BAB 12

4.1K 188 6
                                    

Rayyan mengelamun buat seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan mengelamun buat seketika. Fikirannya merawang ke arah Adriana. Dia sudahpun kenal gadis itu. Dan dia berhajat untuk mengahwini gadis itu. Adakah ini perkara yang betul untuknya?

Rayyan sudahpun buat solat iskharah dan tandanya seperti baik tetapi hatinya masih lagi berbelah bahagi. Rayyan mengeluh perlahan. Wajahnya diraupkan ke belakang. Terus dia bangun dari duduk.

Kaki panjangnya bergerak ke bilik solat. Dia mahu menunaikan solat lagi sekali. Dia mahu petunjuk dari Allah. Ya. Dia seakan ragu-ragu pada waktu ini.

Ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Takut is merupakan pilihan yang salah. Tetapi dia sudahpun buat solat iskharah dan responnya merupakan positif. Jadi, apa lagi yang perlu kau tunggu? Bisik hati Rayyan.

Rayyan terus menggelengkan kepala sejurus dapat melenyapkan segala fikiran yang bercelaru tadi. Rayyan bergerak ke bilik solat. Dia mahu mengambil wuduk. Walau apapun jadi, dia mahu solat dahulu.

•••

Rayyan tersenyum manis. Jujur. Hatinya tengah berdebar sekarang. Sungguh berdebar mahu melamar Adriana sekarang ini tetapi ekspresi wajahnya ditahan sedaya-upaya. Tak naklah dia tunjuk gelabah itu.

Telefon pintar dibuka lalu Whatsapp Adriana ditekan. Rayyan menaip sesuatu.

Me
-Jumpa aku malam ni.
-Dekat tempat lepak yang sama.
-As a friend.

Dan send!

Rayyan mengurut dada. Cuba untuk menenangkan hati yang rasa gelisah dari tadi. Rayyan menarik nafasnya sebelum dia melakarkan senyuman manis.

"Dah sampai dah? Ingatkan lama lagi."

•••

Adriana diam seketika. Barangkali mungkin keliru dengan situasi yang dihadapinya sekarang ini.

"A... awak cakap apa tadi?" Nada suaranya bergetar. Menunjukkan yang dia sedang menahan rasa nervous di dalam hati sekarang ini. Wajah Rayyan ditatap.

Dia... tak salah dengar kan?

"Aku cakap, aku nak lamar kau. Jadi isteri aku," ulang Rayyan sekali lagi. Nadanya lembut sahaja. Mampu melumpuhkan segala otot dan sendi badan wanita.

Adriana tahan diri dari mahu menjerit. Bibirnya dikemam serapat mungkin. Mahu memikirkan ayat apa yang patut diberi ni.

"Ta... tapi kenapa?" soal Adriana. Memang itulah soalan yang selalu berlegar di dalam hatinya sekarang. Adriana pun tak faham kenapa Rayyan mahu mengahwininya sedangkan dia hanya gadis biasa.

Rayyan senyum manis.

"Have you ever heard the story of turtle and rabbit's racing, dear?" Oh, jantung! Jangan berdegup laju sangat please! Lutut dah gigil ni.

Adriana geleng. "T... tak."

"The rabbit always thought that the turtle was slower than him. Slowest actually. He kept judging the turtle. So, they race. To see which one is the winner. Well, no doubt but rabbit bunny will always win, right?" Adriana anggukan kepalanya. Kepalanya menunduk walaupun dia mendengar kisah itu.

Oh, wahai hati!

"But then, the rabbit sleeps beside a tree. Because he looked down at the turtle. And guess what? The turtle win. Because of the wills of heart, the turtle win. Do you wanna know what is the moral of this story?" tanya Rayyan. Kening diangkat. Tahu bahawa Adriana sedang malu sekarang ini.

Dengan perlahan, Adriana menggelengkan kepalanya.

"The moral of the story is, don't you ever judging someone based on their look like the rabbit. Be like the turtle who is humble. Because the humble one always win." Tak tahu kenapa tetapi bulu roma mencanak naik apabila mendengar perkataan akhir itu.

Apa yang dia cuba untuk sampaikan sekarang ni?

"So, today. I'm not gonna be your bunny. I want to be your turtle." Terhenti nafas Adriana dibuatnya mendengar suara garau itu berkata. Walaupun taklah seromantis mana tetapi sampai ke lubuk hati.

"Jadi ke tak?" Adriana angkat muka apabila disoal begitu oleh Rayyan. Bibirnya ternaik sedikit.

"Dengan satu syarat." Dahi Rayyan berkerut hairan. Nak kahwin pun kena ada syarat ke? Tetapi tak apalah. Dia mahu ikut syarat itu. Asalkan dapat kahwin dengan Adriana. Itupun sudah cukup baginya.

"Apa syaratnya?" tanya Rayyan. Sebelah kening diangkat.

Adriana berdehem seketika sebelum dia buka mulut.

"Lamar saya balik selepas enam bulan." Berkerut dahi Rayyan. Cuba untuk mencerna ayat yang dimaksudkan oleh Adriana itu. Tak faham sebernanya.

"Kenapa pula?" tanya Rayyan hairan. Kerutan di dahi masih lagi tidak hilang.

Adriana menahan diri dari tersenyum. Kenapa dia rasa bila dia nampak muka blur Rayyan tu macam lucu semacam? Lawak ya.

"Sebab lepastu nanti kita dah tak ada apa-apa ikatan," jawab Adriana. Dapat matanya menangkap Rayyan meng'ooh'kan perkara itu.

Rayyan terangguk sendiri. Dia diam sekejap sebelum berbicara.

"Setuju." Adriana senyum. Sebernanya, hatinya juga terpaut pada lelaki itu tetapi dia tak mahu harap lebih. Sebab kalau dia datang kat kita tu maknanya jodohlah tu. Dan kalau tak, maksudnya bukan.

Tetapi tak sangka pula Rayyan sendiri akan lamarnya.

Rayyan senyum.

"See you in six months."

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now