BAB 5

4.9K 285 17
                                    

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••

Adriana melangkah masuk ke dalam bangunan agam itu. Perasaan itu masih sama cuma terasa sedikit asing kerana tiada Maryam di sisinya. Tiba sahaja di hadapan pejabat, Adriana menghembuskan nafas lalu tangannya naik mengetuk pintu itu.

TOK! TOK! TOK!

"Masuk!" Tertelan air liur Adriana mendengar suara yang penuh dominan itu. Husky.

Lincah tangan Adriana membuka pintu pejabat itu. Saat itu, matanya bertembung dengan anak mata milik Rayyan. Tetapi selepas itu Adriana kembali tundukkan pandangan. Tak mampu untuk menatap wajah itu lama-lama.

Rayyan tanpa sedar mengukir satu senyuman. Senyuman yang...mencurigakan.

"Setiap hari awak kena datang pejabat ambil baby memandangkan awak nak babysit dekat rumah sendiri," jelas Rayyan sambil matanya tidak lari dari memandang wajah Adriana.

Adriana di situ pula terangguk sendiri tetapi wajahnya masih lagi menunduk. Dia mengumam perlahan. Bersetuju sahaja dengan arahan yang diberikan oleh majikannya itu.

"Baik tuan. Saya minta diri dulu." Bebola mata Rayyan hanya memerhati sahaja pemergian susuk tubuh itu.

KLAK!

Sebaik sahaja pintu pejabat itu ditutup, Rayyan laju mencapai telefon di tepi meja. Nombor seseorang didail.

TIT. TIT.

"Helo?"

"I need you to do something for me."

•••

"Ah, comelnya!" puji Adriana ikhlas apabila melihat bayi perempuan yang digendong kemas oleh Dhea itu. Ya, Dhea Batrisya, ibu kepada bayi itu. Almira Dawiya namanya.

Dhea pula senyum manis mendengar pujian itu. Selalu juga dia dengar tentang wajah Almira ni. Katanya sebiji macam muka Riyas.

"Terima kasih," ucap Dhea lembut.

Adriana pula hanya senyum manis. Dengan sekelip mata sahaja, Almira sudahpun bertukar tangan. Tersenyum riang Adriana melihat wajah bayi itu yang sedang tidur dengan nyenyak sekali. Langsung tak bangun.

Adriana menepuk lembut badan belakang bayi apabila tubuh kecil itu mengeliat sedikit.

"Shh." Dhea senyum manis. Suka dengan perilaku Adriana sekarang ini. Semua tingkah lakunya nampak lembut sahaja di mata.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now