10

35 17 1
                                    

LANGKAH Larmina makin laju. Dia perlu sampai di pekan dengan segera untuk mendapatkan ubat bonda.

Dia risaukan keadaan bonda yang ditinggalkan berseorangan di rumah. Dia risau jika apa-apa yang buruk bakal terjadi pada bonda.

"Aku mesti segera sampai ke pekan dan pulang awal. Bimbang hati ni memikirkan bonda yang keseorangan dalam keadaan tidak sihat," cetus Larmina.

Larmina terus mengorak langkah dengan laju sebelum beberapa detik kemudian, dia berhenti seketika. Mengah.

Peluh yang mengalir di dahi lalu disekanya dengan tangan kanan.

Larmina tidak sabar-sabar lagi untuk tiba di pekan. Fikirannya tidak lepas daripada memikirkan bondanya yang tinggal berseorangan di rumah.

Melihat langit yang mulai mendung membuatkan dia terfikir, bagaimana keadaan bonda di rumah jika hujan nanti?

Sudah tentunya air akan menitik masuk ke dalam rumah kerana atap zink sudah berkarat dan bocor.

Keadaan bonda yang separa lumpuh dan sakit pasti tidak mampu untuk mengambil besen untuk menadah air hujan nanti.

Mina mesti cepat pulang!

Sepanjang perjalanan ke pekan, ingatan Larmina tidak lepas daripada segala peristiwa yang dialaminya.

Kisah ayahnya yang kejam, perangai kakaknya, tentang bondanya yang sakit, tentang dirinya sendiri serta berbagai- bagai lagi. Semua itu berlegar-legar di benaknya.

Entah mengapa, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Larmina sendiri kurang pasti tetapi ingatan-ingatan itu begitu galak terpapar dalam mindanya.

Ada antara kenangan itu yang membakar hatinya. Ada juga kenangan-kenangan itu membuatkan hatinya tersentuh dan ada kenangan yang membuatkan dia berasa sedih. Perasaannya kini bercampur-baur.

Larmina sedih mengenangkan kejadian yang berlaku.

Perasaan marah dan geram tatkala dia teringatkan perbuatan ayah tirinya. Sedih melihat keadaan bonda yang terlantar sakit di atas lantai yang cuma beralaskan tilam nipis.

Penat dengan keadaan dirinya yang terpaksa membanting tulang demi keluarga seawal usianya yang kecil begini.

Dan, bermacam-macam lagi perasaan sehingga langkahnya hampir tersasar ke jalan besar.

PINN!

Hon yang dibunyikan memecahkan lamunan Larmina yang berada di awang-awangan.

STREET!

Larmina memejam mata rapat sambil terjerit kecil. Dia baru tersedar dari khayalannya. Mata dibuka lalu cepat-cepat dia berjalan di bahagian tepi jalan.

Khayalan itu hampir meragut nyawanya sendiri. Dadanya berdetak kencang bagai hendak pecah.

Mujur juga kenderaan tadi sempat membrekkan keretanya. Jika tidak, pasti dia akan menerima kecelakaan ataupun, bakal pergi dijemput Ilahi.

"Astaghfirullahalazim..."

Larmina mengurut-urut dadanya. Dia berasa lega kerana tidak menjadi mangsa kelalaiannya sendiri. Setelah agak tenang, Larmina meneruskan langkah kakinya semula dalam perjalanan ke pekan.


***

15 MINIT KEMUDIAN...

Larmina tiba di pekan. Sebuah kawasan yang dipenuhi pohon dan gunung-ganang menjadi tatapan Larmina. Indahnya!

Langkah dipercepatkan dan kini dia sampai di Pekan Whimsy. Hari ini merupakan hari Jumaat, dimana di Pekan Whimsy akan dipenuhi dengan peniaga dan pembeli di pasar malam.

Larmina hanya terus berjalan sambil memerhatikan gelagat pengunjung di sini. Banyak gerai-gerai kelihatan. Peniaga yang ramai dan mesra cuba memikat hati pembeli.

Keadaan di sini penuh sesak sehingga berlanggar siku dan bahu. Aroma enak makanan yang dijual pula cukup membuatkan dia terliur serentak dengan perutnya yang berkeroncong.

Laparnya...

Larmina hampir kehabisan tenaga setelah penat bekerja dari pagi hingga ke petang dan berjalan ke pekan ini. Penatnya bukan kepalang.

Namun, dia tiada wang yang cukup kerana hendak membeli ubat untuk bonda.

Eh, bonda!

Mina baru teringatkan bonda!

Larmina segera menyedarkan diri dan menyelusuri di lorong sepi bagi menuju kepada hasrat awalnya tadi.

Larmina terus melangkah masuk ke dalam farmasi dan seorang pembantu farmasi datang kepadanya, sedia membantu.

"Cari apa dik?" tanya pembantu farmasi tersebut dengan ramah.

"Ini kak, Mina hendak beli ubat-ubat ini," jawab Larmina.

"Oh, baik sekejap ya," balas pembantu farmasi itu dan segera mencari ubat di rak.

Setelah dibungkus ubat-ubat yang dikehendaki, Larmina menyeluk saku.

Dicari, namun tidak dijumpai. Tangan diseluk kedalam poket seluarnya pula, tidak ada! Larmina sudah mula risau. Dia terdiam seketika dan cuba mengingati sesuatu.

"Erm akak... Mina tak bawak duitlah, tapi Mina perlukan ubat ni untuk bonda. Bonda sakit," kata Larmina dengan jujur. Kepalanya perlahan-lahan menunduk layu.

"Lah... Tidak mengapa dik, biar kakak yang bayarkan untuk adik. Mesti adik penat berjalan jauh kan?" balas pembantu farmasi itu.

Larmina mahu menolak pelawaan demikian, namun jika dia berpatah balik ke rumah akan mengambil masa yang lama.

Larmina juga tidak larat kerana dia baru sahaja balik dari ladang dan dia langsung tidak makan dari pagi lagi.

"Betulkah kak?" tanya Larmina teruja. Soalan itu disambut dengan senyuman si pembantu farmasi.

"Hihi terima kasih kakak cantik!" ucap Larmina.

"Sama-sama adik comel, selepas ini terus balik ke rumah terus tau. Bahaya jika berjalan sorang-sorang di sini, awak tu perempuan. Jaga diri ya," pesan pembantu farmasi tersebut.

"Baik, kakak. Terima kasih banyak, kak. Nanti Mina ganti balik duit ubat ni dekat akak tau. Mina janji," ikrar Larmina.

"Eh tak apa, tak apa. Adik ambil je ubat ni, tak perlu ganti balik. Ibu adik sangat memerlukan ubat ni, adik balik ke rumah cepat ya," balasnya sambil memberikan plastik berisi ubat tersebut kepada Larmina.

"T... tapi kak,"

"Ambil saja, adik jangan risau. Sudah, adik balik ya. Kesian ibu adik di rumah tu,"

"Moga tuhan merahmati kakak," kata Larmina. Perlahan-lahan dia menyambut huluran pembantu farmasi itu.

Pembantu farmasi itu mengangguk, sebelum kemudiannya dia menjura iaitu membongkok dengan menangkupkan kedua tangannya.

Kaki diayun, Larmina berlalu dari situ sambil melambai ke arah pembantu farmasi tersebut.

"Bonda... Alhamdulillah Mina sudah dapatkan ubat untuk bonda!" monolognya sendiri.

Larmina segera berlalu dari situ dengan hati yang berbunga-bunga.

[Bersambung >> FREEDOM - 11]

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now