~18~ Seri - Sinar Harapan

2K 41 1
                                    

Setiap langkah dan arahan Danish dituruti Seri tanpa bantahan. Dia sudah bosan menyemai simpati pada dirinya. Kalau Danish mahukan seorang hamba, maka itulah yang akan diperolehinya. Sayang Seri pada lelaki itu semakin pudar. Kini dia mahu bebas. Dan kalau kebebasan bererti dia perlu menjadi hamba tebusan lelaki itu, maka dia pasrah.


Seri rindukan ibu dan ayahnya. Tentu mereka risau tentangnya. Rakan sekerjanya juga pasti tertanya-tanya kenapa dia meletakkan jawatan. Kak Jie, terutamanya tentu was-was kerana jawatan itu telah lama diidamkan oleh Seri.


Sebulan lebih dia terkongkong dengan gelaran isteri. Gelaran itu sepatutnya membawa bahagia kepadanya tetapi kini terasa seperti tali yang menjerut leher. Tempoh itu mungkin singkat bagi orang lain tetapi terlalu lama bagi Seri. Dia dimalukan berulang kali oleh Danish. Maruahnya diinjak-injak bagai tiada nilai.


Seri menoleh ke arah Diana yang masih lagi nyenyak tidur. Ubat apa yang dipreskripsi oleh doktornya, sehinggakan dia kerap tidur begini. Seri mahu membangkitkan isu itu kepada Danish. Tentu sekali Danish risau akan keadaan adiknya. Tetapi Seri tidak yakin yang kata-katanya akan diterima oleh Danish. Siapalah dia di hati lelaki itu? Hanya alat untuk membalas dendam.


Seri berbaring di sisi Diana. Mungkin sebab dia tidak perlu melakukan kerja rumah, maka tubuhnya boleh berehat sehinggakan menyebabkan dia tidak henti menguap. Matanya terpejam.


Tetapi tidak lama kerana tubuhnya digoyang berulang kali. Seri membuka mata melihat Danish di sisi katil. Pramugari tadi turut berada di dalam bilik itu dengan sebuah troli makanan. Troli itu diletak di sisi meja lalu pramugari itu keluar dan menutup pintu.


"Bangun cuci muka, kita makan," arah Danish.


"Ya." Seri bangun, masuk ke bilik mandi.


Dia mencuci mukanya, menyisir rambutnya. Imej wajahnya di cermin direnung. Tiada lagi cahaya kegembiraan di wajah itu. Matanya bengkak kerana tidak cukup tidur, ditambah dengan tangisan yang tidak dapat dibendungnya. Seri mengeluh. Dia menarik blaus yang dipakainya ke bawah bagi menghilangkan kedutan. Selepas berpuas hati, Seri melangkah keluar.


Matanya tertumpu pada Danish yang sedang menghidangkan makanan di atas meja. Diana juga sudah bangun dan kelihatan segar. Tuala lembap yang digunakan oleh Danish untuk mengelap wajah Diana, tersepuk di dalam bakul di tepi pintu. Sebaik sedar akan kehadiran Seri, Danish menoleh ke arahnya.


"Duduk," arah Danish.


"Ya." Seri duduk, bersebelahan Diana dan bertentangan dengan Danish.


Otomatik tangan Seri mencapai bakul berisi bubur nasi lalu disuapkan sedikit ke mulut Diana.


"Uhh uhh."


Diana memalingkan wajahnya ke sisi. Sebelah tangannya diangkat lalu menolak sudu yang hampir dengan mulutnya.


"Kenapa ni dik? Tak sedap ke? Nak tukar yang lain," tanya Danish lembut.


ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now