- juhwa

23 8 17
                                    

•••

Gedebuk!

"Aghhh!" aku jerit perlahan. Sakit!

Niat mahu berdiri dan berjalan ke pintu terbantut tatkala kakiku terlalu lembik saat mencecah lantai. Kini aku teraba-raba sisi katil untuk berpaut. Namun, belum sempat aku berdiri tegak, pintu bilik sudah terbuka luas menjadikan ruang yang hanya diterangi cahaya lampu tidur bertukar terang-benderang.

Pandangan aku bertemu dengan seorang lelaki asing. Dia menapak ke mari sebelum duduk bertinggung di sebelahku. Aku jeling lelaki itu, penuh amaran.

"Need any help?"

Aku tidak menjawab, sebaliknya merenung t-shirt serta seluar yang masih bercompang-camping dengan kesan darah, tanah dan koyakan. Nampaknya aku sudah kotorkan cadar dan selimut-

Keluhan berat kedengaran. Sekelip mata tangannya melingkar pada belakang tubuh serta di kawasan pelipat lututku lalu aku diangkat ke udara persis tiada jisim. Terkejut punya pasal, aku paut leher lelaki asing itu supaya tidak jatuh ke lantai lagi.

Tiba sahaja di ruangan yang aku sangkakan dapur kerana bau makanan membedil rongga hidung, laju perutku bekeroncong menandakan gastric juice dirembes dengan banyaknya. Lelaki itu letakkan aku di atas kerusi.

Dia kemudian menuju ke tempat berhadapan denganku. Sudu di sisi mangkuk dia capai. Sebelum makan sempat dia mengujar, "Makanlah, sampai ke tengah malam aku tunggu kau sedar semata-mata nak makan dengan kau."

Pandanganku jatuh pada permukaan meja. Ada nasi, semangkuk kimchi stew bersama beberapa side dish di antara aku dan lelaki itu. Sudu aku pegang lalu aku hanya kuis sahaja mangkuk berisi kimchi stew.

Selamat ke tak ni? Kalau dia cuba nak racun aku macam mana?

"Makanlah. Dah seharian makanan tak masuk perut. Kalau dehydration macam mana?" pelawa lelaki itu lagi. Sabar dia menanti aku menjamah terlebih dahulu.

Aku tidak memberi reaksi, sebaliknya kekal bermain pada birai mangkuk kimchi stew. Entah kenapa aku rasa lebih selesa berdiam diri daripada berbicara dengannya. Aku takut, aku takut dia cuba apa-apakan aku, persis dia.

Layanan pada mulanya baik, rupanya syaitan di sebalik topeng.

Lelaki di hadapanku mengeluh lagi. Sejurus itu dia menyudu ke dalam mangkuk yang berisi kimchi stew aku lalu dibawa ke bibirnya.

"See? Selamat, tak kuasalah aku nak sembur racun tikus dalam makanan kau. Makan, nanti kau pengsan lagi aku nak bawa ke mana kalau kau taknak pergi hospital?" panjang lebar leterannya dek risaukan aku pengsan.

Teragak-agak aku letakkan sudu di sisi mangkuk. Sudah mati selera mendengar gurauan racun lelaki itu. What if gurauannya benar dan aku diracun lagi? Sungguh aku takut-

"I'm just kidding! Aku dah rasa kuah kau. Totally selamat sebab aku masak sendiri. Kalau ya aku letak racun, of course aku mati dulu sebab aku makan kau punya dulu. Puas hati?" kali ini jawapannya berjaya membuka hati aku untuk menjamah walaupun sedikit.

Sudu aku ambil semula lalu aku mencedok sedikit kuah kimchi stew lalu aku bawa ke mulut. Dek terlalu gopoh, aku memggelupur sedikit dek kuah panas terkena lidah. Pantas lelaki itu mencapai gelas lalu menuangkan air sejuk. Pandangan kami bertemu lagi.

