~09~ Seri - Mimpi Lebih Indah Dari Nyata

1.1K 30 0
                                    

Tepat jam 12 malam, acara disambung di bilik karaoke yang hanya dihadiri oleh rakan-rakan sebaya mereka. Pada mulanya Seri berkeras untuk tidak turut serta. Dia masih tidak selesa berada dekat dengan Badrul, walaupun Danish berjanji tidak akan sesekali meninggalkan sisinya. Tetapi pujukan dan desakan rakan-rakan, berjaya mencairkan hati Seri.

Seri memeluk ibu dan ayahnya, sebelum berjanji yang dia tidak akan pulang lewat ke bilik hotelnya. Ayah Seri kemudiannya menarik tangan Danish agak jauh dari Seri dan ibunya, mungkin untuk memberi kata-kata peringatan kepada lelaki itu. Danish hanya menganggukkan kepala sebelum bersalam dengan ayah Seri..

"Okay, let's go," kata Danish selepas dia sampai semula ke sisi Seri.

Seri melambaikan tangan ke arah ibu dan ayahnya yang sedang berjalan ke arah pintu lif. Sebaik kelibat mereka menghilang di dalam lif, barulah Seri mencapai tangan yang dihulurkan oleh Danish. Mereka berjalan beriringan ke arah karaoke yang terletak hotel bersebelahan.

Sebaik sampai, mereka di bawa ke satu bilik yamg boleh menempatkan hampir 20 orang pada satu masa. Badrul, Yati dan rakan-rakan yang lain sudah tiba. Yang paling mengejutkan ialah Yati sempat menukar pakaian, kali ini memilih untuk mengenakan pakaian sendat separas paha. Badrul masih lagi dengan sutnya, tetapi kotnya telah dibuka. Yang lain termasuk Danish dan Seri masih lagi dengan pakaian tradisional.

Seri memilih untuk duduk bertentangan dengan pasangan pengantin baru itu. Dia selesa kerana terdapat sebuah meja yang memisahkan mereka. Pada masa yang sama dia bersyukur kerana Badrul tidak sedikit pun mengendahkannya. Seolah-olah dia tidak pernah wujud. Mungkin amaran dari Danish terkesan di hati lelaki berperangai binatang itu.

Dengan tekad dan keyakinan yang muncul kembali, Seri mulai menikmati permulaan hari terakhir dia di situ. Mikrofon beralih dari satu tangan ke satu tangan. Dari lagu Melayu ke lagu Inggeris, kebanyakkan lagu popular masa kini didendangkan dengan pelbagai versi oleh rakan-rakannya. Sesekali Yati berjaya merampas mikrofon lalu menarik Badrul untuk berduet dengannya walaupun lelaki itu menolak. Lakonan mantapnya di hadapan tetamu lain, sedikit demi sedikit mulai pudar.

Dalam kegembiraan mereka, Seri yakin hanya dia sahaja yang dapat melihat perubahan mood Badrul. Telah bertahun mereka bersama, dia telah masak benar dengan sikap lelaki itu. Dan dari pengakuan Badrul sendiri, dia hanya menikahi Yati kerana terpaksa. Memang Yati ada segalanya kecuali satu. Yati bukan dari golongan mewah seperti mereka. Kalau tak kerana Seri, Yati tentu sekali tidak akan mengenali semua insan yang ada di dalam bilik ini.

Sekali lagi mikrofon jatuh ke tangan Yati. Dia cuba meraih tangan Badrul yang masih diam membisu. Seri meneguk liur lalu mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Danish. Danish yang seperti dapat membaca kegelisahannya, melingkarkan tangannya ke pinggang Seri.

"What's wrong sayang?" bisiknya.

Seri menggelengkan kepala. Mana mungkin dia memberitahu Danish yang ribut bakal muncul.

"Diamlah perempuan."

Semua aktiviti terhenti. Semua mata tertumpu pada Badrul yang sudahpun berdiri. Mikrofon di tangan Yati dirampas olehnya lalu dilemparkan ke sudut bilik. Nafas Badrul turun naik melihat ke arah Yati.

"Sayang, kenapa ni?" tanya Yati masih lagi dengan senyuman nipis, cuba menutup cela yang sudah terjadi.

"Kenapa? Kau tanya aku kenapa?" kata Badrul, nada suaranya makin meninggi. "Kau ingat aku suka sangat dengan semua ni?"

"Sayang, calm down okay. Kita boleh bincang di bilik nanti," pujuk Yati.

Badrul menarik tangannya dari pegangan Yati. Tetapi perempuan itu tetap tidak berputus asa. Masih cuba untuk meraih tubuh Badrul dekat dengannya. Rakan-rakan yang lain mulai kelihatan tidak selesa dengan drama di hadapan mereka, begitu juga Seri. Mereka ke sini untuk bergembira, bukan menonton krisis rumahtangga.

"You want to know one thing?" tanya Badrul lalu mendekatkan diri dengan Yati. "I hate you, slut."

