0 1

139 21 73
                                    

•••

« yura »

" Woi Seo Yura! Kau tak reti nak balik rumah ke apa hah?!" suara si adik menerjah gegendang telinga saat telefon dilekapkan pada telinga.

Aku yang separa mabuk kini segar serta merta. Terkocoh-kocoh aku berlari keluar daripada ruangan tarian. Terpaksa aku berhimpit di dalam lautan manusia yang membanjiri kelab malam ini bagi mencari ruangan yang sedikit sunyi. Kata makian Seo Yuna, adik yang beza lima tahun denganku melalui panggilan telefon tenggelam di sebalik rancaknya muzik bergema.

" Kau nak apa bebal? Aku dah cakap aku sleepover rumah kawan aku malam ni! Tak faham bahasa ke?" aku separuh menjerit usai berjaya keluar dari kelab malam.

Kedengaran rengusan kasar di hujung talian, tahulah aku Yuna sedang bengang sekarang, " Papa suruh kau balik."

Sebelah tangan naik mengurut pinggang. Gigi diketap kuat. Benci dengan perangai orang tuaku yang suka mengongkong walhal aku sudah usiaku bakal mencecah separuh angka 50.

" Apahal pulak? Cakap jelah kat bapak kau tu yang aku tidur rumah kawan! Jangan jadi pembaris sangatlah Yuna!" aku tempelak. Menyampah dengan perangai Yuna. Tahulah anak kesayangan, tak payah nak tunjuk baik sangat.

" Kaulah jangan jadi bebal, bongok! Eyh! Balik ajelah! Bingit la telinga aku dengar papa bebel kat aku pasal kau! Mak tiri kau pulak boleh buat senyap dengan perangai laki dia ni, eyh rimaslah aku! Boleh tak jangan buat masalah Yura?!" amarah gadis itu mula meletus.

Rambut yang melayang layang ditiup angin malam aku sebak kasar. Sakit hati pula dengan Yuna, dah geram dengan papa dilepasnya pada aku. Lelah nak menghadap perangainya.

" Manja! Mak tiri aku, mak tiri kau jugak! Kau anak kesayangan dia kan! Kasi settle lah!"

Yuna merengus kasar.

" Balik! Kalau tak aku beritahu papa kau pergi clubbing!" ugutnya tanpa segan silu.

Tup! Talian dimatikan.

Anak mata digulingkan dengan rasa sebal. Kaki jibam betul! Melihat akan teksi dari jauh sedang menghala ke mari, lekas aku melambai. Kini pancuan empat roda itu sudah berada di hadapanku.

--❦︎--

Seronok sangat! Tiba tiba teksi yang aku naik buat hal dan sekarang aku berjalan kaki seorang diri. Angin malam bukan main suka dapat gigit kulit peha aku yang terdedah. Sumpah sejuk! Menyesal pula tak dengar cakap pemandu teksi tadi.

Semua salah Yuna! Tak cukup call, dia spam message menyuruhku pulang. Rimas betul aku dengan perangai childishnya itu. Senang cerita, aku block contact gadis itu buat seketika. Barulah nyaman sedikit hidupku.

Sambil memeluk tubuh, aku berjalan menelusuri lorong kejirananku yang hanya disinari oleh lampu jalan. Kadang kala telinga dapat menangkap salakan anjing saling bersahutan.

Mata jelingkan pada jam digital di lockscreen. Hampir menginjak tengah malam. Bibirku gigit geram, tak sampai setengah jam aku bersuka ria di kelab terus disuruhnya pulang. Aku bukannya budak bawah umur pun!

Keluar nak release stress kerja pun salah!

Sedang asyik melayani perasaan, sayup sayup bunyi derapan tapak kasut mengetuk pancainderaku. Langkahku semakin dilajukan. Pada masa yang sama derapan tersebut semakin kerap. Sambil kalut berlari, kelam kabut aku menggeledah beg tangan yang dibawa bersama. Mencari bayang pepper spray atau apa sahaja objek tajam yang boleh dijadikan senjata.

Gara gara fokusku berada pada beg tangan, aku tidak sedar di hadapanku ada anak tangga menghala ke jalan bawah. Kaki mencecah udara dan sekelip mata saja kesakitan dapat dikesan oleh seluruh reseptor tubuh. Kini aku sudah tertiarap bersebelahan dengan anak tangga terakhir.

