BAB 22

3.5K 161 2
                                    

Rayyan membuka perlahan pintu rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan membuka perlahan pintu rumahnya. Takut jika Adriana sedang tidur sekarang ini.

Matanya kemudian tertacap pada Yusri yang tidur atas lantai berbantalkan bantal dan juga tilam sementara Nasuha pula tidur di atas sofa rumahnya.

Rayyan senyum tipis. Mungkin mereka penat. Alahai, kesian betul.

Rayyan mendaki tangga satu persatu tetapi langkah terhenti akibat daripada satu suara yang bercakap itu.

"Tuan muda dah balik?" Rayyan automatik pandang belakang. Berkerut dahinya melihat Aliana yang tidur lagi. Sudah ada lingkaran hitam di bawah matanya itu.

"Kenapa kau tak tidur?" soal Rayyan pelik.

"Saya nak minta kebenaran untuk keluar boleh tak?" Rayyan diam. Dia tak tidur sebab ini je? Rayyan menganggukkan kepala tanpa berfikir banyak kali.

"Boleh. Aku benarkan. Pergilah balik sana. Esok baru jumpa." Aliana menundukkan sedikit tubuhnya sebelum dia berlari keluar dari rumah agam itu.

Dia mahu berjumpa seseorang sekarang ini. Manakala Rayyan pula hanya diam memerhati susuk tubuh yang semakin menghilang.

Tanpa melengahkan masa, dia terus naik ke bilik tidurnya itu. Rayyan mengukir senyuman nipis apabila melihat isterinya yang sudah tertidur itu. Pasti dia kepenatan.

Tuala dicapai lalu lelaki itu memboloskan tubuh masuk ke dalam bilik mandi. Selepas 20 minit, Rayyan keluar dari bilik mandi dengan berpakaian lengkap. Hanya mengenakan baju hitam dan seluar slack sahaja.

Tanpa dipinta, Rayyan merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan Adriana. Penuh perlahan tingkah lakunya supaya tidak mengejutkan si isteri itu.

Rayyan memeluk erat pinggang ramping isterinya itu. Dia benamkan wajah ke ceruk leher Adriana.

"Abang dah balik?" Terkejut Rayyan apabila suara lunak itu bertanya dengan suaranya yang masih lagi serak. Terus Rayyan memberi ruang sedikit pada Adriana untuk memusingkan tubuh.

Mata isterinya itu terpejam. Ngantuk bercampur penat barangkali. Lagi-lagi dengan luka itu. Walaupun tidak mencapai tahap kritikal, tapi akan juga rasa lemah itu. Pasti kesan daripada uhat bius.

Rayyan mengusap lembut pipi itu.

"Abang kacau ke? Sorry. Now, go back to sleep, ma reine." Dengan penuh lembut Rayyan mengusap tubuh itu. Dia mendekatkan lagi dirinya dengan Adriana sebelum pinggang itu dirangkul erat.

"I'm glad." Dalam pada dirinya yang didodoi oleh si suami, Adriana berkata begitu dengan senyuman manis meskipun matanya masih terpejam.

MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now