2 2

30 9 27
                                    

•••

« yura »

Lenguh aku mengiring ke kiri, langsung aku berpusing menghadap kanan. Gebar ditarik hingga menutup wajah. Kepala turut dibetulkan bagi mencari spot paling selesa. Tiba-tiba aku rasa pelik, kenapa bantal aku rasa hangat? Sudahlah hangat, baru kopi pulak tu!

"Morning beautiful wife-" suara meleret berbaur garau itu mengetuk gegendang telinga. Mamai aku menyelak gebar selimut dari menutup muka. Silau pandangan aku angkara cahaya sang mentari menerobos melalui sliding door. Entah siapa yang selak langsir, sengaja nak sakitkan mata aku.

"Kau ceroboh bilik aku lagi?!" serak suaraku memarahi Juyeon.

Baru aku perasan lengan Juyeon menjadi bantalku. Tetapi aku biar, malas nak bangun.

"Mestilah beautiful, bukankah tempat isteri di sisi suaminya?" ujar Juyeon sambil menjeling pintu balkoni.

Eee menyampah!

Aku merengus kasar. lantas gebar ditarik lalu menutup muka. Mahu sambung tidur! Tiga jam saja aku tidur tadi dek terlalu invested scroll TikTok mencari lokasi yang best di Georgia untuk aku lawati seorang diri bila Juyeon sudah sibuk dengan kerja.

Atas urusan kerja Lee Juyeon yang aku malas nak ambil peduli, kami berada di Georgia. Negara yang aku tak pernah tahu wujud dalam peta bumi. Tetapi aku pelik, urusan kerja apa bendalah kalau dah tiga hari berturut-turut dia asyik menggedik nak menempel denganku. Puas aku mengelak, tetapi ada saja akalnya mencari jalan. Contohnya sekarang.

Setiap kali sebelum tidur, aku akan pastikan pintu berkunci dan malam tadi aku sanggup bazirkan tenaga tolak meja supaya dapat tahan pintu dari terbuka. Tetapi tengoklah, dia tak guna kunci pendua seperti selalu, tapi aku rasa lelaki gila ni panjat melalui balkoni dan gunakan kunci pintu gelangsar.

"Beautiful-" aku rasakan gebar yang aku gunakan bergerak. Serentak itu berlumba-lumba haruman coffee menjelajah rongga pernafasan.

Aku buka saja mata, imej pertama yang masuk ke pupil adalah bayang Juyeon bersama rambut masainya. Sengaja dia mengenakan singlet putih bukan main jarang yang menampakkan asam kepingnya tiap-tiap pagi. Aku tahu tujuannya mahu mencemarkan mata suci aku!

"Aku nak tidurlah! Pergilah buat benda lain!" aku heret gebar lalu kembali mengiring ke kiri. Siap cipta jarak supaya Juyeon tidak mendekat. Telinga dapat menangkap tawa halus lelaki itu.

Senyap seketika, aku juga hampir terlelap dengan menyangka Juyeon sudah bangkit dari katil dan blah. Tetapi sangkaanku meleset tatkala ada satu tangan besar perlahan menjalar pada tubuhku lalu didakap tubuh aku dari belakang. Rapat sangat. Mata yang layu pada mulanya langsung mencelik luas.

"Heish, Juyeon! Rimaslah! Kau memang takde kerja lain ke nak buat?! Dari haritu sibuk nak mengekor aku! Nak jadi stalker ke?!" jeritku sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

Anak mataku jatuh pada otot lengannya yang merangkulku. Namun cepat-cepat aku larikan. Sungguh aku rasa kerdil bila berada dalam keadaan begini.

"Untuk wife saya, jadi pevert pun saya sanggup." ujarnya selamba, siap mengemaskan pelukan. Selamba dia tindih kaki aku dengan pehanya.

"Lepas Juyeon!" aku jerit kecil.

"Kalau taknak?" soalnya dalam nada main-main. Masih tak berganjak.

Jantung aku sumpah rasa nak meletup!

"Lepas aku cakap!" kini kepala ditoleh ke belakang dan mata menjeling garang padanya.

Lelaki itu selamba membenamkan mukanya pada sisi kepalaku. Bikin aku kejung seketika. Kemudian barulah dia menggumam sesuatu sambil mengangkat muka, "Boleh tapi kena morning kiss dulu."

bad.Where stories live. Discover now