BAB 2

5.4K 309 11
                                    

"Haa kenapa?" tanya Adriana sebaik sahaja berjumpa dengan sahabat miliknya Maryam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haa kenapa?" tanya Adriana sebaik sahaja berjumpa dengan sahabat miliknya Maryam. Berkerut wajahnya melihat reaksi Maryam pada waktu itu. Macam resah semacam je.

Tanpa dipinta, Maryam memegang erat tangan Adriana. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Kau ni kenapa?" tanya Adriana perlahan sambil menatap Maryam penuh curiga. Kening sebelah diangkat. Pelik dengan tingkah laku sahabatnya yang satu ini.

"Tolong aku please..." Semakin berkerut dahi Adriana. Perlahan-lahan tangan yang digenggam oleh Maryam itu ditarik. Adriana berdehem. Cuba untuk tidak rasa awkward dengan yang dialami olehnya ini.

"Tolong apa?" Adriana merenung wajah Maryam. Seketika sebelum dia membulatkan matanya. Tangannya naik menutup mulut sendiri.

"K–kau mengandung ke Maryam?"

PAP!

Mengaduh sakit Adriana dibuatnya apabila dipukul kasar oleh Maryam. Automatik wajah Maryam dipandang tajam.

"Sakitlah! Dahtu kau lambat sangat bagitahu jadi aku buatlah andaian aku sendiri," ujar Adriana tidak puas hati. Bibirnya tercebik seketika.

Maryam ketawa melihat gelagat Adriana sebelum dia menggelengkan kepala.

"Aku kena pergi kampung selama enam bulan. Sebab nenek aku sakit." Adriana terdiam seketika. Terhenti usapan pada bahunya itu. Matanya hanya memandang wajah Maryam.

Maryam menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung semula.

"Tapi aku ada kerja. And kerja ni lain sedikit. Kalau kau tolong take over sekejap boleh tak?" Membulat mata Adriana saat mendengar bicara itu. Riak wajah juga turut berubah kepada excited. Sebab sebelum ni kerja part time je. Tak pernah lagi kerja yang betul-betul punya kerja ini.

Sebab? Tak ada sebab. Cuma Adriana suka saja kerja part time ini. Tapi teringin jugalah nak kerja yang lama punya.

"Jangan risau. Enam bulan je," pujuk Maryam. Wajahnya dibuat simpati. Cuba untuk meraih cinta dari Adriana untuk menerima pertolongan itu.

Adriana berdiam diri buat seketika. Masih lagi berbelah bahagi mahu tolong atau tidak. Macam mahu tolong tapi macam penat pula.

Adriana mengeluh sebelum dia angkat wajahnya kembali. Matanya merenung anak mata milik Maryam.

"Aku nak dengar dulu. Kena kerja sebagai apa sebernanya?" tanya Adriana. Dia tidak mahu bertindak melulu dahulu.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now