BAB 17

3.5K 161 6
                                    

Bunyi alarm jam itu mengejutkan Adriana daripada tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi alarm jam itu mengejutkan Adriana daripada tidurnya. Laju tangan Adriana menutup semula alarm itu. Takut ia boleh mengejutkan suaminya tetapi dahinya berkerut apabila terasa seperti ringan sahaja di sebelahnya itu.

Lantas, tangannya meraba tilam sebelah. Terbuka luas matanya apabila tiada susuk tubuh si suami. Dengan pantas, dia bangun dari baring.

"Abang?" Dahi Adriana berkerut lagi apabila tiada kelibat Rayyan di bilik mandi. Matanya melilau sekeliling.

Baru sahaja dia baru memusingkan tombol pintu, pintu sudahpun terbuka dari luar.

Berkerut dahi Adriana tatkala terdapat lingkaran hitam di bawah mata suaminya itu. Perasaan curiga berlagu di hati. Dia... tak cukup tidur ke?

"Abang kenapa? Okey ke?" tanya Adriana hairan. Mata Rayyan pun kelihatan hitam dan tidak bermaya. Belum dicakap memang semua kelihatan penat sahaja.

"Abang okey. Mia jangan risau," balas Rayyan lembut. Mahu menghilangkan rasa risau di hati si isteri.

Baru sahaja Adriana ingin tanya lebih, pergerakannya terbatas apabila Rayyan tiba-tiba bertindak memeluk kemas tubuh Adriana.

Adriana diam. Dia jatuhkan dagu ke bahu suaminya itu. Almaklumlah, kita ni rendah orangnya. Jadi, kena faham-faham jelah.

Rayyan memejamkan mata. Tangannya mengelus lembut rambut hitam Adriana.

"You know what sayang? For you, I've done everything. Even if it's doing something that I don't like. I still do it. So, please love me more everyday alright, ma reine?" Haba mula terbit di pipi Adriana. Rama-rama pula bertebangan di dalam perutnya. Mahu sahaja dia sorokkan wajahnya di tempat lain sekarang ni.

Dengan perlahan, dia mengangguk malu.

"Voice, ma reine." Lembut sahaja dia menegur Adriana. Rayyan mengusap-usap rambut itu. Lembut sahaja.

"Baik, abang." Perlahan suara itu menghentam sistem pendengaran Rayyan. Rayyan ketawa kecil. Tahu yang Adriana sedang malu sekarang ini.

Pelukan itu dilepaskan. Tubuh Adriana, Rayyan pusingkan. Bahu Adriana dipegang sebelum dibawa ke hadapan bilik mandi. Adriana di situ sudah terkebil-kebil sendiri.

"Kenapa?" soal Adriana. Wajah dipusingkan ke arah Rayyan. Bukan sepenuhnya oleh kerana Rayyan sedang memegang bahunya sekarang ini.

"Pergi mandi sana. Ambil wuduk lepastu kita solat sama-sama," arah Rayyan. Lalu, dia beredar dari situ. Pintu bilik ditutup semula.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now