03

59 24 3
                                    

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

ALMA menongkat basikalnya lalu meluru masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALMA menongkat basikalnya lalu meluru masuk ke dalam rumah.

"Bonda! Oh, bonda!" panggil Alma dari hadapan pintu.

Tiada jawapan yang kedengaran. Alma membuka sepatu sekolahnya dan meletakkan sepatu itu di tepi pintu masuk.

"Bonda! Alma dah balik," panggil Alma lagi. Tiada sahutan daripada bondanya.

"Aik, senyap je. Belum balik dari pekan kut," fikir Alma sebelum merengus kecil.

Alma melangkah masuk ke dalam bilik lalu meletakkan beg galasnya di atas katil. Kemudian, dia meluru ke dapur lalu mengangkat tudung saji untuk melihat isinya.

"Roti kosong? Heish, habistu nak aku muntah ke makan benda sama ni tiap hari?" rungutnya dalam keluhan sendiri.

Sejak dua minggu yang lalu, makanan itu sahajalah yang menjadi hidangan mereka di waktu pagi, petang dan juga malam.

Naik muak rasanya.

Selera Alma tumpul semula. Dia menutup semula tudung saji itu. Alma kembali ke biliknya dan menukar pakaian seragam sekolah.

Seketika kemudian, kedengaran bunyi pintu hadapan dikuak.

"Bonda dah balik kut," fikir Alma.

'Harap-harap adalah makanan yang bonda beli dari pekan,' cetusnya. Alma meluru ke ruang tamu.

Sangkaannya tepat. Bonda dan Larmina baru sahaja pulang sambil menjinjing beg plastik yang berisi barang-barang keperluan dapur.

"Kamu dah balik, Alma," tegur bonda.

"Baru je Alma sampai. Bonda pergi mana tadi?" tanya Alma.

Beg plastik yang dijinjing bonda bertukar tangan. Alma membuka beg plastik itu.

Raut wajahnya serta-merta bertukar. Langsung ia bertukar menjadi wajah masam mencuka.

"Bonda ke pekan. Bagi kucing jalanan makan tadi. Bonda pun ada belikan barang dapur sikit untuk rumah kita," jawab bonda.

Kucing?

Bonda lebih mementingkan kucing daripada anaknya sendiri?

"Tak ada makananke?" soal Alma dengan nada sedikit meninggi.

"Maafkan bonda ya sayang. Bonda tak cukup duit nak beli makanan siap. Barang dapur ni pun bonda terpaksa berhutang dengan Uncle Duman," balas bonda sebaliknya.

Larmina yang berada di situ hanya diam sambil memerhati.

Alma merengus kasar. Bola matanya diputarkan ke atas.

"Habistu bonda beli makanan kucing tu ada duit pulak?"

"Anak kucing tu lagi memerlukan, Alma. Badan 'dia' kurus kering, sebab tulah bonda tolong anak kucing tu. Maafkan bonda, bonda masakkan lauk untuk Alma, ya?"

"Bonda ni tak habis-habis, kucing! Kucing! Kucing!" tengking Alma.

"Dahlah hidup miskin, lepastu ada hati nak bagi kucing jalanan kurap makan pulaktu. Heish, gelilah!" protesnya lagi.

"Alma, bersyukurlah... Simpan tak kaya, bagi tak miskin. Itu namanya sedekah," balas bonda sebaliknya.

"Bonda, kalau bonda nak sedekah sangat, cuba bonda tengok dekat rumah ni. Ada makanan ke untuk kita sekeluarga? Dari bonda nak bagi makanan dekat kucing-kucing jalanan tu, lagi baik bonda jaga makan minum keluarga kita!" bentak Alma.

“Alma, jangan lupa kita ni kena selalu bersyukur, berkongsi tu pun salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah bagi.”

"Heh, dahlah bonda. Jemu tahu tak, dah bernanah telinga ni asyik dengar benda yang sama. Bersyukur, bersyukur, bersyukur! Tak ada benda lain ke? Huh."

Riak wajah kebosanan jelas terpancar di wajah Alma. Sudah berulang-ulang kali kata-kata bonda menerjah cuping telinga yang sendat dihambur kata-kata nasihat yang serupa.

"Alma masuk bilik dulu, panas rasa berdiri kat sini," ujar Alma. Beg plastik yang berada di tangannya diberi kepada Larmina lalu dia meluru masuk ke bilik.

Bonda terdiam. Matanya sedikit berkaca ditengking sedemikian namun dia cuba menyorokkannya agar tidak terlihat oleh sesiapa. Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan anak-anaknya.

Larmina membawa bungkusan itu ke dapur dam kembali semula sambil membawa segelas air untuk bondanya.

"Nah bonda, bonda minumlah air yang Mina bawak ni. Mina tengok bonda nampak penat sangat," kata Larmina sambil menghulurkan gelas yang dipenuhi air itu.

Bonda Larmina menyambut gelas itu dan terus meneguknya dengan rakus. Kemudiannya, bondanya meletakkan gelas kosong itu di atas meja.

Bonda menyandarkan tubuhnya pada dinding rumah. Wajahnya sedikit kelat.

Bonda termenung memikirkan nasib mereka. Mungkin hari ini Mr. Duman bersimpati dengan mereka tetapi mungkin suatu hari nanti orang seperti Mr. Duman juga tidak mahu bersimpati lagi akan nasib mereka.

"Bonda, jom kita masak? Bonda kan kena makan. Kalau tak nanti badan  bonda mesti lemah," pujuk Larmina sekali gus melenyapkan lamunan bonda yang terbang di awang-awangan.

Dia tahu bonda berasa sedih atas perlakuan kakaknya tadi. Juga hutang mereka yang banyak di kedai Mr. Duman.

Larmina tidak mahu ratu hatinya terus menerus memikirkan perkara yang termateri di hati sehingga jatuh sakit.

Bonda hanya melepaskan keluhan kecil tanpa berkata apa-apa. Lalu, bonda bingkas bangun dan pergi ke dapur. Larmina mengekori bondanya.

Di saat kita menyumpah hidangan makan malam tidak sedap, pengemis di jalanan masih mencari sesuatu untuk alas perut.

Di saat kita meluat dengan kerja yang menimbun, penganggur mengidamkan kerja kita demi sesuap nasi.

Di saat kita benci tinggal di rumah buruk, gelandangan mengidamkan bumbung untuk dia berteduh di malam hari.

Di saat kita meluat menunggang basikal, orang yang berjalan kaki teringin ada sebuah basikal buruk untuk bantu mereka bergerak.

Jangan lupa segala nikmat yang ada hanya kerana cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Jika pandang ke bawah, kita akan sedar betapa besarnya nikmat yang Allah telah pinjamkan kepada kita pada hari ini.

[Bersambung >> FREEDOM - 04]

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now