Lutut terasa nyeri, tahulah aku sudah cedera memandangkan aku mengenakan dress hitam ketat extra sendat separas peha sekarang. Tiba-tiba sepasang kasut but berada depan muka aku. Lekas aku pejamkan mata, pura pura pengsan.

Hampir sahaja luruh jantungku saat tubuhku diangkat lalu dipikulnya di atas bahu, persis guni beras. Nyaris aku terjerit. Berkali kali aku memberitahu diri sendiri untuk kekal tenang walaupun sudah pelbagai scenario ngeri terbayang di fikiran.

Fikir Yura, fikir!

Setelah lama aku berada di atas bahunya, gegendang telinga disapa oleh bunyi pintu kereta dibuka. Serentak itu tubuhku yang sudah longlai dibaringkan pada seat belakang. Aku curi-curi buka mata saat pintu ditutup.

Oh gosh, aku jadi mangsa pemerdagangan manusia ke sekarang? Sudahlah ini kali pertama! Patutkah aku excited kerana ini kali pertama? Um, macam salah aje.

Susuk memakai hitam atas bawah itu masuk ke perut kereta lalu memulakan pemanduan. Kepalanya tertutup topi, aku tak dapat lihat fitur wajahnya bagaimana. Sekali-sekala dia menoleh ke belakang bagi memastikan aku kekal pengsan.

Aku pula boleh buat rilek terbaring macam nak pergi vacation. Sepet mata dibuka, merenung keindahan langit malam.

Eh diri sendiri! Kau kena culik ni! Aku mengingatkan diri.

Suara lain di dalam kepala pula menyahut, santai Seo Yura, bukan selalu kena culik. Pengalaman mahal ni! Sekali seumur hidup. Enjoy selagi boleh!

Prosnya aku dapat lari dari masalah keluarga, consnya nyawaku mungkin melayang. Tetapi memandangkan aku juga punya niat untuk tidak teruskan hidup, takde la cons sangat. Tak perlu nak bersusah payah committing suicide.

Tetapi aku tidaklah segila itu untuk mati sebagai masa dagangan.

Bibir diketap, enough masa bermain. Sebabnya makin jauh pula si penculik ni bawak aku lari. Berhati-hati aku bangun lalu menyorok di belakang tempat duduk lelaki itu. Penangan hormon adrenalina baru terasa di segenap salur darah. Teruk aku berdebar. Tangan sudah menggigil. Peluh dingin turut merintik di dahi.

Nak atau tidak, ini aje cara aku lari!

" Sorry tau-"

" Huh?" lelaki itu terkejut. Saat kepalanya berpusing, lekas aku letakkan tangan pada mata. Cuba menutup pandangannya dari jalan raya. Sebelah lenganku dilingkarkan pada lehernya.

Kenderaan yang dinaiki mula terhuyung-hayang. Sebelah tangan lelaki itu memegang stereng, sebelah lagi cuba menepis tanganku. Tidak cukup itu, dia pukul lenganku bertalu-talu. Mulutnya pula tak putus mencarut supaya aku lepas.

Tetapi ini Seo Yura lah! Perempuan yang memang nak mati tetapi bukan dengan cara suicide!

Menggunakan kekuatan yang aku ada, lengan yang berada pada lehernya dikepit erat. Terkapai kapai lelaki itu cuba mencari oksigen. Pautan pada stereng turut terlepas, lengan sasanya cuba rungkaikan tetapi gagal.

Kenderaan yang dibawa mula hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan. Lelaki itu terhantuk pada stereng, aku pula melambung ke dashboard disebabkan inersia. Kepalaku terhantuk kuat. Dalam keadan separa sedar, mata terasa berpinar, aku cuba lari keluar melalui tingkap yang sudah pecah. Tidak kupeduli tubuh mulai terluka dek terkena kaca-kaca halus.

Tanpa aku sedar, aku sudah berada di tengah tengah jalan besar. Bunyi hon mengegarkan gegendang telinga sebelum tubuhku terasa di awangan buat kali kedua.

Bum!

Kepala terhentak pada jalan tar. Terasa cairan hangat meleleh membasahi ruas dahi. Silau pandanganku dengan lampu kereta. Kedengaran juga suara manusia bercakap cakap sebelum semuanya lenyap.

Nampaknya impianku untuk mati tanpa suicide menjadi!

•••

bad.Where stories live. Discover now