BAB 24

3.3K 162 0
                                    

Rayyan diam menatap skrin laptopnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan diam menatap skrin laptopnya itu. Hari ni cuti, jadi bekerja di rumahlah jawabnya.

Terdiam dia apabila ada secawan teh di atas meja itu. Kemudian Rayyan angkat muka. Ingin melihat orang yang tolong buatkan teh itu.

"Untuk awak." Rayyan senyum manis.

"Thank you, reine," ucap Rayyan sebelum teh itu diambil dan dicicip perlahan.

Adriana senyum. Dia mendekati suaminya itu. Adriana mencari kerusi berdekatan. Apabila jumpa, dia ambil kerusi itu lalu labuhkan punggung di sebelah Rayyan.

"Banyak ke kerja abang?" tanya Adriana lembut. Kepalanya direhatkan pada bahu lelaki itu.

Rayyan senyum lebar. Suka dengan perbuatan manja isterinya itu. Sebelah tangan naik mengusap lembut rambut isterinya itu. Tanpa dipinta, kucupan hangat dihadiahkan ubun-ubun Adriana.

"Hmm, let's see. Tak banyak sangat kut. Tapi kutlah," balas Rayyan. Dia pun tak tahulah sama ada banyak atau tak.

Adriana menganggukkan kepalanya. Tapi seketika sebelum dia mencebik.

"Saya bosan." Dua patah perkataan itu mampu menarik perhatian Rayyan. Laju dia pandang isteri. Kening sebelah diangkat.

"Bosan sangat ke?" soal lelaki itu lembut. Nada suaranya turut lembut dan perlahan saja menyapa gegendang Adriana.

Adriana dengan laju menganggukkan kepalanya. Bibirnya memuncung sedikit.

"Yalah. Habistu, awak sibuk sangat dengan kerja waktu cuti. Saya pun nak spend time dengan awak juga. Kalau macam tu, baik awak kahwin dengan kerja aje," adu Adriana perlahan berbaur bebelan juga.

Mana taknya, waktu kerja pun suaminya itu pulang lewat. Waktu tak kerja pun sibuk buang masa dalam bilik kerja, kalau macam tu baik tak payah kahwin terus.

Mahu jugalah Adriana rasa ingin meluangkan masa dengan suaminya itu. Tapi kat sini, dia pula dipinggirkan!

Rayyan senyum senget. Tangannya naik menggosok kasar rambut wanita itu sehingga rosak rambut itu dibuatnya.

"Alahai, merajuk pulak dia. Alo alo alo." Adriana mendecit kecil. Tangan yang menggosok rambut itu terus ditepis dengan kasar sekali.

"Hisy!" Kasar betul nada suara itu.

Rayyan hanya senyum. Dia terus mendekatkan bibirnya di telinga si isteri. Terkedu juga Adriana dibuatnya apabila terasa ada sesuatu yang lembut dan kenyal menyentuh telinganya itu.

Seram sejuk pulak dia rasa apabila Rayyan berkelakuan begini.

"Nak keluar ke?" bisik suara itu perlahan.

Tapi, Adriana mengerutkan dahi. Kenapa kena sampai dekat sangat dengan dia?

"Kenapa kena bisik?" tanya Adriana. Matanya menatap mata lelaki itu dengan riak penuh tanda tanya.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now