0 3

74 19 90
                                    

•••

« yura »

" Pakai terdedah sana sini! Lepas tu pergi clubbing! You deserve it Seo Yura! Memang patut kau kena culik malam itu."

Buat penat aje aku ceritakan segalanya kepada papa, eomma serta Yuna. Masing-masing mempertikai apa yang aku katakan. Malah sibuk salahkan aku keluar bersuka ria dengan memakai pakaian ketat extra sendat. Katanya punca kejadian itu datang dari aku sendiri. Aku yang menempah bala.

Jadi aku hanya duduk berlutut di atas katil. Mendengar segala pernyataan tak berasas yang aku sendiri tak dapat sangkal. Menyesal pula buka mulut. Tapi kalau tak buka muncul pula spekulasi aneh seperti sekarang.

" Mujurlah Juyeon yang langgar kau! Kalau orang jahat lain macam mana? Lepas hampir jadi mangsa pemerdagangan, jadi mangsa rogol pulak! Kau dah besar panjang pun Yura, umur dah 25 takkan tak boleh fikir mana baik mana buruk?!" tempelak papa lagi.

Aku kepal buku lima. Sepanjang-panjang bebelannya itu hanya nama Juyeon melekat. Jadi yang melanggarku adalah Juyeon, abang tiri yang baru diperkenalkan kepadaku tadi.

Selamba sahaja jejaka itu membalas jelinganku dengan senyuman manis. Egh! Meluat!

Kata eomma sepatutnya Juyeon pulang ke rumah semalam, tapi dah kalau dia langgar aku di tengah jalan. Sampai ke pagi tak sampai ke rumah.

Sekali lagi aku kerling Juyeon yang relaks memerhati papa dari jauh. Bibir kuketap geram. Kalau Juyeon tak balik malam tu, takdenya Yuna nak panggil aku balik! Dan takdenya aku diculik malam itu.

Semua salah kau Lee Juyeon!

" Yeobo, sudahlah marahkan budak tu. Nanti darah naik lagi susah pulak." pujuk eomma seraya merangkul erat lengan papa. Matanya sempat menjeling ke mari, mungkin masih marah sebab aku pergi tampar muka anak kesayangannya tadi.

Ada aku kisah? Sungguh puas!

" Kau ingat ya Yura, sekali kau conteng arang kat muka aku. Aku tak teragak-agak nak buang kau dari keturunan aku!" jari telunjuk ditunding.

Sejurus itu, dia berjalan keluar dari wad khas untuk seorang ini bersama eomma. Tengoklah, papa pun penat layan perangai liar aku. Bukan salah aku jadi begini, tengoklah siapa yang mendidik aku sampai jadi begini.

Kini giliran Yuna pula ambil tempat papa. Aku mengeluh berat. Penatnya mental! Lagi perit dari fizikal! Sumpah rasa nak lari hospital melalui tingkap aras 19!

" Cuba kau dengar cakap papa tu sekali. Kau tak penat ke Yura? Almost 25 takkanlah childish lagi?" Yuna duduk di sisiku. Tangan yang tercucuk drip dia capai lalu diusap lembut.

Aku hairan sendiri. Dah kenapa perempuan yang suka menempik tiap kali lihat muka aku persis jembalang sedang berbuat baik? Kena sampuk kah? Sebelah tangan mengenyeh mata. Tak, ini realiti.

" Kau demam ke Yuna?" aku tepis tangan Yuna. Dia langsung beriak risau. Bibir sengaja dijuihkan tanda sedih. Sekali lagi dia capai tangan aku.

" Tapi syukurlah kau selamat Yura. Kau tahu tak aku risau giler kau dengan oppa tak sampai rumah semalam. Kau kena berterima kasih pada Juyo oppa sebab dia selamatkan kau dari kena culik." penuh gemalai dia bersuara. Matanya tidak putus mencuri pandang ke satu sudut di belakangku.

Lekas aku pusingkan kepala. Pandanganku bertemu dengan Juyeon. Enak dia menyandar pada dinding. Senyuman senget untuk Yuna pada mulanya dilebarkan untuk aku. Berderau darah. Kalut aku pandang Yuna semula.

bad.Where stories live. Discover now