1 5

37 8 47
                                    

•••

« yura »

Did you know, that seasickness is one of the motion sicknesses that occur when your brain can't sense information from your eyes, ears, and body? Disebabkan badan terlalu banyak bergerak dan tidak sejajar seperti apa yang reseptor middle ear dan mata hantar impuls ke otak membuatkan otak kau tak dapat proses apa yang jadu dan kau boleh mabuk melampau? Sehinggakan muntah-muntah, langsung tak boleh nak berdiri tegak macam morning sickness.

Dan begitulah aku sekarang. Sebaik sahaja cruise ini berlayar terus aku rasa nak tumbang. Tadi elok aku sunbathing sambil healing bau laut. Mungkin selepas ternampak entiti Juyeon, demam cakap hi jom getback.

Gebar tebal aku tarik hingga ke paras leher. Mujurlah Hyunjae benarkan aku rehat di stateroomnya selepas lunch tadi. Semenjak simptom mabuk laut menyinggah, langsung keluar sisi caring lelaki itu. Tengoklah, lunch tadi pun dia orderkan room service instead bawa aku ke dinning area di middle deck.

Lama-lama aku rasa panas pula bergulung di dalam gebar. Lantas gebar dilucutkan hingga paras pinggang. Satu bantal aku dakap erat dan aku jumpa posisi paling selesa dan efektif untuk kurangkan rasa mabuk. Lama-kelamaan mataku memberat.

Imaginasiku mula memainkan peranan bagi menghasilkan visual mimpi. Kini aku berada di taman bunga yang dipenuhi segala jenis hiasan semula jadi yang mempunyai petal bewarna warni. Saat itu aku membongkok lalu mengutip satu bunga kecil, tetapi warna birunya memukau.

Forget-me-not.

Lalu diselitkan di tepi telinga. Aku berdiri tegak tatkala hidung menangkap haruman kopi bertebaran di sekita taman bunga. Riang aku berpusing dan mencari kemungkinan ada bunga berbau kopi.

Langkah diatur sehinggalah aku dapat dengar derap langkah asing menghampiri. Haruman kopi kuat menusuk hidung apabila aku hentikan langkah. Kepala berpusing mencari punya bau tersebut.

Lee Juyeon. Figuranya berdiri tidak jauh dari aku.

Aku tidak lari, mahupun bergerak. Pandangan kami kekal bersambung sehinggalah dia mara ke arahku. Tangan besarnya menyebak rambut yang terjuntai sebelum pipiku diusap lembut. Wajahnya menghampiri, matanya turut terpejam. Aku terundur setapak demi setapak dan aku rasa aku jatuh.

Aku tersentak daripada mimpi. Wajah Juyeon yang terbayang-bayang di ruang mata lantas aku cuba hapuskan.

"Shit, another nightmare." aku duduk menyandar pada kepala katil lalu meraup wajah dengan seribu satu rasa. Aku tak suka betul apabila aku perasan fikiranku asyik terfikir-fikir pada tunangan orang itu.

Kau nak jadi penyondol ke Seo Yura!

"Seo Yura." suara garau menyapa.

Aik? Kenapa suara Hyunjae-

Aku panggung kepala lalu terkejut besar. Dah kenapa Lee Juyeon ada dalam stateroom Hyunjae! Hyunjae pulak dah ke mana? Kenapa tinggalkan aku dengan jin toncet ni!

"Kau!" jariku memunding padanya yang enak bersantai di sofa. Selamba bersila panggung.

"It seems you had a good dream. Lama betul aku tunggu kau bangun. Mind to share with me what kind of dreams that you dream of?" dia hampiri katil lalu melabuhkan punggung di tilam. Sepasang anak matanya redup merenung aku yang masih speechless dengan kehadirannya di sini.

"Sila meninggal!"

"Mabuk laut kau dah okey? Atau kau berlakon mabuk sebab nak attention Hyunjae?" nadanya kini kedengaran sinis. Cukup untuk buat aku hangin.

bad.Where stories live. Discover now