2 3

26 8 20
                                    

•••

« yura »

Ceria aku memegang satu cup gelatodessert dari Itali berperisa matcha. Apa yang Juyeon celoteh padaku, gelato juga persis aiskrim, cuma less cream and more milk berbanding ice cream. Sempat mata menjeling Juyeon di sebelah, sibuk dia menyuap gelato menggunakan sudu kayu sambil memerhati kawasan kejiranan kami.

Perasan aku mencuri pandang, terus aku berpura-pura menguis cecair semi-solid di dalam cup aku sendiri. Sejuk gigi aku bila masuk ke mulut!

"Sedap beautiful?"

"Bolehlah, tak manis sangat." acuh tak acuh aku memberi komen. Bawah bibir yang terasa comot disapu dengan ibu jari sendiri.

"Gladly, kalau awak suka. Nanti saya carikan rumah dekat dengan kedai aiskrim, nak keluar date tiap-tiap hari kat situ pun saya tak kisah." celotehnya ceria.

Kepala digeleng perlahan. Hm, itu sajalah apa yang ada dalam kepalanya. Sudu gelato aku letakkan ke dalam cup lalu disua kepada Juyeon.

"Nak rasa aku punya tak? Kita swipe?" aku pelawa, alang-alang mengubah topik yang lelaki ini cuba buka.

Cup di tangan masing-masing beetukar. Juyeon pilih flavor macchiato rasanya. Dari jauh boleh bau kopi. Bittersweet, bolehlah untuk bukan penggemar kopi seperti aku. Sempat aku curi pandang pada Juyeon. Reaksinya lain dari apa yang aku jangka. Dia tampak beekerut saat sudu itu masuk ke mulutnya sehingga dikeluarkan. Tatapanku bertemu dengan mata sepetnya.

"Tak sedap ke?" aku raih semula cup dari tangan lelaki itu.

"Matcha rasa macam rumput." dia senyum meleret. Statement yang berunsur nak tempah keranda awal nampaknya!

Langkah langsung mati. Aku berpusing pada Juyeon bersama muka grumpy. Jemari turut naik mencengkam pinggang.

"Suka hati kau je cop matcha aku rasa rumput! Pastu kau nak cakap aku ni lembu lah?!" pekikku bengang. Sudah tidak peduli dengan fakta kami berada di tempat public.

"Boleh jugak, lembu cantik. Beautiful moo-" ejeknya lagi sambil ketawa nakal.

Alamak, senyuman lelaki itu. Kenapa aku pula yang rasa terpukau sekarang?

"Ish! Menyesal la bagi kau rasa!" pantas aku menghapuskan sisa rasa rama-rama.

Gerak kaki dilajukan ranpa menoleh ke belakang. Jalan laju-laju! Aku nak tengok sejauh mana kesabaran Juyeon nak hadap perangai aku.

"Jangan la macam tu beautiful, kalau relationship kita asyik serius macam hal company je bosan jugak." tiba-tiba Juyeon muncul di sebelah dan merangkul lenganku supaya aku tidak berjalan laju lagi.

Gelato yang tampak mencair aku kuis menggunakan sudu. "Macam mana kau tahu aku suka flavor matcha?"

"Pharmacist saya, Hyunjae tahu. Surprisingly, he knows a lot about you." melalui ekor mata aku perasan Juyeon sedang merenung lama pada side profile aku.

Hmmm dah kalau namanya Hyunjae, aku tak terkejut. Dah lama aku tak dengar khabar jin toncet rambut amber tu. Kepala ditoleh ke kiri, langsung pandangan kami bertemu.

"Cakap pasal Hyunjae, dia ada beritahu aku." bicaraku jeda. Sengaja aku memberhentikan langkah lalu meleraikan lengan Juyeon yang masih link padaku. Wajahnya dipandang, ingin menganalisa riak lelaki itu. "Kau ada adik perempuan, namanya Lee Juhwa."

bad.Where stories live. Discover now