0 7

48 10 59
                                    

•••

« yura »

Aku masih kekal dalam posisi sembamkan kepala pada lutut. Rasa seperti ada yang sebut beautiful persis panggilan Juyeon kepadaku. Hmmm- mungkin lagu. Macam tak biasa pula dengar seperti nama diseru bila sumbat earphone ke telinga, bila menyahut takde yang panggil pula.

Sah hantu.

" Beautiful." suara itu kedengaran semakin dekat pula di telinga kanan. Langsung aku cabut earphone lalu pusing kepala ke kanan. Ternyata ada jembalang yang suka memanggilku beautiful di situ.

" Siapa benarkan kau masuk bilik aku?" suaraku mulai meninggi.

Juyeon tersenyum manis, dia duduk bersila menghadapku di tengah katil. Redup renungan sepasang mata sepetnya menyelami dasar mataku. Earphone di riba selamba dicapai lalu disumbat ke telinga kirinya. Bertaut keningnya mendengar irama sayu yang sedang terpasang.

" Romantic Homicide? Aku tak sangka kau pun ada jiwa galau beautiful. Very adorable." komennya. Mata sepetnya sengaja dibundarkan. Dikerdip berkali kali, persis mahu dilihat comel.

Renungannya? Hangat, tetapi sikit pun tak menjejaskan tembok egoku. Bebola mata digulingkan. Makin menyampah adalah!

" Eghh sibuk la kau! Pergi berhambuslah. Kau kalau masuk bilik aku semata-mata nak sakitkan hati aku lagi, kau boleh pergi mampus sebelum harta benda bilik ni melayang kena kepala kau!" tercabut earphone dari telinga Juyeon gara-gara ditepis aku.

Juyeon tersentak, aku cerlung Juyeon. Dia hanya tenyum nipis, tanda tidak terkesan dengan kata-kata benci yang aku lontarkan.

Dia terlihat, tenang.

" Beautiful, aku tak bermaksud nak kacau kau bergalau ke apa. I felt guilty trapped inside me, that's why aku terjah bilik kau. Aku cuma nak minta maaf bagi pihak eomma. Aku tak sangka pulak teruk sangat layanan dia pada kau macam tu." nadanya berbaur kesal.

Aku tersenyum sinis, entah kenapa riak pedulinya biaskan hipokrit, " Alasan! Tak payah nak maaf la. Bunyi hipokrit sangat. Setakat guna alasan maaf semata-mata nak ceroboh privasi aku kau boleh pergi mampuslah Lee Juyeon. Dasar pervert. Bawak eomma gila kau tu masuk kubur sekali! "

" Beautiful, aku cakap baik-baik ni."

" I don't fucking care, now get out!" aku tunjal bahu Juyeon dengan tangan kanan. Tangkas dia tangkap tangan aku lalu digenggamnya erat.

Aku cuba melawan, tetapi cengkaman semakin dieratkan. Berombak dadaku. Renungan Juyeon turut sama menajam langsung aku balas dengan jelingan penuh amaran. Aku ketap rahang. Berang!

" Kenapa susah sangat nak terima maaf aku? Aku ni abang kau Seo Yura. Eomma tu ibu kau jugak." gumamnya perlahan sambil gosok belakang tapak tanganku dengan ibu jarinya.

Ibu? Rasa nak termuntah!

Pantas aku merentap tanganku semula. Geli dengan sentuhan lelaki itu. Dan aku berjaya!

" Kenapa kau yang kena minta maaf? Aku taknak maaf kau Juyeon, aku nak perempuan tu sendiri datang berlutut sujud depan aku!" jari telunjuk ditala ke arah wajah Juyeon. Amarah yang surut mulanya kian melahar.

bad.Where stories live. Discover now