BAB 13

3.8K 184 5
                                    

"Aku terima nikahnya Mia Adriana Binti Hasan dengan maskahwinnya RM 50,000 tunai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku terima nikahnya Mia Adriana Binti Hasan dengan maskahwinnya RM 50,000 tunai."

"Sah?"

"Sah?"

"Alhamdulillah." Semua menadah tangan kesyukuran kepada Allah kerana telah permudahkan majlis kahwin mereka. Sudah enam bulan berlalu dan Adriana telahpun menerima pinangan tersebut.

Gembira tidak terhingga Rayyan apabila mendapat tahu bahawa lamaran kali kedua itu diterima. Walaupun ada sedikit kesusahan seperti mencari wali memandangkan abang-abang Adriana berada di Australia sekarang ini. Tetapi itu bukan sebab untuk mereka putus ada.

Selesai majlis pembatalan air sembahyang, para tetamu dijamu dengan masakan yang telah disediakan. Memang majlis ini tidak dibuat besar-besaran. Cukuplah sekadar orang yang rapat sahaja datang.

"Sayang, tengok apa tu?" Adriana terus memalingkan wajah ke sebelah apabila dirinya disergah oleh seseorang. Rayyan. Suaminya. Senyuman dihadiahkan.

"Tak ada apa-apa pun. Saja, tengok tetamu," balas Adriana lembut.

Rayyan turut memandang benda yang sama. Tetapi hanya seketika sebelum dia mencuri memandang wajah isterinya itu. Cantik sahaja. Alat solekan yang tidak terlalu tebal itu menyerlahkan kecantikan asli Adriana.

"Sayang cantik." Berkerut dahi Adriana apabila tiba-tiba sahaja dipuji oleh Rayyan. Terus dia menjeling Rayyan yang tersenyum di sebelah.

"Pelik-pelik je abang ni," jawab Adriana. Tetapi selepas itu pipinya berubah warna saat menjadi tempat bibir itu berlabuh.

Alahai, rasa nak sorok je muka aku ni! Kat depan orang pula tu.

"Apa abang ni." Nada suara Adriana kelihatan serius walaupun pipi memang tengah merah. Bukan setakat pipi, degupan jantung pun sudah berubah rentak tau!

Rayyan ketawa kecil mendengarnya. Tahu bahawa itu adalah amaran. Amaran dalam diam.

"Tak apa. Orang tak nampak-"

"Tapi saya tak suka. Jangan buat benda bukan-bukan eh?" Jelas itu merupakan amaran kedua untuk Rayyan.

Rayyan senyum. Makin lama makin dia tahu bahawa Adriana bukanlah seorang yang selalu cakap lembut. Malah, nada suaranya memang agak kasar sedikit tetapi masih lagi lunak.

Ceit! Cakap jelah nak puji bini dalam diam. Ego pula.

"Kakak." Penglihatan berkalih pada wajah adik kembarnya itu. Manis sahaja dia bertudung. Maya Adrisa, adiknya.

Tetapi, apa yang boleh membezakan mereka ialah Adriana mempunyai lesung pipi di sebelah kanan manakala Adrisa pula mempunyai lesung pipi di kedua belah pipi. Itu sahaja yang boleh membezakan mereka. Selain itu, tiada apa yang boleh.

"Gorgeousnya kakak hari ni. Rambang mata!" puji Adrisa berbaur nada teruja. Tersenyum dia melihat wajah malu-malu si kakak itu.

Adriana pula senyum malu.

"Kau buang tebiat ke dik? Sebelum ni tak pernah pun puji." Automatik Adrisa mencebik mendengar balasan dari si kakak.

Itu je dia balas? Aku nak bergula-gula kau nak bertampar-tampar.

"Itulah manusia. Bila tak puji, kata dia tak sayang kita. Bila dah puji, kata kita buang tebiat pula." Wajah Adriana dijeling tajam.

Adriana sengih. Tak jadi nak marah-marah.

"Terima kasih. Ikhlas dari hati." Mata dikenyitkan buat si adik yang tersayang.

Adrisa tayang sengih lalu dia senyum kecil.

"Selamat pengantin baru akak," ujar Adrisa. Lembut nada suaranya menyapa gegendang telinga Adriana.

Adriana senyum dalam diam. Tahu bahawa adik kembarnya itu sedang menahan rasa sebak yang menggebu di dada. Mereka berdua sahaja yang ada untuk satu sama lain. Tiada sesiapapun. Mustahil kalau dia pun tidak sedih juga.

Melihatkan Adrisa yang menahan tanggisan itu, Adriana membuka mulut.

"Meh sini," pamit Adriana sambil mendepakan tangannya ke arah Adrisa. Patuh. Adrisa perlahan-lahan mendekati Adriana sebelum dia jatuh di dalam pelukan hangat itu.

"Shh..." Dapat Adrisa rasakan badan belakangnya diusap lembut oleh Adriana. Spontan air matanya jatuh. Dia memeluk erat tubuh kakak.

"Maafkan adik tau kalau adik ada buat salah. Adik harap kakak maafkan adik dan halalkan semua makan minum adik." Adrisa menangis hiba. Tetapi nada suaranya diperlahankan. Takut menjadi tumpuan orang ramai pula.

Adriana senyum. Tangannya masih lagi mengusap lembut badan belakang yang terhinjut-hinjut itu.

"Kakak sentiasa maafkan adik kakak ni," balas Adriana.

Rayyan yang jadi pemerhati itu tersenyum kecil. Suka melihat adegan adik-beradik ini. Sebab dia pun sama macam ni. Rasa apabila orang itu sudah tidak tidur sebilik dengan kita itu sedih.

Wajah Adriana dan Adrisa dipandang. Leka sangat dalam dunia sendiri sampai tak sedar pun suami kat sini menunggu ya.

Hampir beberapa minit, pelukan itu dilepaskan. Adriana mengelap sisa air mata di pipi Adrisa itu.

"Adik pergi dulu ya." Usai bersalaman, Adrisa pun melangkah keluar dari tempat itu.

Bebola mata Adriana menghantar pemergian Adrisa. Sampai sudah tiada lagi susuk tubuh itu. Kemudian, dia kembali pandang ke arah Rayyan yang leka melihat wajahnya itu. Kening sebelah diangkat.

"Kenapa?" tanya Adriana. Curiga. Tetapi perasaan itu serta-merta hilang apabila melihat senyuman manis di bibir itu.

"Nothing."

"Then why are you staring at me?"

"Because you're beautiful. Like my wife." Wajah Adriana berubah warna. Dengan pantas, tangannya memukul dada bidang itu. Kini, giliran Rayyan pula yang mengangkat sebelah kening. Tertanya.

"Nanti orang dengarlah," balas Adriana separa berbisik.

Rayyan ketawa kecil.

"Biarlah kalau orang dengar pun. I would like them to know that we are a match. Perfect match. You and I."

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MR. RAYYAN DARWISHWhere stories live. Discover now