BAB 26

3.2K 139 1
                                    

Fikri mendengus kasar apabila ketukan pintu utama itu penuh kuat sekali bunyinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fikri mendengus kasar apabila ketukan pintu utama itu penuh kuat sekali bunyinya. Kalau boleh pintu itu seperti mahu tanggal sahaja.

Siapa yang berani kacau tidurnya ni?!

Dengan langkah yang penuh malas dan sebal sekali, Fikri buka pintu. Tegang wajahnya pada waktu itu.

"Kau ni kenapa hah..." Terhenti percakapan Fikri apabila tubuh tegap yang berpakaian serba hitam itu menjadi pandangan utama Fikri pada waktu ini. Fikri telan air liur. Bibirnya sudah menjadi sedikit pucat.

"Hey, remember me?" Menikus terus Fikri mendengar satu suara di belakang tubuh serba hitam itu. Dia mahu menutup pintu tetapi tubuh itu lebih cekap menolak kasar tubuh Fikri sehingga lelaki itu jatuh terjelupuk.

Fikri mengerang kecil.

"Abang, kenapa..." Fakir yang baru tersedar akibat bunyi yang kuat itu juga turut pucat sama seperti abangnya. Dia mengundur selangkah. Baru sahaja ingin larikan diri, lelaki bertubuh tegap itu sudah mengangkat pistolnya tinggi.

Bang!

"Argh!!!" Kuat erangan yang keluar dari bibir itu saat peluru itu menembusi pahanya. Automatik dia turut terjatuh sama. Lantai marmar ini sudahpun berubah warna. Dari putih ke merah.

"Le-Leo." Akhirnya, keluar juga patah perkataan dari mulut si abang sulung walaupun kedengaran bergetar.

"Ah, I like that sounds. It seems that you are afraid of me. And I truly enjoy that moment. So much," ujar suara itu. Psiko. Sampai membuatkan tubuh Fikri menggigil kecil jadinya. Fikri semakin kebelakang.

"Wh—what do you want?" tanya Fikri. Nada suara itu juga tergagap. Pucat terus wajahnya saat lelaki itu tersenyum manis.

"It seems that, you have a use to me. So, let me use you well, okey?" Lelaki Leo itu senyum manis sebelum dia berdiri.

"Capture them. Alive but shoot if you must to." Leo terus beredar dari situ setelah memberikan arahan kepada beberapa anak buahnya itu. Dia tersenyum manis.

Dia tahu, ada orang yang telah sabotaj Leo dengan menularkan video Leo bersekutu dengan beberapa ahli kongsi gelap yang menyebabkan saham kasino Leo turut mengalami kerugian yang besar. Dan Leo jugak tahu yang musuhnya takkan berdiam diri sahaja sekali lagi.

Leo menjeling sekejap rumah agam itu. Dia ketawa sinis. Perlahan.

"Cominciamo la partita, va bene?" (Let's start the game, shall we?)

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now