balas bonda sebaliknya. Batuk tiba-tiba datang menyinggah, dan suaranya memenuhi setiap pelosok rumah kayu usang itu.

"Bonda, bonda kena makan juga. Kalau tak nanti badan bonda akan lemah lemah, sakit sakit. Mina tak mahulah si ratu hati Mina ni sakit," pujuk Larmina bernada lembut.

Bonda hanya melepaskan keluhan kecil tanpa berkata apa-apa.

"Maaf sebab Mina tak mampu nak masakkan makanan yang sedap-sedap untuk bonda," tuturnya bernada kesal.

"Takpelah, sayang. Mina masak bubur nasi dengan penuh kasih sayang itupun sudah sedap. Tapi bagaimana bonda mahu makan jika puteri kecil bonda pun masih belum mengalas perut," soal bonda sambil tangannya mengelus lembut pipi Larmina.

"Tak apalah, Mina tak lapar. Mari, Mina suapkan bonda makan. Kalau Mina yang suapkan mesti sedap kan?" pujuk Larmina lagi.

Bonda tersenyum mendengar pujukan Larmina. Dia tahu Larmina seorang anak yang baik. Larmina begitu menghormati dan begitu taat kepadanya.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now