BAB 11

4.4K 215 13
                                    

Adriana gigit bibir bawahnya kuat. Pipi sudah mula rasa bahang. Wajahnya dari tadi menunduk walaupun belum jumpa lagi dengan encik boss. Malu yang teramat!

"Dah kenapa tu?" Adriana mengalihkan pandangan ke belakang. Membulat matanya apabila Rayyan memandang tepat wajahnya.

Se... sejak bila dia kat sini?

"Kenapa tuan dekat sini?" tanya Adriana tetapi matanya pandang tempat lain.

Rayyan yang perasan akan pandangan itu mengangkat sebelah kening. Seolah tertanya dengan tingkah laku Adriana sekarang ini.

"Obviously sebab aku baru masuk kerja. Yang duduk tercegat kat sini kenapa?" Sekali lagi soalan itu diulang. Mata Rayyan menikam wajah Adriana yang jelas gelisah tetapi dalam hatinya tercuit apabila melihat wajah Adriana.

Tahulah tu yang budak ni malu. Tu je jawapan yang paling tepat. Rayyan sedaya-upaya tahan senyum.

"Err... Err... Saya sebernanya..." Menggigil tubuh Adriana. Bukan kerana takut akan Rayyan, tetapi lebih kepada malu. Lagi malu bila nada suaranya agak bergetar sedikit.

Oh, Tuhan! Tarik sahajalah nyawaku ini.

"Kau... Kau... Kau. Kau apa?" desak Rayyan. Ketawa sedaya-upaya ditahan. Sungguh, kelakar bila melihat wajah cuak Adriana itu.

"Saya... Saya... Nak cakap selamat pagi! Terima kasih!" Sejurus itu, kakinya Adriana berlari meninggalkan Rayyan yang tercegat di situ.

Terkaku Rayyan dibuatnya apabila Adriana jerit betul-betul di depan matanya. Tetapi selepas itu dia ketawa. Kelakar dengan sikap Adriana yang macam nak confess dekat crush.

Rayyan geleng kepala sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat. Mahu sambung buat kerja.

•••

Malu.

Perkara yang amatlah memalukan di dalam hidup seorang Mia Adriana. Terlalu memalukan. Sampai dia sana nak berhenti sahaja bekerja. Sebab terlalu malu.

"Yang kau pergi buat macam tu kenapa, wahai Mia Adriana?" tanya Maryam berbaur nada usikan. Menyebabkan pipi Adriana terus memerah.

Adriana menghempaskan kasar tubuhnya di atas katil itu. Tangannya naik menutup muka.

"Entah! Aku pun tak tahu apa yang aku fikir masa tu sampai buat macam tu sekali. Dan sekarang, akulah kena hadap masalah ni," luah Adriana. Nadanya sama dengan nada budak-budak yang mengaduh pada ibu mereka. Manja.

Lagilah memerah bila dengan Maryam ketawa. Dasar!

"Hei, Maryam! Jangan ketawa boleh tak?" Kuat tetapi tidak menyeramkan bagi Maryam. Sebab memang macam budak-budak! Ini dewasa ke kanak-kanak ribena ni?

"Okey. Aku dah tak ketawa dah." Akhirnya, ketawa itu berhenti jua. Maryam senyum di sebalik talian itu.

"Tu lah kau. Sibuk guna emosi. Kan dah kena tanggung sendiri," kutuk Maryam selamba sebelum dia ketawa kecil.

Adriana yang mendengar itu terus mencebik kecil. Macam seorang kanak-kanak yang merajuk.

"Apa ni? Kau patutnya side dengan aku tau. Apa kau ni? Pengkhianat," gumam Adriana perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Maryam. Maryam ketawa lagi. Lucu melihat telatah Adriana sekarang ini.

"Haa ketawa lagi. Ketawalah! Aku sumpah kau jadi katak sekejap lagi." Automatik ketawa itu berhenti saat mendengar suara serius itu. Mulutnya dibuat zip meskipun Adriana tidak dapat melihat wajah dis yang sudah memerah menahan tawa sekarang.

"Okey. Okey. Ni last. Sorry cinta hati kita," pujuk Maryam sambil tersengih.

Adriana yang tadinya mencebik terus tersenyum malu apabila dipanggil sebegitu. Memerah pipinya.

Ceh. Kitonyo shy.

Hehe~

"Kau tak ada kerja ke? Rajin pula kau call aku beberapa hari ni," soal Adriana. Dahinya berkerut sedikit. Pelik pula. Kata cuti enam bulan sebab ada kerja kat kampung. Tetapi, rajin pula telefon.

Maryam ketawa kecil mendengar suara yang berubah curiga itu. Siapa je yang tak curiga bila dia call kita hampir setiap hari? Siapa je kan.

"Aku ni... busy. Tapi, waktu ni waktu aku rest. Dan aku bosan, maka aku telefonlah kau," cerita Maryam. Tangannya naik menggaru kening yang tidak gatal itu.

Adriana yang mengumam perlahan sahaja. Mengiyakan.

Bunyi notifikasi masuk itu menarik perhatian Adriana. Pantas dia mengalihkan telefon. Mahu memeriksa mesej apa yang masuk.

Dan sekali lagi. Dia terkejut.

Rayyan
- Jumpa aku malam ni.
- Dekat tempat lepak kita yang sama.
- As a friend.

Kita-friend?!

•••

Rayyan hanya senyum senget mendengar bebelan daripada Adriana. Katanya yang dia tak sepatutnya itulah, inilah dan blah blah blah.

Noisy but it's still fun to hear her nagging.

Adriana merengus kasar sebelum dia menikam tajam wajah Rayyan yang senyum itu.

"Kenapa awak senyum hah? Ingat saya main-main ke? bidas Adriana kasar lalu berpeluk tubuh.

Kini, giliran Rayyan pula yang angkat sebelah kening. Mungkin bingung dengan sikap Adriana ini. Suka berubah hormon.

"Perempuan memang macam ni eh selalu?" Naik panas sahaja Adriana rasa apabila mendapat jawapan yang sebegitu.

"Perli ke?" soal Adriana. Matanya menjeling tajam wajah Rayyan.

Tetapi Rayyan pula diam sahaja.

That eyes sure look dangerous.

"Cis, dahlah! Awak nak cakap apa?" tanya Adriana. Berbalik pada topik asal mereka pada hari ini.

"Nak proposed kau."

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now