19

33 10 4
                                    

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 BULAN BERLALU.

Beberapa minggu ini, Nek Mah tidak berapa sihat dan hanya terlantar di atas katil.

Kejadian Nek Mah tergelincir di dalam bilik air tempoh hari membuatkan keadaannya separuh lumpuh. Tidak dapat menjalankan rutin harian seperti biasa.

Dan dalam tempoh itu sehingga kini, Larmina dan Alma yang menjaga Nek Mah.

Setelah nenek menjaga mereka saat dua beradik itu tiada tempat untuk bergantung, kini tiba masanya untuk mereka membalas jasa baik Nek Mah.

PAGI masih muda lagi. Matahari masih belum kelihatan di kaki langit.

Rasa kedinginan jelas terasa. Membungkus suasana yang hening. Mungkin kesan daripada hujan lebat yang turun malam tadi. Dekat subuh baru berhenti.

Pagi ini kurasakan
sesuatu yg berbeza.
Entah apa, entah mengapa
Ku tak dapat mengenalinya.

Yang ku tahu hanyalah
ada segenggam rasa
yang merengsak memaksa
memenuhi rongga dada
lalu naik menuju jiwa,
membuatku sesak dan tak berdaya.

Aku memulas tombol pintu bilik nenek. Aku membuka pintu bilik yang tidak berkunci, lalu melangkah masuk dan meletakkan bubur nasi di tepi katil Nek Mah.

Kemudian aku duduk di penjuru katil sambil menatap wajah Nek Mah yang masih lena. Entah mengapa sayu dan pilu meresap ke sarafku.

"Assalamualaikum, nek. Mina datang ni, nak suapkan nenek makan."

"Nek?" hatiku mula disapa tanda tanya.

"Pandai nenek bergurau ya? Hahaha Nek Mah bangunlah, Mina tahu nenek saja je pura-pura tidur sebab nak menyakat Mina."

Melihat tiada sebarang reaksi membuatkan senyuman aku memudar.

"Nenek? Nenek main-main saja kan?" tanya aku. Ada rentak risau di hujung nafasku. Nek Mah masih tidak sedar dari tidurnya.

"Kakak! Kak Alma!" laung Larmina sekuat hati. Mujur hari ini Kak Alma ada di rumah kerana cuti bekerja. Tidak lama kemudian Kak Alma datang ke dalam bilik Nek Mah.

"Ya! Ada apa Mina? Terjerit-jerit nama akak,"

"Nenek..." Mataku dilarikan kearah Nek Mah.

"Kenapa dengan nenek?" tanya Kak Alma beserta kerut-kerut khuatir di wajahnya.

"Mina kejut nenek untuk bangun makan, tapi nenek tak bangun-bangun pun. Mesti nenek nak menyakat Mina ni."

Alma mendekati Nek Mah. Bahu wanita warga emas itu digoncang perlahan.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now