~05~ Seri - Bermulanya Cinta

1.3K 27 0
                                    

"Sayang."

Suara Danish membuatkan airmata Seri makin laju mengalir ke pipinya. Segala kekuatan yang dikumpulnya untuk mempertahankan diri, hilang begitu sahaja. Seri terjelopok di kaki Danish, merangkul tubuhnya.

"Jahanam kau Badrul."

Seri menyemban mukanya ke telapak tangannya. Danish telah mengheret Badrul jauh darinya. Jeritan sakit dari Badrul menjadikan Seri sedikit lega.

"Dia yang goda aku," kata Badrul lemah.

Seri cuba membantah.

"Kau fikir aku bodoh Badrul? Kau yang bodoh. Tengok atas sana," arah Danish. Sebelah tangannya yang tidak mencengkam tangan Badrul, digunakan untuk menarik rambut lelaki itu.

Seri turut mendongak ke atas. Kelihatan kamera cctv di beberapa sudut. Dan semuanya agak tersembunyi di balik tumbuhan yang ada. Seri menarik nafas lega. Dia takut yang Badrul akan berjaya menfitnahnya. Dan yang paling ditakutinya kalau Danish turut mempercayai fitnah itu.

Seri mengalihkan pandangannya ke arah Danish. Amarah yang kelihatan di wajah lelaki itu tidak sedikit pun mengentarkannya. Malahan Seri rasa selamat dengan kehadiran Danish. Danish turut memalingkan mukanya dari Badrul. Mata mereka bertemu dan amarah yang tadinya kelihatan, kini digantikan dengan emosi yang lain. Nafas Seri hampir terhenti. Apa yang terpancar di mata Danish, cuba dipancarkan juga oleh Seri. Dia mahu lelaki itu tahu akan perasaannya di saat ini.

"Lepaskan aku," jerit Badrul.

Danish kembali melihat ke arah Badrul. Wajahnya yang tenang tadi kembali berang. "Kau akan keluar dari tempat ini, terus ke bilik kau dan rahsiakan apa yang berlaku. Kau sendiri tak nak orang tahu yang kau cuba memperkosa bekas tunang kau bukan? Selepas ini, kalau sekali pun kau pandang ke arah Seri, akan akan pastikan kau menyesal."

Danish menarik rambut dan tangan Badrul lebih kuat lagi sehingga dari posisi melutut, Badrul terpaksa bangun berdiri. Tubuh Badrul diheret keras ke arah pintu lif. Danish menekan butang di dinding dengan sikunya. Sebaik pintu lif terbuka, dia menolak Badrul dengan kasar. Badrul bergerak ke sudut lif, jauh dari Danish.

Sebaik pintu lif tertutup, Danish melangkah pantas ke arah Seri yang masih terduduk. Dia merebahkan tubuhnya di sisi Seri. Tubuh Seri dirangkul ke dalam pelukkannya. Airmata Seri telah kering. Dan dia sudah bosan mencurahkannya kerana seorang lelaki berhati binatang seperti Badrul.

"Saya sangka, hari yang saya tangkap mereka berdua di kondo Badrul,  itulah kali pertama mereka terlanjur. Rupanya saya salah. Mereka telah menjalinkan hubungan sebelum itu lagi," kata Seri perlahan.

Danish mengusap-usap rambut Seri. Dia turut membisikkan kata-kata lembut ke telinga Seri untuk menenangkan hatinya. Walaupun Seri terharu dengan apa yang dilakukan oleh Danish, dia tetap mahu meluahkan semua yang terbuku di dalam hatinya. Seri mahu Danish tahu kenapa dia sampai sanggup mengupahnya sebagai teman lelaki.

"Dia pujuk saya. Dia kata Yati yang menggoda dan menjeratnya. Saya percayakan lelaki itu. Saya beri dia peluang. Sehinggalah seminggu sebelum majlis pernikahan kami, dia putuskan pertunangan kami dan umumkan pertunangannya dengan Yati. Betapa terseksanya saya waktu itu. Saya lebih banyak menyendiri dan saya jauhkan diri dari semua kenalan kami. Saya padamkan semua akaun laman sosial yang saya miliki," sambung Seri.

Danish meletakkan kedua-dua tangannya di pipi Seri. Seri mendongak ke atas melihat ke arah mata Danish. Bibir Danish terbuka tetapi sebelum sempat dia meluahkan apa-apa, Seri lebih dahulu menutup bibir itu dengan tangannya.

"Selepas beberapa ketika, dengan bantuan ahli keluarga dan rakan sekerja, saya kembali kuat. Hidup saya kembali stabil dan normal. Sehinggalah saya menerima kad undangan ke majlis ini. Tapi saya bersyukur saya datang. Saya bersyukur saya setuju dengan idea gila Kak Jie. Sebab kalau tidak, saya tak akan bertemu dengan awak. Saya tak akan tahu yang hati saya yang telah mati satu ketika dulu, boleh hidup kembali."

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now