~03~ Seri - Abang vs Awak

1.5K 30 1
                                    

Belum sempat Seri berpatah balik semula ke arah mereka, sekali lagi tangannya dirangkul. Danish sudah berdiri di sisinya diiringi oleh Badrul dan Yati. Niat awalnya ialah untuk memperkenalkan tunangnya kepada semua tetamu hanya pada majlis makan malam nanti dan kemudian menghilangkan diri sebelum muncul semula di majlis resepsi, terbantut dengan kehadiran lelaki misteri bernama Danish yang berjaya menarik perhatian semua orang, lebih-lebih lagi Yati.

Mereka melangkah masuk ke dalam lif. Seri cuba bergerak ke sudut lif tetapi pergerakkannya terbatas dengan adanya Danish di sisi. Tiba-tiba pinggangnya ditepis keras. Kalau tak kerana Danish yang erat merangkul tangannya, Seri yakin yang dia pasti bakal tersungkur. Seri mengusap pinggangnya yang sakit. Dia ingin menoleh melihat ke arah perempuan itu tetapi dihalang oleh Danish.

Danish mendekatkan bibirnya ke telinga Seri. "Dia cemburu dengan sayanh. Jangan beri dia peluang untuk menang."

Seri menegakkan semula tubuhnya. Matanya tertumpu pada pintu lif. Dari refleksi di pintu lif, dia dapat melihat wajah Yati yang berkerut masam. Matanya beralih ke sisinya. Pandangan matanya bertembung dengan Danish dan buat pertama kalinya, dia melemparkan senyuman ke arah lelaki itu. Danish membalasnya dengan kenyitan mata. Ekor mata Seri dapat menangkap wajah Yati yang makin mencuka dengan gelagatnya dan Danish.

"Okay, kita dah sampai," kata Danish.

Seri mendongak ke atas. Tingkat 8. Pintu lif terbuka dan mereka melangkah keluar, masih dituruti oleh Badrul dan Yati. Bengkak hati Seri melihat gelagat pasangan tersebut tetapi ditahankan. Sedari tadi mereka diekori. Seolah-olah Bardul dan Yati tidak percaya dia dan Danish ada hubungan.

Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik yang telah terbuka pintunya. Seorang bellboy sedang mengangkat beg-beg Danish lalu diletakkan di sisi katil. Dia turut melakukan perkara yang sama kepada beg Seri.

"Have a nice day sir, mam," kata bellboy tersebut selepas tugasnya selesai. Danish menghulurkan satu not bernilai lima puluh ke arahnya yang disambut dengan senyuman. "Thank you sir."

"Okay, kami dah sampai ke bilik kami. Kita jumpa lagi waktu dinner nanti," kata Danish ke arah Badrul dan Yati.

"Don't tell me you two nak kongsi bilik," kata Yati dengan nada terkejut.

Seri mengerutkan dahi. Dia tak menyangka yang Yati akan menganggapnya serendah itu. Mahu saja ditempelaknya perempuan itu supaya dia sedar yang bukan semua perempuan murah sepertinya yang sanggup menjalinkan hubungan kelamin sebelum nikah.

"Of course not. Bilik saya dan bilik Seri kan ke bersebelahan saja. Jadi tak salah kalau saya arahkan bellboy tu untuk letakkan beg kami di sini. By the way, is your room also on this floor?" tanya Danish.

Yati mendengus keras. Dia menghentakkan kakinya sebelum melangkah meninggalkan mereka bertiga menuju ke arah lif.

"Bilik kami di tingkat 10." Badrul mengusap lehernya dengan gelagat tunangnya. "Kita jumpa lagi di dinner nanti."

Badrul meninggalkan mereka, mengejar Yati yang telah masuk ke dalam lif. Seri mencebir bibirnya melihat aksi pasangan tersebut. Meluatnya terhadap mereka makin memualkan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik, menarik beg trolinya dan menjinjit beg kecilnya.

"Keycard."

Danish melangkah pantas ke arah bilik bersebelahan. Dia meletakkan keycard pada alat pengimbas sebelum pintu terbuka secara otomatik. Pintu bilik ditolak lebih luas olehnya sebelum mempersilakan Seri masuk. Terdapat dua katil bujang di dalam bilik yang bakal diduduki oleh Seri berbanding dengan sebuah katil saiz queen seperti di bilik Danish. Seri meletakkan beg kecilnya di atas katil paling hampir dengan pintu masuk sebelum mengangkat beg trolinya, dengan bantuan Danish, juga ke atas katil yang sama.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now