14

7 1 0
                                    

Di rooftop hospital?

Hmm lokasi yang unik.

Ammar melangkah satu persatu anak tangga untuk tiba di sana.

Namun, Aisha tidak berada di situ. Kening Ammar terjongket sebelah. Aik?

Fail dan briefcase yang dibawanya diletakkan di atas meja yang tersedia. Mungkin Aisha menyediakan ini untuk 'sesi pergaduhan' baharu mereka.

15 minit menunggu, Ammar berdecit halus.

'Dia nak datang ke tak sebenarnya ni?'

Matanya melilau ke segenap pelosok.

"Huh?"

Kakinya melangkah ke arah tompokan barangan lama. Makin dekat dia mendekati, dia mula berasa pelik.

"Bos"

Ammar berpaling, terkejut melihat pekerja bawahannya di situ.

"Kenapa?"

"Dia buat hal lagi. Lokasi dalam 10km dari sini"

Ammar diam. Dia sedang berfikir tentang dilema yang sedang dia hadapi. Aisha atau kerjanya?

"Bos?"

Ammar tersentak lalu mengangguk.

"Ambil semua barang. Call Damia dan tanya dia, Aisha dekat mana" arah Ammar dan berlalu pergi.

"Am... to-tolong.."

.
.
.
.

"Jangan habiskan masa aku dengan benda bodoh macam ni boleh tak?!" Marah Ammar. Pekerja yang berada di restoran itu hanya menunduk. Barangkali takut dengan majikan mereka.

"Tapi tuan... kitorang tak-" Amri terdiam selepas sedar Ammar benar benar tidak mahu mendengar penjelasan.

"Do observations. Sekali lagi benda ni terjadi, aku sendiri akan jolok makanan tu dalam mulut korang" Ammar berpaling ke arah Zariel dan menepuk bahu Zariel.

Zariel menggeleng kepala. Mana taknya, kesemua pekerja di sana telah mengetahui Sandra, anak kepada pelanggan setia restoran itu alergi dengan kacang. Namun mereka tetap menyajikan makanan tersebut bersama kacang.

Memang berasaplah punggung tu haa.

"Macam mana dengan client?" Tanya Zariel mengubah topik.

Ammar angkat bahu.

"Entah. Angah ingat dia nak datang. Tapi bayang pun tak nampak"

Zariel tergelak kecil.

"Hai jarang tengok angah kena macam ni"

Baru sahaja Ammar ingin membuka mulut, telefonnya berdering.

"Angah keluar kejap" pinta Ammar dan melangkah keluar dari restoran tersebut.

"Am!"

Ammar menjauhkan telefon dari telingannya.

'Kenapa minah ni?'

"Hm"

"Sha mana Sha?! Kenapa dia tak balik balik ni? Dah 4 jam dia keluar!"

Ammar tergelak kecil.

"Eh tu kawan kau kan yang kau tanya aku kenapa?"

Damia mengetap bibir tidak puas hati.

"Dia keluar sebab nak jumpa kau. Setiap satu jam dia akan chat aku dan bagitahu dia dekat mana. Dan sekarang aku tak boleh jejak dia dekat mana"

"So"

"Bila last kau jumpa dengan dia?"

"Aku tak jumpa dia lagi. Oh lupa nak bagitahu, aku tak jumpa pun dia harini. I thought she didn't want to meet me" jelas Ammar.

HIMWhere stories live. Discover now