05

47 18 3
                                    

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RUTIN setiap hari tetap terlaksana seperti biasa. Di waktu pagi sehingga petang Larmina dan bondanya bekerja sebagai pengutip buah epal di ladang.

Hampatan waktu yang begitu mendesak menyebabkan mereka lupa sejenak dunia luar.

Angin menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-pohon yang berjejer di sepanjang jalan.

Mentari bersinar cerah, namun tak terasa bahangnya kerana diselimuti awan tebal. Angin bayu berhembus membisikkan pesan, bahawa petang itu alam memilih untuk berlembut-lembut dengan umat manusia.

Namun dalam ketenangan itu, lain pula keadaan di rumah Larmina.

"Setakat keputusan yang suam-suam kuku tu, baik tak payah pergi sekolah. Buat habis duit aje."

Alma genggam tangan sendiri. Cuba bertahan. Slip peperiksaannya sudah terbang entah ke mana dibaling dek ayah.

"Yah, keputusan kakak okeylah. Tengok ni, ada subjek yang akak lulus tau!" Larmina terpanggil untuk membela kakak tirinya.

"Larmina, kamu diam. Budak-budak tak payah nak menyampuk. Diri sendiri pun tak sekolah, ada hati nak cakap pasal orang."

"Si kakak kamu ni, dia memang dari dulu bengap. Apa yang dia belajar dekat sekolah tu entah." Hamza menambahkan lagi rasa sedih yang sudah berkilo-kilo membakul dalam hati Alma.

"Maafkan Alma, ayah. Alma minta maaf sebab Alma tak dapat beri keputusan yang membanggakan ayah," tutur Alma perlahan. Kecewa dan sedih.

"Maaf, maaf. Naik muak telinga ni dengar. Sikit-sikit minta maaf lepastu usaha satu pun tak ada! Apa nak jadi dengan kamu ni? Haih naik rimas duduk dalam rumah ni. Sudahlah makanan pun tak ada. Balik-balik tunjuk dekat aku keputusan macam itu."

"Abang, kenapa cakap macam itu dekat anak? Alma punya keputusan ni cukup baik, bang," ujar bonda juga membela Alma.

"Lagipun... ini salah kita juga," sambungnya. Nada yang dituturkannya sedikit perlahan.

"Ah! Salah kita? Hei, kamu jangan nak menyalahkan aku pula ya. Manusia kalau nak berjaya hidup susah pun boleh berjayalah! Semua tu alasan je!" sangkal Hamza.

Alma hanya membatu di situ. Tidak mampu untuk membalas. Hamza mahu melangkah keluar namun cepat-cepat ditahan bonda.

"Abang mahu pergi kemana?" soal bonda bernada lembut.

"Aku mahu keluar, nanti aku baliklah," jawab ayah sebelum terus keluar dari rumah. Pintu rumah dihempasnya dengan kuat sehingga terhinjut bahu semua orang yang berada di dalam rumah itu.

Wajah bonda dikalihkan ke arah Alma. Meskipun hatinya turut bersedih, namun tetap dia cuba untuk mengukir senyum.

Alma membongkok lalu mengambil slip keputusannya dan meluru keluar dari rumah menuju ke pangkin.

FREEDOM | KEBEBASAN [✓]Where stories live. Discover now