1

41 8 1
                                    

Pak!

"Aduh... sakitlah!" Intan memegang bahunya sambil menjeling kepada Aisha.

Aisha hanya mengherot bibir lalu melabuh punggung di hadapan Intan.

"Nak apa?" Tanya Intan.

Aisha hanya menggeleng dan meletakkan kepalanya di atas meja.

Intan mengangkat kening.

Sejak 7 bulan lepas, Aisha kuat betul melayan perasaan sendiri. Memanglah dia tahu si Aisha tu tidak suka bercakap tapi ekspresi Aisha tu ha...

Macam sendu gitu.

"Kau ada masalah ke Sha?"

Aisha diam. Dia rasa tak bermaya!

"Alaa bertahan sedikit je lagi bulan depan dah nak spm... lepastu kita dah bebas" pujuk Intan.

Aisha mengiyakan sahaja walaupun dia dah lali dengan ayat tersebut.

Tiba tiba Intan tersenyum lalu menggoyangkan tangan Aisha agar tidak meletakkan kepala di meja lagi.

"Weh kau tahu tak?"

"Tak tahu"

"Aisha! Betul betul la" marah Intan.

Aisha tergelak kecil haish!

"Apa yang kau nak bagitahu tu? Mamat tu ke?" Tanya Aisha sedikit mengusik.

Intan mengangguk laju.

"Kan aku kan.... aku..." Intan menutup mulut sambil memejam mata keriangan.

"Dia apa?"

"Dia kan.... aish!! Malu la nak cakap"

"Intan Sarafina... jangan cabar tahap kesabaran kawan baik kau ni" beritahu Aisha sambil menunjukkan muka geram.

Intan tersenyum bangga.

"Petang ni aku nak confess"

Aisha menutup mulut.

"Serious la? Wow bestfriend aku tak lama lagi berpunya la ni" usik Aisha sambil menolak lembut bahu Intan.

Intan pula sudah blushing membayangkan confession dia bakal diterima lelaki tersebut.

"Nanti kau ikut aku eh? Tapi duduk jauh jauh sikit eh?" Intan mula mengerdipkan matanya memujuk Aisha.

Aisha menggulingkan bebola matanya.

"Dia yang nak confess, kita pulak yang kena ikut"

Intan menjuihkan bibirnya ke depan.

"Ala bolehlah Aisha... kau tak ada pengalaman lagi kan? Meh la belajar haa esok esok mudah nak flirt bakal menantu ayah kau"

Aisha memejam mata. Mula berfikir apa yang perlu dia buat sekarang.

"Weh Sha... tu Najmi ada panggil kau tu" celah Azim, rakan sekelas mereka.

Intan memandang Aisha dengan pandangan mengusik. Sus betul!

"Haaa apa tu?" Tanya Intan namun Aisha buat tak endah dan melangkah ke arah Najmi.

"Apa?" Tanya Aisha dingin.

"Ni Am bagi. Dia nak jumpa lepas sekolah" Aisha hanya mengangguk. Najmi memerhati kelibat Aisha yang mula memasuki ruangan kelas.

"What's an eye candy girl"

.
.
.
.

"Kenapa nak jumpa I?" Tanya Aisha sambil memeluk tubuh.

HIMWhere stories live. Discover now