~20~ Seri - Hujan Emas Di Negeri Orang

1.9K 42 1
                                    

Hampir satu jam, barulah Danish dan Harith muncul semula. Kedua-duanya masih berbual urusan kerja, membuatkan Seri sedikit lega kerana dia ada alasan untuk melayan perasaan tanpa perlu memberi perhatian pada Danish. Tapi itulah, sekurang-kurangnya di banglo itu, dia ada kerja untuk dilakukan. Tetapi di sini, di dalam kereta ini, yang boleh dilakukannya hanyalah melihat pemandangan luar dan melayan pelbagai perkara yang menerjah fikirannya.

Seri mengeluh. Di sisinya, dia dapat merasakan Danish menoleh ke arahnya sebelum menyambung semula perbualan dengan Harith.

***

"Seri bila nak bertudung ni?" tanya ibu lembut

"Ala bu, lepas kahwin esok, Seri pakailah tudung," jawab Seri acuh tak acuh.

"Jangan macam tu Seri, menutup aurat tu wajib. Takkan nak tunggu lepas kahwin baru pakai? Takkan nak tunggu suami suruh baru pakai? Suami ke Allah yang lagi penting?" bebel ibu.

"Ibu ni, Seri dapat hidayah nanti, Seri pakai la," katanya lagi sebagai alasan.

Ibu menggelengkan kepala. "Jangan sampai Allah turunkan balasan. Masa tu menyesal pun tak guna."

***

Airmatanya jatuh ke pipi. Mungkin inilah balasan yang dikatakan oleh ibu. Seri benar-benar menyesal. Dia hanya menunaikan Rukun Islam tanpa sedikit pun ambil peduli dengan perintah Allah yang lain. Dia benar-benar insaf. Dia mahu berubah, menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

"Maafkan Seri bu," bisik Seri.

"Kau cakap apa ni sorang-sorang?" Seri tersentak. "Yang kau menangis ni pula, apehal? Kau ni dah kenapa sebenarnya?"

Suara Danish perlahan, hanya boleh didengari oleh Seri sahaja. Tetapi nadanya yang keras, membuatkan Seri menjarakkan tubuhnya dari tubuh Danish, sehingga rapat ke pintu. Dia pantas menyeka pipinya. Airmatanya tadi sudah kering.

"Saya rindu ibu," jawabnya perlahan.

Danish mencerutkan matanya. "Kau jangan malukan aku depan staf aku."

Danish menegakkan semula tubuhnya. Dia kembali berbual dengan Harith yang mendongak dari melihat kertas-kertas di ribanya. Seri tidak tahu sama ada Harith sedar atau tidak apa yang berlaku, kerana lelaki itu tidak sedikit pun menunjukkan riaksi.

Kedua-dua tangannya yang sejuk diletakkan ke pipi. Sudah dua hari dia begini. Tubuhnya tiba-tiba sejuk sehingga menggigil. Tapi Seri tidak berani memaklumkan kepada Danish. Dia lebih rela menelan ubat Diana walaupun dia tidak tahu apa kesannya. Yang penting, dia boleh berfungsi seperti biasa.

Seri ingin melelapkan mata tetapi berada hampir dengan Danish, menjadikan dia gementar. Kepalanya diletakkan di cermin tingkap, matanya melihat bangunan pencakar langit yang makin berkurangan digantikan dengan kawasan perumahan dan akhir sekali pokok-pokok.

Limo yang mereka naiki berhenti di hadapan pagar besar. Melihat pagar itu saja, Seri sudah dapat membayangkan banglo mewah yang bakal menjadi tempat tinggal mereka selama mana diingini oleh Danish. Dia tidak mungkin bebas dari penjara emas ini.

Pagar terbuka secara otomatis dan limo mereka naiki, meneruskan perjalanan sebelum berhenti di hadapan sebuah banglo mewah tiga tingkat yang lebih kepada sebuah istana kalau dilihat dari saiznya. Seri membetulkan kedudukan sebaik melihat seorang lelaki seusia ayahnya mendekati pintu di bahagiannya. Pintu itu dibuka.

Seri tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sepertinya tanpa arahan dari Danish, dia tidak lagi boleh berfungsi. Harith melangkah keluar, sebaik melihat Seri yang masih teragak-agak di tempatnya. Seri mengikut jejak Harith. Mereka berdua berdiri di tepi, hanya melihat sewaktu lelaki itu mengeluarkan Diana dari dalam perut limo lalu diletakkan di atas kerusi roda.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now