"Jangan risau, stock racun dalam rumah aku habis. Aku ni takde la jahat sangat." sejurus dia berkata begitu, rakus aku meneguk air sehingga habis. Tahulah betapa dahaganya aku.

Memang nasib baik aku tidak mati akibat dehidrasi.

"Nama awak apa?" dia tersenyum nipis, cukup untuk timbulkan lesung pipit di pipi kananya.

"Lee Juhwa."

"La ada suara rupanya? Umur?" kedua-dua tangannya naik ke meja, memandakan dia semakin tertarik untuk mengenali aku.

Aku pandang lelaki itu lagi. Kali ini bibir terkunci rapat.

"Oh come on! Aku cuma nak kenal kau supaya lagi senang nak tolong! Tadi aku nak bawak kau ke hospital, dalam pengsan pun kau tak bagi. At least aku kena kenal siapa kau sebelum aku boleh benarkan kau menyorok dalam rumah ni dari entah siapa-siapa yang kejar kau tadi. Manalah tahu kau sebenarnya penyangak-"

"22. Puas hati?" laju aku memotong bebelan panjangnya. Sudu dicampak kasar. Kini aku benar-benar tak lalu untuk makan dan hadam makanan di depan mata.

Dia mengeluh berat. Sudu tadi diletak ke tepi. "Susah betul nak kenal dengan kau ya?"

Aku tayang muka bengis.

"Lepas tu jangan kenal!"

Ganas aku berdiri tegak sehinggakan jatuh kerusi yang aku duduk tadi walaupun aku rasa mahu tumbang. Digagahkan diri melangkah ke arah bilik tidur semula diselangi oleh laungan dari lelaki itu dari belakang.

"Kejap, Juhwa! Haish-"

Bam! Aku hempas pintu lalu kunci. Kini aku melorot jatuh di sisi katil bagi mereda rasa bengang.

Selang lima minit, rasa bersalah pula menerpa. Oh shoot, kenapa kau bodoh sangat Juhwa. Kalau dia halau kau, kau nak merempat di mana? Kenapa kau bodoh sangat? Setakat segelas air boleh ke kau tahan sampai esok?

Fuck it! Fuck it! Fuck it! Fuck-

Tok! Tok! Tok!

"Juhwa, er- aku tahu kau marah. Tapi takkanlah kau nak tidur dengan baju kotor macam tu-" ujarnya perlahan di sebalik pintu tetapi aku masih dapat tangkap.

Aku gagahkan diri untuk bangun walaupun kulit pipi rasa tebal beberapa inci.

"Aku tinggalkan baju kat depan-"

Pintu dibuka, pandanganku bersambung dengannya. Dia sambut aku dengan senyuman mesra.

"Ni, baju kawan aku. Aku rasa saiz badan korang sama. Nanti aku bagi cadar dengan selimut baru. Bilik air kau boleh guna dalam bilik ni, ada tuala sekali aku letak. Kalau nak apa-apa cakap tau." penuh sopan dia menutur sambil menghulurkan lipatan baju kepadaku.

Aku rasa aku pula antagonist sekarang walaupun pada awalnya aku rasa terancam.

"Er- nama kau apa?" berat bibir menyebut kata setelah aku menyambut huluran baju.

Melebar senyuman lelaki itu.

"Ji Changmin. 25." ungkapnya.

Masing-masing sepi. Dia pandang aku, aku pula menunduk. Berkira-kira mahu minta atau tidak. Kalau aku tak minta bagaimana aku nak hidup nanti? Tetapi Changmin sudi ke nak tolong aku?

"Aku nak kemas dapur-"

"Er- saya nak mintak tolong something boleh?" permintaan aku berjaya menghentikan tindakan Changmin.

Dia menyengetkan kepala, "Tolong apa tu?"

Ahh- cakap sajalah!

"Tolong belikan pads."

•••

bad.Where stories live. Discover now