~21~ Seri - Dee Dee Dari Neraka?

1.8K 46 1
                                    

Sikat besar itu jatuh ke atas lantai. Seri masih terus memandang ke arah Dee Dee walaupun dirasakan cecair pekat menuruni dahinya ke pipi. Dee Dee tertawa besar melihat ke arah Seri di balik cermin. Makin lama tawanya makin kuat. Tiba-tiba dia berhenti.

"Kau tentunya sudah tahu yang aku benci kau. Aku benci ayah kau. Aku benci keturunannya. Ambil sikat tu," arah Dee Dee.

Seri menunduk, mecapai sikat di kakinya. Kepalanya yang sakit tadi, makin sakit. Dia melangkah ke arah Dee Dee, menghulurkan sikat tersebut. Sikat itu diregut dari tangannya kasar.

"Tuang air teh untuk aku," arah Dee Dee lagi.

Seri bergerak ke meja bulat di tepi pintu gelongsor yang terbuka luas. Dia mengangkat teko lalu menuangkan teh ke dalam cawan. Seri memasukkan satu sudu gula lalu mengacaunya perlahan. Dia kemudiannya mengangkat cawan itu lalu diletakkan di sisi Dee Dee di atas meja solek.

Dee Dee menjeling ke arahnya, mengangkat cawan. Seri sudah dapat mengangagak apa yang bakal berlaku sebaik terlihat senyuman sinis Dee Dee. Tetapi dia sudah tiada tenaga untuk melawan. Seri hanya sempat melindungi mukanya semasa teh panas itu disimbah ke arahnya.

"Maksu."

Jeritan Danish di muka pintu menyebabkan Dee Dee yang tersenyum sinis tadi tiba-tiba menangis. "Dia sengaja Danish. Aunty dah kata aunty nak teh suam tapi dia sengaja biarkan aunty minum teh panas tu."

Danish berjalan ke sisi Dee Dee. Dia mencangkung di sebelah wanita yang sedang menangis itu. "Oh aunty, jangan nangis okay."

Danish membantu Dee Dee naik ke atas katil. Selimut tebal ditarik sehingga ke paras dagu. Danish mengucup dahi Dee Dee yang kemudiannya memejamkan mata. Dia kemudiannyah bergerak ke sisi Seri. Matanya membulat melihat dahi Seri yang luka dengan darah masih mengalir, kemudian turun ke kedua-dua tangan Seri yang kemerahan. Danish menoleh ke arah Dee Dee yang terbaring di atas katil.

Danish meletakkan tangan di lengan Seri, menariknya perlahan ke arah pintu. Annette yang turut berdiri di muka pintu, terkejut melihat keadaan Seri.

"Annette, clean those up. And don't say anything," arah Danish.

"Yes sir." Annette segera masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.

Danish membawa Seri ke hujung koridor itu. Dia membuka pintu dan menutupnya kembali lalu menguncinya sebaik mereka masuk ke dalam bilik itu. Seri yang masih tidak menunjukkan sebarang riaksi, hanya menurut tanpa bicara.

"Seri."

Seri mendongak melihat ke arah wajah yang terpampang kerisauan. Dia mahu senyum tetapi otot wajahnya seperti tidak berfungsi. Tapi kenapa Danish perlu risau? Bukankah ini balasan di atas kesilapan ayahnya?

"Sayang duduk sini. Abang ambil first aid."

Seri menurut arahan, memilih untuk duduk di kerusi yang dimaksudkan. Hatinya tidak lagi berbunga selepas mendengar panggilan manja yang selalu digunakan oleh Danish untuknya. Semuanya sudah tidak bermakna.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now