Terbeliak mata Seri mendengar bisikkan oleh Badrul yang sebenarnya agak kuat dan boleh didengar oleh semua orang. Mata Yati mulai bergenang dengan airmata. Beberapa rakan lelaki bangun untuk menenangkan Badrul tetapi tangan mereka turut ditepis.

"Kau dan aku tak sama taraf. Kau hanya layak jadi pemuas nafsu aku saja." Badrul mulai bergerak ke arah pintu. Sebelum tangannya memulas tombol pintu, dia berpaling ke arah Yati semula. "Kau kata kau hamil anak aku. Tapi kenapa kau masih makan pil ni?"

Pil perancang dilemparkan ke muka Yati. Badrul meninggalkan bilik itu dengan satu hentaman kuat semasa pintu ditutup. Yati masih kaku berdiri, dengan linangan airmata. Tiada sesiapa yang berani mendekatinya. Mereka hanya saling berpandangan. Akhirnya ada insan yang mulia hati, bangun lalu memeluk tubuh Yati. Yati menyembamkan muka ke bahu isteri kepada teman mereka. Seri sendiri tidak tahu nama wanita itu.

Danish turut bangun. "Saya rasa majlis ni sampai di sini sahaja. Kita bersurai ya." Cadangannya mendapat anggukkan dari semua orang.

"Saya dan isteri akan bawa Yati ke biliknya," kata Shamsul, teman yang dikenali Seri sejak sekolah rendah lagi sehinggalah mereka ke universiti yang sama.

Masing-masing mula mencapai barangan peribadi. Setelah berpuas hati tiada yang tertinggal, mereka bergerak keluar dari pusat karaoke itu lalu berkumpul di lobi hotel. Shamsul dan isterinya pantas membawa Yati yang sudah kelihatan kusut ke biliknya.

"Well, that went well," kata Mei Mei.

"Aku dah agak gunung berapi akan meletus tapi aku tak sangka cepat macam ni," tutur seorang lagi teman mereka.

"Ha'ah. At least tunggulah sampai acara selesai. Terkejut aku tadi. Naik kecut perut," balas pula Hambali, kalau tak salah Seri.

"Guys...guys." Danish meninggikan sedikit suaranya dalam hiruk-pikuk rakan-rakan yang lain berbual perkara tadi. "Saya rasa tak elok kita berbual hal orang. Hari pun dah larut malam ni. Kita pulang ke bilik masing-masing okay. Esok semua dah nak bertolak pulang."

Sekali lagi cadangan Danish mendapat sokongan. Selepas bersalaman sesama mereka, masing-masing bergerak ke destinasi dituju. Ada juga yang ke restoran yang dibuka 24 jam di situ.

Seri dan Danish sampai ke hadapan pintu bilik mereka. Letihnya hanya Tuhan yang tahu. Seri hanya mahu masuk ke bilik, bersihkan diri lalu tidur. Dia mengeluarkan keycard dari tas tangannya dan selepas pintu terbuka, terus melangkah tanpa lagi memperdulikan Danish. Tapi belum sempat dia menutup semula pintu, lelaki itu terlebih dahulu menahannya dengan tangan.

"Sayang okay?" tanyanya.

Seri menganggukkan kepala. "Saya okay. Tapi macam kata kawan-kawan tadi, terkejut sikit."

"Okay, sayang masuk tidur. Esok pagi kita breakfast dan gerak pulang," balas Danish.

Seri menutup pintu biliknya. Dia mengeluarkan smartphone dari tas tangan lalu menghantar pesanan ringkas kepada ibunya menyatakan yang dia sudah selamat sampai ke bilik. Matanya mengerling ke sudut atas kanan telefonnya. Sudah hampir jam 2 pagi. Patutlah tubuhnya letih begini. Jarang sekali dia tidur lewat kecuali benar-benar perlu.

Seri melucutkan pakainnya. Dia melangkah ke bilik mandi, membersihkan tubuh. Setelah selesai, dia mengenakan seluar trek dan tee shirt lengan pendek lalu merebahkan tubuhnya ke atas katil.

"Nasib baik aku dah solat sebelum ke karaoke tadi," omel Seri sebelum menutup mata. Tapi matanya terbuka semula sebaik terdengar telefonnya berbunyi tanda ada mesej. "Siapalah yang mesej aku pagi buta ni?"

Seri memang pantang kalau dikacau sewaktu hendak tidur. Tapi hatinya kuat sekali ingin tahu siapa yang menganggunya pada waktu ini. tangannya mencapai telefon di hujung kepala.

'Selamat malam sayang. Mimpi abang ya' - Danish

Seri merengus. Tetapi terukir senyuman di bibirnya. Hatinya kembali tenang selepas membaca mesej itu. Begitu kuat sekali penangan lelaki yang pada awalnya hanya berlakon menjadi pasangannya dan kini benar-benar menjadi teman lelakinya.

Seri memejamkan semula mata. Alangkah indah kalau lelaki itu benar-benar muncul dalam mimpinya. Semakin lebar senyuman Seri. Dia menarik bantal menutupi muka, membiarkan dirinya dihanyut oleh mimpi indah.

ONGOING Kau Yang Satuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن