18

7 1 2
                                    

"kedua ibu-bapa dia datang penjara. Entah apa yang diorang bualkan sampai Maya ambil pistol untuk bunuh diri" kata Akmal.

"Sebab aku ada di situ, aku cuba rampas pistol di tangan dia. Dan akhirnya ini yang terjadi"

Aisha hanya mengangguk.

"Bukan ke Puan Maya dah meninggal ke masa tu?" Tanya Aisha lagi. Seingat Aisha, ibunya ada menyebut tentang Maya.

"Aku yang uruskan semua tu. Tengku Rayyan tak boleh terima kenyataan yang Maya dah meninggal. Jadi, dia rancang untuk bunuh Airis, ibu kau" Akmal menarik nafas panjang sebelum menyambung.

"Aku hantar Maya dekat rumah orang tua sebab aku ada mak saudara dekat sana. Dia yang jaga Maya"

Aisha hanya mengangguk. Sebak dirinya kerana teringat akan Airis.

"Aku bagi pihak Maya, aku inginkan kemaafan keluarga korang. Aku minta maaf sangat-sangat. Kehilangan orang tersayang sangat menyakitkan" Akmal menunduk.

Aisha tersenyum nipis. Nak buat macam mana lagi? Semua dah lepas.

"Betul... Sakit sangat kehilangan ni pak cik. Sakit tu sampai tak boleh nak cakap. Tapi saya tak boleh jadi lemah, sebab yang paling merasai kesakitan tu ayah saya. Rindu dia kepada ibu saya selama berpuluh tahun" Aisha mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Disebabkan rindu itu, ayah tak nak tinggal dekat sini. Memori mereka bagaikan ada di semua tempat. Ayah tak pernah datang ke sekolah sebab dia teringat dekat ibu. Sakitkan kalau hati dah sayang dengan seseorang" kalini terluah jua kata-kata yang tidak pernah terucap.

Sebelum ini Aisha hanya menahan diri untuk berkata begitu. Dia ingin menjaga hati semua orang.

Dia tidak mahu orang sekelilingnya terkesan.

"Aku minta maaf, Aisha. Aku betul-betul minta maaf"

Aisha pula menggeleng perlahan.

"Back to our topic, Ammar dengan Mika tu adik beradik ke?" Aisha mula mengubah topik. Matanya yang berkaca itu ditahan.

"Bukan. Diorang bukan adik beradik. Zariel adalah abang tiri kepada Ammar. Mereka berbinkan lain-lain ayah"

Mata Aisha terbeliak.

"Hah?!"

.
.
.
.

"Hah?! Biar betul!"

Pantas sahaja Aisha mengangguk.

"Mesti kau tak sangka kan? Aku rasa nak pitam je masa dengar ayah Ammar cakap macam tu"

Damia mula memikirkan sesuatu.

"Kenapa kau dia ni Dam?" Aisha tertanya-tanya.

"Sha... Kau tak pelik ke?"

"Apa yang pelik?"

"Kenapa Zariel tak pernah kenal kau eh? Kau cakap, diorang rapat sejak Ammar habis spm sebab pak cik Diyya ambil dia sebagai anak angkat kan?"

Aisha mengangguk lagi.

"Tapi si Zariel tu tak pernah pun cerita dekat aku pasal adik atau sedara dia"

"Yang tu tak payah fikir sangat. Aku dah agak memang Zariel tu puncanya. Haritu, aku nampak Zariel pegang phone kau. Bila aku tanya, dia cakap kau suruh dia call ayah kau. Padahal, dia delete nombor dia" Terang Damia lalu memberi satu sampul surat.

"Kejap tak faham... Kenapa kau tak bagitahu aku?" Tanya Aisha tidak mengerti.

"Sebab Ucu yang tak bagi. Kau tahu, Am dengan Ucu berhempas- pulas cari Muzam. Tengok-tengok namja sekkiya tu dalangnya kau tahu. Geram pulak aku! Eyy!" Berserta dengan gerakan penumbuk Damia menjelaskannya.

Namun di sudut hati Aisha, dia risau.

"Macam mana dengan Ucu sekarang? Zariel tu apa kes?" Tanya Aisha mula runsing kerana dia bagaikan manusia yang paling bebal sekarang ni.

She's doing nothing!

"Malam ni Ucu balik rumah ayah kau. Kau tanya Ucu sendiri. Pasal Zariel tu, aku tak tahu apa-apa. Kau kena tanya Ammar"

Aisha buntu.

.
.
.
.

90 km/j?

Heh?! Tiada masa untuk Aisha bertenang lagi.

Kakinya menekan pedal minyak. Kalau kereta boleh terbang, dah lama dia melayang atas langit sana tu.

"Tak boleh ke bagitahu aku semua benda yang jadi? Ingat aku kayu ke dalam family ni?" Aisha mula bertanya kepada diri sendiri.

Tiba sahaja betul-betul di depan pagar rumah ayahnya itu, Aisha keluar dengan perasaan marah.

Lagi nak marah sebab Ammar ada dekat situ jugak!

"Ucu!! How dare you do this to me!" Serentak itu Aisha menikam tepat di pupil mata Haura.

Haura hanya tarik senyum nipis.

Melihat wajah Haura begitu, Aisha menarik nafas sedalam mungkin untuk menenangkan hatinya yang mula membengkak.

Kemudian, Aisha terus memeluk erat ibu saudaranya itu.

"It's okay.... Sha ada dengan Ucu"

Tanpa sebarang perkataan yang keluar dari bibir Haura, dia menghamburkan semua tangisan di bahu Aisha.

"Sakit Sha... Sakit sangat"

Sebak Aisha. Namun, dia perlu bertahan. Dia kena tahan air matanya. Dia kena kuat!

"He went and leaved me alone in dirt. You know Sha, As I get older It seems I will cry more and more" kata Haura lalu memegang kemas tangan Aisha.

"Ucu... Am rasa Ucu kena masuk dulu. Rehat dalam bilik. Sha, bawa Ucu masuk" arah Ammar.

Aisha mengetap bibir. Dia dalam dua.

Mahu bergaduh, berbalas perkataan dengan Ammar atau bawa Ucu masuk dalam sana?

"Tak apa, Ucu boleh masuk sendiri. Ucu tahu Sha ada banyak perkara yang Sha nak tahu. Jangan lama sangat eh? Maafkan ucu" Lalu Haura melangkah masuk ke dalam ruang tersebut.

Hilang sahaja Haura dari pandangan Aisha,

Pang!

Ambik kau!

"Kau ingat kau siapa Am?"


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIMWhere stories live. Discover now