2 5

33 7 29
                                    

•••

« yura »

"Perlu ke sampai macam ni sekali?" aku bercekak pinggang sambil merenung tajam pada Juyeon yang duduk bersila di atas katil. Selamba dia melipat pakaian aku.

Aku ulang, pakaian aku!

Kerusi meja solek ditarik lalu aku melabuh punggung di situ, mata pula tunak merenung Juyeon yang bersungguh mahu lipatkan pakaian aku. Mentang-mentanglah aku tunjuk mogok taknak balik lagi sebab tak puas berada di bumi orang!

"Perlu beautiful, takkanlah saya nak biar wife saya honeymoon sorang-sorang. Nanti kita sambunglah honeymoon dekat rumah sendiri ya." dia kenyitkan mata kepadaku seraya memasukkan blouse aku ke dalam luggage.

Oh ya, baju-baju itu semuanya masih baru. Juyeon belikan memandangkan kami ke Georgia hanya berbekalkan passport sahaja. Senangkan jadi orang kaya?

Bibir digigit lalu aku duduk silangkan kaki. Angkuh! Aku tak mahu tenggelam dengan pujukan Lee Juyeon lagi!

"Boleh la ya? Lepas kes pembunuhan area villa kita ni  minggu lepas, saya rasa macam tak secure la sayang kalau nak biar awak sorang. Tambah pulak eomma suruh kita balik jenguk papa sebab papa tak berapa sihat." pujuknya lagi, kini renungan hangat disertakan supaya aku tertipu.

Pantas pandangan dihala ke dinding. Kenapa rasa panas ya? Betulkan telinga aku tak tersalah tangkap perkataan itu?

"Tak sihat macam tak boleh pergi hospital." gumamku dalam nada benci. Bebola mata digulingkan sebagai tanda menyampah.

"Yura." dah kalau Juyeon panggil aku guna nama government, tahulah aku arahannya ini terpaksa aku turuti.

"Fine! Buatlah apa yang kau nak! Kau ni complicated betul lah!" bentakku geram. Pinggul diangkat dari kerusi lalu aku jalan menghentak kaki ke pintu.

Baru sahaja hendak menguak daun pintu, ada tangan lain menarik kayu besar itu supaya tertutup rapat. Bahuku ditolak menyebabkan aku tersandar pada permukaan pintu sebelum kedua tangan Juyeon menempel di situ bagi menghalang laluanku. Semerbak wangian kopi membedil rongga pernafasan.

Nafasku tersekat-sekat. Sesak dadaku tatkala pandangan kami bertemu. Adrenaline rush semakin mengganas.

"What's wrong with you? Kenapa emosi tak stabil sangat ni?" kini kedua tangannya menyentuh lembut bahuku. Tatapan redupnya sedikit berjaya mengusir rajuk di hati.

Daymn, Juyeon tak penat ke layan perempuan kust emosi macam aku?

Riaknya yang kelihatan lain dari selalu buatkan aku bingung. Kenapa dis nampsk risau? Bukankah Juyeon sendiri faham anger issue aku macam mana dan selalu pujuk aku dengsn muka menggodanya? Seketika kemudian anak matanya jatuh ke abdomen aku.

"Tapi kita belum-"

Laju aku menepuk dahi. Ke situ pulak kau fikir!

"Bukanlah! Kau jangan nak merepek! Aku- aku-" tiba-tiba lidah terasa kejung saat aku mahu menyambung ayat. Pantas pandangan dilarilan. Kenapa aku segan ni?!

Pipi aku, gila panasnya!

"Kenapa blushing beautiful? Saya tengah serius ni?" kepalanya disengetkan supaya ada eye contact antara kami.

bad.Where stories live. Discover now