BAB 38

2.8K 132 11
                                    

"Rayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rayyan." Rayyan pandang wajah James malas-malas. Kening sebelah dijongket. Tanya dalam bahasa isyarat.

James kemam bibir sekejap sebelum dia memulakan tujuan asalnya untuk berjumpa dengan majikannya sekarang ini.

"It looks like... we have found the traitor." Riak Rayyan yang malas-malas kini menegang. Tatapan matanya juga dingin, bukan seperti sebelum ini.

"Do the others knew? Have you told them?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada James. Dan jelas dia puas hati apabila menerima anggukan daripada James itu. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam pejabat, ada suara yang terlebih dahulu memberhentikan langkahnya.

"But, I bet you're not too happy to see this traitor." Rayyan tahu apa maksudnya itu. Ertinya pembelot itu adalah daripada orang yang paling dekat sekali dengan dia. Dan Rayyan takut. Takut jika dia tidak sampai hati ingin bersemuka dengan pembelot itu.

Sebab itulah dia benci pembelot. Kerana kebanyakan pembelot datang daripada orang terdekat sekali dengannya. Yang dia sudah berikan ke semua kepercayaan kepada orang tersebut.

"Huh. Is there a time when I was happy to see them?" Automatik bibir James terdiam melihat bidasan keras dari Rayyan itu. Dia hanya menunduk ke bawah sahaja. Tak mampu untuk menatap wajah dingin itu lama-lama.

"Let's go. We're gonna be late." Kaki panjang Rayyan terus menapak menghampiri lif.

Ting!

Dan pintu lif itu sudah tertutup rapat.

•••

"Ah, bosan!" adu Adriana. Kepalanya dilentokkan pada meja kerja Rayyan itu. Tak tahu kenapa tetapi jika berasa bosan sahaja, pasti dia akan pergi ke sini. Mungkin sebab ada komputer kut. Bolehlah main hehe.

Adriana mengumam perlahan. Tadi dia ada telefon lelaki itu tetapi lelaki itu sedang sibuk sekarang ini. Takkanlah hari-hari nak berkepit dengan dia aje, Adriana? Kesian suami kau tu.

Tapi...

Kita bosan sekarang ni. Hurmm.

Bunyi telefon bimbit Adriana berdering menyentakkan wanita itu dari mahu lena. Pantas dia angkat telefon itu. Mahu melihat siapa yang menelefon Adriana sekarang ini. Berkerut dahinya apabila pemilik nombor itu adalah nombor yang tidak dikenali.

Terus dia gesek skrin lalu lekapkan pada telinga.

"Helo?" sapa Adriana terlebih dahulu. Dan sekali dia hairan apabila tiada siapa yang menyahut salamnya itu.

Baru sahaja dia mahu meletak telefon, Adriana terdengar satu suara lunak yang menyebabkan tindakannya itu terbantut.

"Adriana..." Berderau darah Adriana apabila mendengar suara lunak itu. Dia kenal suara itu. Kakak iparnya!

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now