5

10 2 1
                                    

"Gayah... untung kau dapat menantu segak macam ni"

Puan Rogayah menyimpul senyum.

"Cantik sungguh jalan takdir tuhan aturkan... tak sangka anak aku dah nak kahwin"

Baru saja Mak Senah ingin membalas, bunyi ketukan dan salam yang lantang terdengar.

"Assalamualaikum!"

Dan masuklah Aisha bersama bagasi. Mak cik bawang yang mengopek bawang mula melihat Aisha atas bawah seperti judging.

"Ya Allah! Aisha sampai pun kamu!" Cepat saja langkah Puan Rogayah ke arah Aisha.

Aisha mendepakan tangan lalu pelukan dieratkan.

"Macam mana dekat sana? Dah lama tak tengok kamu ni... dah besar, cantik.." kulit mulus milik Aisha dielus lembut.

"Well anak mommy kan?" Kening diangkat sambil kaca mata jenama Dior itu diturunkan agar matanya kelihatan.

Puan Rogayah tersenyum.

"Ish kamu ni..."

"Meh sini tangan. Nak salam"

Sebaik saja mencium tangan Puan Rogayah, wanita tua itu baru tersedar.

"Kenapa baju kamu macam ni? Pergi concert Justin Bieber ke?"

Okay Puan Rogayah sedang memerli dia sekarang ni.

"Mommy... this is fashion! Sha nak ngorat kumbang kumbang dekat sini. Mana tahu boleh tangkap cintan ke"

Puan Rogayah menjentik lembut dahi Aisha.

"Aduh.." Aisha menggosok dahinya.

"Aisha tak ada boyfriend ke?" Tanya Puan Rogayah sambil membawa Aisha ke bilik tetamu. Tahu sangat kawan kawannya akan bercakap buruk di depan Aisha.

Aisha mengukir senyum hambar.

Tangan tua milik Puan Rogayah digenggam.

"Jujur, Sha gamon mommy. Tapi demi Intan, Sha janji Sha akan buka hati untuk lelaki lain. Sekarang ni, mommy kena cari lelaki yang handsome untuk Sha"

Puan Rogayah melihat Aisha serba salah.

"Maafkan Mommy, Sha..."

"Tak ada apa pun lah. Sha buat keputusan tu sebab Sha dah fikir akibat dia. Sekarang ni, kita kena jayakan baik baik majlis perkahwinan diorang"

"Mommy sayang Sha"

.
.
.
.

"Auch!"

"Aduh...."

"Penatnya..."

"Tolong, dah tak boleh dah ni"

Itu semua keluhan yang terbit dari Aisha. Maklumlah tak pernah masuk dapur. Setakat buat maggi dia retilah, ini nak potong potong semua ni hancur binasalah jawab dia!

"Mommy... huaa pedih mata Sha- ark"

Lengan yang berbalut kardigan menyapu air mata yang berendam di kolam mata.

Satu persatu darah menitis di lantai.

Haa kan dah terkena penutup tin.

"Kenapa tu Sha?"

"Ni" dia menunjuk jarinya yang terhiris.

"Aish kamu ni.. dah pergi naik. Biar mommy yang buat"

Aisha mencebik.

"Kena sikit je pun"

"Dah dah naik sana. Dah nak malam ni, kamu seharian tak mandi mandi. Pergi mandi. Busuk tahu" Puan Rogayah menghalau lagi.

HIMWhere stories live. Discover now