BAB 32

3.1K 142 1
                                    

"Awak nak pergi dah ke?" tanya Adriana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak nak pergi dah ke?" tanya Adriana. Bibirnya tidak lepas dari tersenyum. Matanya mengikut sahaja tingkah laku Rayyan sekarang ini.

Rayyan senyum manis sebelum dia menganggukkan kepalanya. Tangannya dihulurkan kepada si isteri. Akur dengan arahan, Adriana mengucup lembut tangan itu.

Kemudian, giliran Rayyan pulak mengucup dahi isteri.

"Abang pergi kerja dulu ya?" pinta Rayyan. Lembut nada suaranya.

Haih. Memang inilah hidup berkahwin, tengok muka bini, auto jadi budak baik. Tapi, dia pelik. Muka isterinya hari ini berseri semacam aje. Macam ada yang tak kena.

"Sayang ada makan apa-apa ke?" Adriana mengerutkan dahi mendengar pertanyaan suaminya itu. Ish! Orang tengah serius macam ni dia boleh pula tanya macam tu.

"Kenapa pula cakap saya pelik?" soal Adriana. Jelas menunjukkan riak tidak puas hati. Bibirnya tercebik sedikit. Tak puas hati dengan Rayyan.

Bila pelik salah, bila tak pelik pun salah. Apa dia nak sekarang ni?

Rayyan ketawa kecil memandang wajah yang sudah tercebik itu. Tahulah tu yang Adriana sedang merajuk sekarang ini. Terus dia mengusap lembut kepala itu. Lembut.

Adriana terus ukir senyuman. Tak jadi nak merajuk. Terus terpujuk habis.

"Dah, jangan merajuk okey? Nanti tak lawa," pujuk Rayyan lagi. Mata merenung tepat wajah itu. Comel sahaja. Alahai, merajuk pun comel. Parah ni.

"Okey." Adriana angguk comel sebelum dia senyum manis ke arah Rayyan.

Rayyan mengemam bibirnya. Sungguh, dia tak tahan. Lantas, tangannya naik mencubit geram pipi gebu Adriana itu. Menyeringai Adriana dibuatnya. Tak tahulah sakit ke tidak.

"Apa abang ni?" marah Adriana perlahan. Sekali lagi, bibirnya memuncung ke hadapan. Tetapi, dalam hati sudah tahan senyum bila terdengar gelak tawa Rayyan itu pecah.

Lawak ke?

"Tulah. Comel sangat ni dah kenapa hmm? It makes me feel weird," komen suara itu. Dan kali ni, Adriana terdiam. Dia pun tak tahu apa yang terjadi padanya sejak akhir-akhir ni. Dapat dia rasakan badannya ada perubahan tetapi Adriana diamkan sahaja.

Fikirnya mungkin hanya bisik hati sahaja. Adriana cuba untuk fikir positif.

Rayyan diam sekejap sebelum dia mengukir senyuman manis.

"Petang ni kita pergi klinik ya?"

•••

Adriana keluar dari bilik doktor itu dengan senyuman manis di bibir. Kalau boleh, mahu sahaja dia melompat sekarang ni. Sungguh, hatinya gembira sangat.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now