1 4

30 9 39
                                    

•••

« yura »

Ke mana sahaja Hyunjae pergi, aku ikut punggungnya sambil heret troli. Bukan apa, aku segan. Aku taknak terserempak dengan mana-mana keluargaku buat masa sekarang. Sudahnya aku membuntut Hyunjae berulang alik dari terminal building hinggalah di passenger service. Berkali-kali aku cuba call Changmin, langsung tak berangkat. Bila aku message Chanhee, katanya Changmin sudah keluar dari rumah dinihari lagi.

Ke- Changmin sesat ni?

"Cik Yura?"

"Ye?" aku pandang Hyunjae persis anak anjing hilang mak. Dia ni nak halau aku naik cruise sorang diri ke?

"Cruise dah nak belayar. Cik Yura memang taknak naik dulu ke? Saya ada hal nak kena settle dekat security checkpoint." ibu jari lelaki itu ditala pada security checkpoint yang berada tidak jauh dari belakangnya.

Aku berdecit perlahan, "Taknaklah. Saya nak ikut awak. Awak yang ajak saya jadi awaklah escort saya."

Hyunjae lurut hujung keningnya dengan jari tengah. Amboi, ada hidden meaning. Ini tengah carutkan perangai mengada aku ke? Kau dah ajak, kau hadaplah!

"Drive ke datang sini?" soal Hyunjae setelah aku diamkan diri.

Geleng, aku naik teksi. Kereta aku buat hal pagi tadi. Dan Changmin lambat sangat pick up aku.

"Baju- oh lupa. Awak cuma bawak diri." lelaki itu usap batang lehernya.

Lekas poket seluar digagarnya lalu satu access card dihulur. Ada nombor bilik tertera di situ. Bersilih ganti aku pandang kad tersebut dan Hyunjae. Teragak-agak aku nak ambil. Sudahnya Hyunjae capai tangan aku lalu letakkan kad tersebut di atas tapak tanganku. Hangat haba dari tangannya berpidah ke stratum corneum aku buatkan tubuhku mengeras.

"Stay dekat bilik saya dulu. Later saya tunjuk bilik Cik Yura. Jangan banyak complain. Pergi naik. Bouquet tu biar saya bawa nanti. Jangan risau, saya tak curi troli Cik Yura."

Cis! Menyampah aku!

Now I wonder apa hubungan Hyunjae dan Juyeon. Sekadar kawan? Boss dan assistance? Atau betul Juyeon sebenarnya cinta hati Lee Hyunjae? Ahhh ghisau! Tapi aku tak pernah nampak kedua mereka saling berinteraksi. Iyalah, aku cuma berjumpa atau ternampak hanya salah satu mereka pada satu masa.

Sudahlah Yura, kau mengelamun sorang diri dari tadi membazir masa je! Hyunjae pun dah hilang dengan troli bunga kau tu. Aku pandang kiri dan kanan, kelibat kelaki itu gaib persis jin toncet. Aku tundukkan kepala memandang kat akses tadi.

W-05-09

Hm, apa maksudnya?

Lambat-lambat aku melangkah seorang diri ke arah terminal building. Cap kembali menutup kepala supaya identitiku tidak dikenali sempat dirapikan. Setelah melepasi security checkpoint, aku lihat Hyunjae sibuk berbincang sesuatu dengan pegawai di situ. Pandangan kami sempat berlaga sebelum aku berlari anak ke boarding point.

Jejak sahaja kaki, sungguh aku terpegun. Hiasan vintage di lobi mendominasi. Jika nak dibandingkan dengan cruise lain yang aku pernah naik dulu, aku suka rekaan cruise ini! Santai dan nampak classic kepada pengujung.

Tiada chandelier mewah yang tergantung atau apa jenis pancutan air yang menyakitkan mata. Hiasan yang ada seperti barang klasik berkaitan dengan sejarah cruise serta ada pameran kecil mengenai serpihan cruise yang bersejarah.

bad.Where stories live. Discover now