0 6

68 13 48
                                    

•••

« yura »

Sejurus aku discharge dari hospital, giliran rumahku pula diserang oleh pihak polis. Bukan serang sampai bedil rumah aku ke apa, mereka datang soal siasat aku mengenai kes pemerdagangan manusia yang aku pernah mention semasa keterangan di hospital.

Kata mereka, CCTV di kawasan kejiranan aku malam itu dapat merakam tindak tanduk si penculik kejar lalu menculik aku. Sayangnya wajahnya tidak kelihatan. Tambah pula si pelaku sempat melarikan diri selepas kami kemalangan. Jadi sekarang pihak polis sedang kekurangan bukti untuk mencari suspek.

Cari melalui nombor plat kenderaan? Macam takde guna sebab suspek itu lari sehelai sepinggang. Sebarang cap jari tidak dijumpai kerana malam aku diculik, dia mengenakan sarung tangan. Kereta itu pula hasil curian kerera bersiri yang terjadi di Gangnam.

" Bila nak masuk kerja Yura?" soal papa, usai dua polis berpangkat inspektor meminta diri.

Tangan yang sedang lincah mengemas cawan terhenti seketika. Aku tak pandang papa, tetapi bibirku bergerak, " MC habis minggu depan."

" Hmm- eloklah, duduk kat rumah bukannya ada hasil pun." selamba dia membalas. Melalui ekor mata, dia terlihat santai bersila panggung. Sebelah tangannya memegang telefon bimbit.

Aku hanya gigit isi pipi. Cawan-cawan aku susun di atas dulang lalu aku tatang ke dapur. Saat itu aku dengar suara papa sedang berborak mesra dengan anak kesayangannya, Yuna. Mungkin gadis itu keluar dari bilik setelah aku beredar. Buat apa aku curi dengar? Sakit telinga aje.

Dulang aku letak di tepi singki, malas nak membasuh memandangkan pembantu rumah akan selesaikan semuanya sebentar lagi. Pusing saja ke belakang, eomma sedang berjalan ke mari. Siap berpeluk tubuh lagi.

" Ay, Yura. Tinggal macam tu je? Kau ingat ada bibik nak basuhkan?" sinis eomma mengujar. Bulu matanya yang di lentikkan dengan maskara bergerak atas bawah, selari dengan anak matanya sedang pandang aku penuh judgemental.

" Memang ada bibik pun, takkan la nak biar bibik dalam rumah ni goyang kaki?" macam biasalah mulut aku menjawab.

" Amboi, sedap mulut kau?! Eh Yura, sedar diri sikit yang kau menumpang je dalam rumah ni. Bibik dalam rumah ni bukannya dibayar untuk buat kerja kau!" bidasnya lagi.

Aku hanya gelak kuat, langsung tidak terkesan dengan ayatnya.Kau ingat aku cinderella wahai mak tiri? Aku tak bodoh la nak biarkan diri aku kena tindas!

" Tapi laki kau yang suruh aku hidangkan air tadi, kau jela basuh. Laki kau kot." aku angkat bahu. Kaki mula mengorak langkah. Baru sahaja ingin berjalan keluar, eomma tolak bahuku membuatkan aku terundur beberapa tapak.

" Seo Yura!" melengking suara Eomma menjerit namaku. Aku hanya memandang wanita separuh abad itu tanpa rasa hormat.

Buat apa hormatkan orang biadab?

" Apa lagi? Kau ni tak penat ke cari salah aku? Aku pula yang penat nak hadap perangai diva-" belum sempat aku habiskan ayat, satu penampar melayang ke muka. Padu jugak sehinggakan terpejam mata kiriku.

Fuh, nyaris aku buta disebabkan kuku panjangnya itu.

" Jadi inilah didikan perempuan tu? Biadap sangat. Sah perangai maknya buruk sampaikan anak sendiri terikut-ikut. Memang patutlah dia mampus sebab kena gilis-"

bad.Where stories live. Discover now