11

52 16 7
                                    

NAFAS aku tercungap-cungap keletihan. Akhirnya sampai juga ke rumah.

Dari jarak lebih kurang beberapa meter, aku terlihat sesuatu yang aneh dari kebiasaannya. Pintu rumah usang ini terkuak lebar.

Rasa yang mencengkam kuat di dada membuatkan aku berasa pelik, dan...


Tidak sedap hati.

"Aku lupa tutup pintu rumah ke tadi?" cetus aku kehairanan, cuba untuk husnuzon tanpa ada andaian-andaian negatif yang bermain di minda.

"Argh!"

Pekik jeritan itu mengejutkan aku. Segugus debaran mula bergayut di sudut hati. Gelisah, menampar tidak basah pada senja yang gerimis.

Itu...
Itu...
Itu suara bonda!

Jantungku berdegup-degup kencang bagai mahu memecahkan rangka dada. Aku baru teringatkan bonda yang ditinggalkan berseorangan di rumah. Ya Allah, moga tiada apa-apa buruk yang berlaku pada bonda. Lindungi bonda, ya Allah.

"Abang... jangan bang, sakit!"

Badai kebimbangan kini merempuh-rempuh hati milikku. Semakin dekat diriku dengan rumah, semakin jelas bunyi tangisan bonda kedengaran.

Pulangnya petang itu bersama-sama segumpal semangat, azam dan tekad yang baru.

Namun...

Setelah tiba di muka pintu,
Bencana menimpa kerianganku.

Ubat yang didapatkan buat bonda terlepas dari pegangan, jatuh ke lantai.

Hatiku dihempas gunung sesalan yang melumatkan... diri seorang Larmina.

Luluh.

Melihat apa yang terhidang di depan mata, bagai menampar diri dengan kekejaman.

"Aku dah kata aku nak duit! Apasal susah sangat kau nak bagi?" Ayah mencengkam rambut bonda dengan kuat tanpa belas kasihan. Rambutnya ditarik dan diganyangnya sekehendak hati. Raungan bonda, langsung tidak dipeduli.

"AYAH!"

Aku meluru masuk ke dalam rumah dan bergelut dengan ayah. Sedaya upaya aku menggunakan segala kudrat kanak-kanak yang tidak sekuat mana, demi cuba untuk menahan tangan ayah dari terus menyakiti bonda.

"Ayah, jangan yah jangan sakitkan bonda Mina!" jerit aku.

"Argh! Kau ke sanalah budak!" tengking ayah. Nadanya menikam jantung.

PAP!

Tangan keras kematu lelaki separuh usia itu terangkat tinggi. Layangan penampar yang kuat hinggap di pipiku sekali gus membuatkan aku terjatuh. Kepala aku terhentak pada bucu meja mesin jahit.

"Urgh." Terasa pipiku perit dan panas. Berpinar mataku akibat tamparan itu. Beberapa saat segalanya bertukar menjadi gelap.

"Kau, dengan bonda kau sama saja! Tak habis-habis menyusahkan aku! Patutnya kau orang pergi mampuslah!" tengking ayah dengan nada seoktaf.

Suaranya menikam gegendang telinga. Ayah bercakap tidak berteraskan akal.

Siapa yang menyusahkan siapa sekarang ini?

Aku memegang dahiku yang terasa sakit, lalu aku mendapati ada luka yang berdarah pada dahi aku.

"Ya Allah, bantu Mina."

Dengan kudrat yang masih berbaki aku gigih bangun dan cuba menahan ayah dari terus menyakiti bonda lagi.

Pipi bonda ditampar berkali-kali sehingga darah menitis dari bibirnya. Kemudian, tangan lelaki separuh abad itu mencekik leher si isteri.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now