0 2

88 19 91
                                    

•••

« yura »

Berat terasa kelopak mata saat aku mencelik. Bunyi dentingan dari mesin defibrillator bagaikan rentak lagu yang tidak indah didengari. Bauan ubat bius juga mencucuk hidung menjadikan tekaan aku semakin tepat.

Sigh, aku tak mati lagi rupanya.

Kepala mula mengimbas kembali apa yang telah terjadi beberapa jam lepas. Atau dah berapa hari aku terlantar ni? Berapa lama ya aku tak sedar? Sedikit cahaya menerobos melalui tingkap yang ditutupi langsir. Lah dah siang?

Dahiku yang berbalut mula terasa gatal. Baru sahaja ingin mengangkat tangan dan menggaru, barulah aku perasan ada seseorang sedang tidur di sampingku. Kepalanya membelakangi aku.

Hamboi! Sedap sahaja dia tidur berbantalkan lenganku. Patutlah kebas semacam! Mujurlah bukan tangan yang dicucuk dengan drip. Mahunya lumpuh tangan, jatuh nilai mas kahwin.

" Hey-" aku tolak perlahan kepalanya.

Tiada reaksi, makin kuat pula dengkurannya.

" Hey!" serak suaraku saat kotak suara ditekan.

Makin lena dia apabila aku memanggil. Aku berdecit kecil. Baru sahaja ingin merentap, lelaki ini bergerak. Dia memusingkan kepala menghadap aku. Cuma matanya masih terpejam rapat.

Anak mataku membesar. Fitur wajahnya ditenung tanpa segan silu. Sungguh indah ciptaan tuhan yang satu ini. Dari kening sehingga ke dagu, semuanya sempurna! Sebijik seperti model majalah sedang photoshoot. Biarpun tengah tidur, tetap kacak!

Tanpa aku sedar, kepala aku lentokkan ke lengan kanan. Ingin memerhati ciptaan tuhan ini dengan lebih jelas. Haruman darinya buatkan aku tersasau. He smells like coffee, wangi!

Lupa terus kejadian aku hampir menjadi mangsa pemerdagangan manusia malam tadi. Persoalan baru timbul di fikiran.

Kenapa dia di sini ya?

" Gila-" aku tepuk pipi dengan tangan satu lagi. Boleh pula aku melalut jauh ke dasar. Lantas aku memulakan misi mengejutkan lelaki berbau coffee ini. Bahunya aku goncang perlahan.

" Encik?" tidak berputus asa aku mengejutkan lelaki ini. Pelbagai persoalan ingin aku muntahkan padanya.

" En-" keras terasa lidah tatkala pandangan bertemu. Entah kenapa aku rasa seperti terpukau saat ini. Visual lelaki ini serius tak main main! Mata helangnya tajam walaupun sepet, sehinggakan mampu tertusuk ke hati.

Auch!

Sepasang tired eyes miliknya menatap aku. Kalut aku larikan pandangan. Pura pura bermain dengan drip pada tangan. Kantoi pula buat kerja tak clean!

"Already awake beautiful?" menggigil jiwaku tatkala raspy voice miliknya menampar gegendang telinga.

Aku pandang lelaki itu, seraya angguk perlahan. Pada masa yang sama, aku mengesot perlahan. Berlapikkan bantal, aku sandarkan badan pada kepala katil. Kaki dilunjurkan.

Kejap, kejap. Dia panggil aku apa tadi? Beautiful?!

Mataku meluas sedikit. Cringe pula puja wajah kacaknya itu lima minit lepas. Sempat lagi aku menganalisa rupa lelaki ini. Muka je helok, tapi pakaian tidak terurus. Adakah dia homeless? Kalau homeless, kenapa dia ada di sampingku?

bad.Where stories live. Discover now