~10~ Danish - Dendam Itu Manis

1.3K 29 0
                                    

Danish menutup pintu bilik. Dia melemparkan songkok yang dipegangnya ke atas katil. Tangannya mencapai telefonnya yang memang sengaja tidak dibawa bersama. Satu pesanan ringkas dihantar. Kemudian, jarinya ligat menyentuh nombor di atas skrin telefonnya sebelum mendekatkan telefon ke telinga.

"Fasa pertama berjalan dengan lancar. Bila sampai masanya, aku akan beritahu kau bila untuk mulakan fasa kedua."

Danish menamatkan panggilan. Telefonnya diletakkan semula ke atas meja solek. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi. Pakaiannya dilucutkan sebelum dia melangkah ke dalam tab mandi. Tangannya mencapai showerhead, membiarkan tubuhnya dihujani air separa panas, mengendurkan ototnya yang tegang.

Danish menekan suiz pada water heater sebelum membalut tubuhnya dengan tuala. Dia melangkah keluar dari bilik mandi, menyarungkan seluar trek lalu menyangkut tuala yang digunakan di kerusi. Telefon dicapai dan selepas membalas beberapa mesej, Danish mengambil tempat di tengah katil. Dirinya dikelilingi oleh kertas, fail dan alat tulis, dan yang paling penting laptopnya. Jarinya ligat menaip di atas papan kekunci.

Selepas berpuas hati dengan kerjanya, Danish memasukkan semua fail dan dokumen berserta laptop ke dalam beg sandangnya. Dia mencapai jam tangan di atas meja sisi. Sudah pukul 4 pagi. Dia meletakkan semula jam tangan tersebut sebelum mencapai telefonnya, menghantar beberapa mesej.

Danish menyandarkan diri di kepala katil. Ini hari terakhir lakonannya. Sudah lama dia merancang semua ini. Kesakitan yang dirasainya akan turut dirasai oleh mereka. Dia mahu mereka tahu apa rasanya kehilangan orang yang tersayang. Dia mahu mereka tahu apa itu erti sengsara.

Walaupun puas ditegah oleh mamanya, tetapi Danish tetap tekad untuk meneruskan rancangannya. Kenapa dia perlu bersimpati dengan mereka? Adakah mereka pernah bersimpati dengannya dan keluarganya? Dalam usia yang muda, dia perlu menggalas tugas sebagai ketua keluarga, menggantikan tempat papanya yang sudah seperti mayat hidup. Hanya kerana seorang lelaki berhati binatang, yang mementingkan hawa nafsu sendiri, sehingga dia dan ahli keluarganya yang derita.

Alarm pada telefonnya berbunyi tepat jam 6 pagi. Walaupun tidurnya tidak datang malam ini, tetapi Danish puas. Dia puas memikirkan pelbagai cara untuk menyeksa mereka. Dia puas membayangkan cara sadis untuk menyeksa mereka. Dia puas mendengar rayuan mereka meminta belas. Sememangnya dia puas kerana tidak lama lagi, itu semua akan menjadi kenyataan.

Danish bangun mencapai tuala lalu ke bilik mandi, selesai membersihkan diri, dia menunaikan solat sebelum semua barangan miliknya di kemas rapi dan dimasukkan ke dalam beg. Selepas sarapan pagi, dia mahu terus berangkat pulang. Misinya untuk kali ini telah berjaya. Dia tidak perlu berlama lagi di sini. Masih banyak kerjanya yang tertangguh.

Selepas menghubungi meja penyambut tetamu untuk memaklumkan yang dia mahu semua barangnya di bawa turun ke lobi, Danish melangkah keluar dari bilik. Tidak lama dia perlu menunggu kerana pintu bilik bersebelahan biliknya terbuka. Danish memaniskan wajah dengan senyuman.

"Assalamualaikum sayang," ucapnya.

"Wa'alaikumsalam."

Danish menghulurkan tangan ke arah gadis itu lalu tangannya disambut. Beriringan, mereka menuju ke lif untuk ke lobi. Sebaik sampai di lobi, Danish terus menuju ke arah kaunter penyambut tetamu untuk menyerahkan semula kuncinya.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now