0 9

46 8 44
                                    

•••

« yura »

Sesekali kedengaran sudu dan chopstick berlaga dengan pinggan mangkuk. Nasi yang berbaki suku hanya kukuis dengan sudu. Sudah kekenyangan walaupun tak sampai separuh mangkuk nasi yang aku ambil. Sudu diletak ke tepi. Niat mahu basuh tangan terbantut tatkala ada sepasang chopstick milik manusia di sebelah meletakkan cebisan isi ayam di dalam mangkukku.

Aku pandang kiri, lebih spesifiknya Juyeon. Tetapi dia hanya lagak selamba seperti tiada apa yang berlaku lalu teruskan makan.

Bibir diketap benci, tahulah aku Juyeon sengaja mahu cari pasal! Langsung tak jadi mahu berlalu dari meja makan. Aku jeling papa, sibuk dia memberitahu masalah kerjanya kepada eomma. Sudah menjadi habit lelaki itu open table semasa makan malam.

" Oppa." suara lunak Yuna menerjah pendengaran.

Kini semua mata terarah pada Yuna. Papa turut sama merenung aneh pada gadis itu. Yuna sengih gedik seraya menunjuk nasinya tinggal separuh. " Yuna pun suka ayam. Boleh tak oppa tolong letak dalam mangkuk Yuna?" nadanya dibuat manja. Mengundang rasa sebu perutku.

Aku capai gelas berisi air kosong lalu dirapatkan pada bibir. Tak kuasa mahu menonton drama sebabak adik abang berkasih sayang di hadapanku. Juyeon di sebelah sudah koyak senyuman manis.

" Which part Yuna suka? Thigh? Peha? Kepak?" suara Lee Juyeon yang turut sama berlembut buatkan air yang sedang mengalir di esofagus hampir saja menceroboh laluan trakea.

Gelas diletak pada meja semula. Pipiku masih kembung dengan air. Aku telan sedikit demi sedikit sebelum Juyeon bersuara.

" Kalau Yura suka dada, Yuna pula prefer bahagian mana?"

Uhuk! Aku tersedak! Sudah kukata aku bakal tersedak air kosong! Lekas aku capai kain pelapik di riba lalu aku lepaskan batuk semahunya. Mujurlah tak tersembur. Juyeon di sebelah sudah gelak kecil, Yuna yang duduk berhadapan denganku mencerlung tajam.

Mesti muka aku tengah merah macam tomato.

" Juyeon, sudahlah tu. Suka sangat mengusik Yuna." eomma menegur.

Aik? Aku rasa aku yang terusik sekarang? Tapi dah kalau eomma sendiri yang keluar statement, sahlah dia buat aku tak wujud di meja makan.

Birai mangkuk aku sentuh dengan hujung jari. Menanti bilakah waktu sesuai untuk aku blah dari sini. Gelak tawa meja makan dek drama swasta Yuna malu malu kucing dengan Juyeon yang bantu letakkan cebisan ayam di dalam mangkuknya dikerling malas.

" Seo Yura." suara garau papa terbangkan angan-anganku.

" Ye?" aku sahut malas.

" Aku nak kau berhenti kerja." arahannya persis angin. Langsung tak berbekas di hati.

Badan tersandar lemah pada kerusi, hujung jari masih lagi bermain dengan birai mangkuk. Dalam kepala sedang terfikir, kalau aku berhenti jadi assistant di butik Chanhee, apa yang aku boleh buat?

Aku degree pun takde, diploma apatah lagi. Belajar pun ala kadar semasa sekolah dulu gara-gara diperlekeh slow learner oleh keluarga sendiri. Terus turn off nak sambung belajar. Jadi kerja apa yang sesuai dengan aku sekarang selain menjadi wedding consultant? Tambahan pula aku minat dengan bentuk kerja merancang dan bersosial.

" Seo Yura! Dengar tak!" papa hentak meja makan dengan buku limanya. Bergetar semua pinggan mangkuk di atas meja. Mulut masing-masing turut sama terkunci saat lihat papa mula naik berang denganku.

bad.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu