09

38 15 7
                                    

"Kau fikir aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau ke? Puih!" ayah mendekati bonda lalu mencengkam rambut bonda dengan kuat tanpa secebis belas kasihan.

"Hei, kau dengar sini! Aku, kahwin dengan kau sebab aku taknak jaga si budak Alma tu! Dia tu tak habis-habis membebankan aku."

"Bawa mengucap bang, itu anak kandung abang."

"Kau siapa nak ajar aku soal agama? Kau fikir diri kau tu bagus sangat? Heh, bebal."

Dahi Seyra ditunjal kuat sehingga jatuh terduduk.

PERISTIWA tempoh hari galak terpapar dalam benak fikiran bonda. Terasa sedih bertandang lalui diselimuti kekecewaan.

"Assalamualaikum bonda, Mina sudah balik ni," kata Larmina seiring dengan pintu yang dibukanya. Baru sahaja dia balik dari bekerja di ladang epal berseorangan.

Bonda cepat-cepat menyeka air mata menggunakan hujung baju. Dia tidak mahu anaknya sedih melihat keadaannya begini. Cukup dia sahaja yang menderita dan bukan anak-anaknya.

"Waalaikumussalam, eh Mina sudah balik?" tanya bonda bernada lembut.

"Hihi ya, bonda! Bonda dah makan ubat?" angguk Larmina sebelum bertanya, sambil mengucup tangan bondanya.

Senyuman dihadiahkan buat Larmina. "Bonda belum makan ubat lagi, ubat bonda sudah habis."

"Eh habis? Kalau macamtu biar Mina pergi belikan bonda ubat ya," ucap Larmina.

"Jangan, Mina. Pekan tu jauh. Diluar sana bahaya, Mina masih kecil. Nanti kalau Mina sakit macam mana Mina mahu jaga bonda?"

"Mari, duduk disini."

Bonda menepuk-nepuk tilam nipisnya. Mina membantu bonda untuk duduk bersandar pada dinding kayu rumah usang itu.

"Kerja tadi macam mana? Baik-baik sajakah?"

"Alhamdulillah, baik saja bonda." Larmina sebaliknya menjawab.

"Mina, bonda minta maaf ya? Sebab sekarang Mina terpaksa bekerja untuk sara keluarga kita. Doakan bonda cepat sembuh, supaya keadaan kembali macam dulu."

"Bonda, bonda janganlah minta maaf. Mina suka tau tolong bonda.  Sekurang-kurangnya Mina tak rasa bosan daripada duduk rumah tak buat apa-apa."

Dua pasang bola mata bonda menatap Larmina. Tatapannya syahdu, tapi layu.

'Banyaknya yang aku tak mampu beri buat anakku ini, Ya Allah. Murahkanlah rezeki keluargaku, agar kami dapat merasa sedikit kesenangan. Bukan untuk diriku, namun untuk anak-anak yang aku sangat sayangi. Bantu kami, ya Allah... bantu kami.'

Larmina mengamati wajah bening bonda. Sinar matanya dilindungi mendung. Jelas daripada riak matanya terbayang kesengsaraan dan penderitaan bagaikan tiada kesudahan.

Kata-kata juga tidak mampu untuk menghuraikan segala yang terpendam di lubuk hati terdalam.

Walaupun mulut bonda tidak mengujarkan sebarang bait kata, tetapi Larmina tahu senandikanya meronta-ronta ingin membebaskan segala luahan rasa. Sungguh, Larmina tidak sanggup melihat keadaannya begini.

Tapi, apa yang boleh Larmina buat?

Apa kanak-kanak yang baru berumur sembilan tahun mampu lakukan?

Mata Larmina dikalihkan ke tangan bonda. Tangan tua bonda digenggam kemas. Diamati tangan bonda yang uratnya jelas timbul, lalu dikucup dengan lembut.

Tangan ini... ya.

Tangan ini yang membesarkan aku. Mengusap kepalaku di kala aku menangis dan meraung. Mengelus lembut pipi dengan elusan yang penuh kasih sayang. Bonda menatang diriku dan kakak bagai minyak yang penuh.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now