17

7 1 1
                                    

"kau nak jelaskan apa lagi?" marah Aisha. Matanya kembali memerah.

"Sanggup kau upah kawan-kawan kau untuk ro...gol aku Am?" Tanya Aisha. Mendengar kata-kata daripada Aisha, Haykarl menggeleng perlahan.

"It's not me! Dengar dulu apa yang I nak cakap dengan you Sha" pujukan demi pujukan cuba dibuat.

Namun ini, Ateera Aisha.

"Aku tak bodoh, Am. Yang bodoh tu kau. Dah berapa kali aku cakap, kalau kau nak bantuan then I'll help. Tak payah kut datang sini untuk balas dendam. Bersyukur sikit kau tu tak jadi pak sanggup!"

Sebaik sahaja Aisha menghabiskan butiran bicaranya, Ammar tersenyum sinis.

"You'll never know how the baby would survive. You faham ke macam mana perasaan kami, anak-anak luar nikah ni?" Tanya Ammar tenang.

Aisha hanya mengepal penumbuk. Eh kalau tak ada belas ihsan dah lama mulut dia membalas seperti peluru pistol.

"I bersyukur perkahwinan tu batal. Bukan sebab I kena jadi pak sanggup..." Kali ini Ammar mendekatkan dirinya di hadapan Aisha.

"But I know you still locked your heart same as past as me"

*****

Haura melabuh punggung di hadapan Muzam.

Entah apa perasaan yang dirasai sekarang setelah matanya sendiri menyaksikan Muzam memakai baju tahanan.

"Saya tak sangka awak boleh buat macam ni" kata Haura tanpa memandang Muzam.

"Aku dah agak kau akan cakap macam ni. Nak raih simpati aku ke? Sebenarnya siapa kena raih simpati siapa sekarang ni?" Perli Muzam sambil menyilangkan tangan.

"Saya tanya awak, semua maklumat yang saya ada dengan group polis yang lain... Awak yang bocorkan?" Tanya Haura tanpa riak.

"Aku sengaja ambil hati kau sebab kau inspektor Haura. Ingatkan inspektor ni bijak, tapi sayang kau ni kategori 'rupa ada otak tak ada' " 

Lalu gari yang berada di tangan Haura dilibas ke pipi Muzam.

Pak!

Haaa... Ambik kau, aku tengah sedih.. panas hati dengan kebodohan aku ni, boleh pula dia bercakap begitu.

"Dekat sini, manusia tak boleh bercakap bodoh. Nanti kena lebih lagi dari ini" kali ini suara Haura menjadi semakin lebih rasional.

"Betul, semua yang hancur sekarang aku yang buat" Muzam mengaku akan kenyataan itu.

"Siapa yang hantar kau untuk musnahkan RILYN'S... Kenapa kau dedahkan maklumat sulit syarikat tu?" pen di tangan dipusing berkali-kali.

"Muzam, you better to talk now. Adik dengan mak kau berada di bawah pantauan kami. Dan syarikat yang kau 'bawa keuntungan' tu dah dikerah untuk ditutup"  ugut Haura, sempat dia memandang Muzam ingin menutup kegelisahannya.

"Dan perempuan yang kau mengandungkan itu pun kami tengah jaga tahu. Kau ingat polis Malaysia bodoh macam kau ke Muzam?" Haura bertanya lagi.

"Untuk allergic anak saudara aku tu pun, ada footage. Jika disabitkan kesemua kesalahan, bolehlah kau masuk penjara sampai mampus. Bertapalah kau lama lama dalam sana ya?"

Haura berdiri lalu menyuruh kawan-kawan polis yang lain masuk.

"Macam biasa" kata Haura lalu berlalu pergi.

Salah Muzam bila dia mencari pasal dengan Haura.

Camouflaged tricks failed!

Aisha,

HIMOù les histoires vivent. Découvrez maintenant