- juhwa

30 7 6
                                    

•••

Aku sesak nafas.

Aku tak tahu dah berapa lama aku ada dalam kenderaan ini. Mungkin lama sehinggakan aku sesak nafas. Aku hampir lemas dalam kenderaan yang tiada pengudaraan begini. Lemah aku meraba segenap kerusi kereta bagi mencari telefon bimbit.

Tiada, sama ada aku tak jumpa. Atau dia dah ambil.

Akhirnya aku merangkak ke arah pintu. Pemegang pintu ditarik bertalu-talu dengan kudaratku yang semakin lemah. Setelah semua pintu aku cuba, tahulah aku dia sengaka biarkan aku begini. Dia nak aku mati lemas di dalam kereta.

Melalui pandangan yang kian kabur, aku pasti aku berada di semak atau hutan. Di sekelilingku semuanya hijau. Tertanya-tanya aku di mana sekarang. Mungkin luar negeri atau dalam?

Ah, yang penting sekarang ini oksigen!

Puas aku membanting tingkap mengunakan buku lima, tetapi apa yang aku dapat hanyalah sakit. Tiada peralatan yang dapat membantu sehinggalah aku terpandang penyandar kepala yang terpasang pada kerusi. Gigih aku tarik keluar sehinggalah aku diserang sesak nafas lagi.

Peluh yang merintik aku tepis kasar, menggunakan hujung besi penyandar kepala, aku hentak pada cermin sehingga kesan pecah terhasil. Saat itu aku membanting tingkap tersebut sekali lagi sebelum kaca terburai.

Ada kaca yang terkena kulit, tetapi aku buat tak peduli. Longlai aku memanjat tingkap sebelum aku jatuh bagai nagka busuk ke tanah. Kaca yang jatuh di tanah tadi sekali lagi mencederakan kulit. Aku mengesot menjauhi pancuan empat roda yang tersadai tadi lalu aku rebahkan tubuh pada tanah. Mata dikalih pada langit yang bertona jingga  kebiruan.

Mata dipejam seketika lalu aku celik walaupun sepet. Kalau aku tak bergerak, mungkin aku akan mati kebuluran memandangkan sudah tiga hari sebarang cebisan makanan tak masuk ke perut. Walaupun rasa hendak pitam, tetap aku gagahkan diri untuk bergerak.

Kini aku berdiri tegak, satu langkah diatur aku rasa lututku bergetar. Sesekali aku nyaris tersadung tetapi mujurlah aku tidak rebah. Langkah demi langkah sehinggalah aku temui jalan besar. Ada kereta yang lalu lalang.

Tidak aku memanggil, aku hanya berjalan sehinggalah aku tiada lagi kudarat untuk teruskan. Aku jatuh terduduk di tanah lagi. Lama aku dalam posisi itu, cuba recharge tenaga sebelum aku mahu bangun dan berjalan jauh dari sini. Mungkin dia ada di sini, dan aku tak mahu bertemu dengannya.

Aku tak mahu tertipu lagi.

Sayup-sayup telingaku menangkap bunyi enjin kereta menghampiri lalu berhenti berdekatan denganku. Refleks aku mengelak angkara trauma. Kini kereta itu pegun lalu aku dapat dengan bunyi pintu dibuka dan ditutup serta derap langkah ke mari.

Aku kekal menunduk.

"Cik? Kenapa berdarah-darah ni? Cik okey?" suara garaunya mengetuk gegendang telinga.

Akhirnya aku panggung kepala. Wajahnya aku tak dapat amati dek pandanganku kabur. Yang aku sempat perasan, dia mengenakan hoodie ilustrasi teddy bear pada dadanya.

"T- to- long- sa- ya-." usai berkata begitu, aku rasa otak aku mahu shut down.

" Cik!"

Tangannya sempat menahan tubuhku dari tumbang tetapi semuanya bertukar kelam.

•••

bad.Onde as histórias ganham vida. Descobre agora