BAB 6

4.7K 259 22
                                    

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••

Adriana tersenyum manis apabila melihat wajah Almira yang masih lagi tidur itu. Peha Almira ditepuk lembut.

Senang sahaja mahu menjaga Almira ini. Tak perlu bersusah-payah nak tidurkan dia sebab letak je atas katil bayi, dia sudah boleh lena secara sendiri.

Bunyi deringan telefon yang menandakan bunyi notifikasi masuk itu menyapa gegendang telinga Adriana menyebabkan pandangan gadis itu berkalih.

Pantas Adriana mencapai telefon itu sebelum ikon hijau ditekan.

Abang Fikri
-Aku nak duit.

Adriana ketap rahang. Mesej itu dibiarkan sahaja tidak balas. Telefon itu serta-merta ditutup. Adriana berlalu ke dapur.

Panas sahaja hatinya pada waktu ini. Tak tahulah apa yang perlu dia buat buat masa sekarang. Nak sahaja dia berkata tidak tapi Adriana tahu yang ia akan dikira sebagai derhaka pula.

Tidak bentah berfikiran negatif, Adriana membuat keputusan untuk keluar ke mall. Lantas, dia berlalu ke arah Almira. Matanya terus sahaja bersinar sahaja melihat mata bulat itu memandang wajahnya.

"Wah, Almira dah bangun lah." Lembut suara Adriana berkata kepada Almira. Sekali lagi, Adriana tersenyum riang apabila wajah Almira itu turut bersinar sama sebelum ketawanya terletus.

"Eii, comel!" gumam Adriana teruja. Tapi selepas itu senyumannya memudar apabila teringatkan sesuatu.

"Dah tahu suka budak, kahwin."

Automatik Adriana buat muka jelek saat teringatkan kembali pada Maryam yang pernah berkata kepadanya begitu tempoh hari ini. Tak faham dia. Boleh tergeleng sendiri Adriana.

"Jom. Ibu pakaikan baju ya," ujar Adriana lembut. Tidak sedar yang dia sedang berbahasakan dirinya sebagai ibu. Tetapi rasanya tidak salah kerana memang biasanya panggil ibu. Takkanlah nak panggil aunty pula.

"Geramnya! Anak siapa ni?" Adriana senyum lucu apabila mendengar bayi perempuan itu berceloteh. Tak tahulah dia sedang berkata apa. Tetapi rasa macam lucu pula dengar.

"Iya. Iya. Ibu tahu. Mira anak mama!" jerit Adriana sambil tangannya menggeletek tubuh kecil itu. Almira ketawa.

"Dah! Jom kita bersiap ya?"

•••

Adriana diam menghirup air teh yang dihidangkan itu sambil menatap wajah Almira. Setelah satu jam mereka pusing mengelilingi mall ini, Almira tidur setelah didodoikan kerana penat sangat.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now