13

6 1 0
                                    

Ammar tersenyum senget.

"I know everything"

Kedua dua mereka memandang ke arah satu sama lain. Renungan Ammar tidak seperti dulu lagi.

Sebelum ini, matanya sentiasa bersinar untuknya. Dan sekarang, Ammar seolah tidak mengenalinya lagi.

"Kalau boleh aku putar masa, aku takkan bertindak macam tu" ucap Aisha tanpa sedar.

Air mata yang mengisi kolam mata akhirnya jatuh mengalir di pipi.

Sekali lagi, Ammar tersenyum. Lebih kepada sinis.

Jari telunjuknya naik menuju ke dahi Aisha.

"Jadi bodoh sekejap je Sha... Tak sakit mana pun. Ni kalau jadi macam ni.." kali ini Ammar mengarahkan jari telunjuk ke arah kepalanya pula.

"Parents sendiri pun tak nak"

Aisha terdiam.

Melihatkan Aisha dia membatu, Ammar mengeluarkan kad firma miliknya.

"Aku datang sini untuk tolong bapak kau. See you later"

Tanpa menunggu huluran daripada Aisha, Ammar terus membuang kad tersebut ke atas lantai dan berlalu pergi.

Aisha mengepal penumbuk.

"Dia ingat dia gempak sangat?"

Kad yang berada di atas lantai dilihat geram. Kakinya memijak kad tersebut berkali kali.

Beberapa saat kemudian, telefonnya berdering.

"Aku nak kau bagitahu bapak kau tu, buang pekerja"

Aisha mengepal penumbuk. Pintu rumah dibuka kasar. Ammar sudah selamat berada di dalam perut kereta sambil memandang ke arahnya.

Aisha mula melangkah laju. Dari tadi lagi dia menahan rasa.

Semakin laju langkah dibuat dan

Prak!

Cermin sisi kereta disepak kuat sehingga patah.

Aisha mengukir senyum puas.

Kepalanya beralih ke tempat pemandu.

"Kalau kau fikir kau dah cukup bijak dalam hal ni, I can be better than you la!"

.
.
.
.

"Sha, tolonglah rendahkan sikit ego kau"

Aisha berdecit halus.

"Rendahkan ego? Eh kau tak fikir ke yang dia nak runtuhkan lagi syarikat tu?"

"Ada sebab la dia buat semua tu. Lagipun dia lebih arif dari kau Sha" nasihat Damia. Pusing kepalanya selepas mendengar kejadian yang berlaku tadi.

"Aku minta tolong kau jadi mata untuk aku je. Bukan pergi minta tolong si Ammar tu. Kalau kau nak bantu aku pun, carilah orang lain. Aku tak nak dia" marah Aisha.

"Kenapa? Kau ada hati lagi dengan dia?" Tanya Damia. Sengaja memanaskan api yang sedia panas.

"Kau boleh tak jangan kaitkan hal tu dengan isu sekarang. Kalau aku suka dekat dia pun kenapa? Aku tak susahkan hidup kau pun kan?" Dan Aisha mula mengatur langkah ke bilik meninggalkan Damia berseorangan di ruang tamu.

"Weh Sha! Sorrylah" jerit Damia.

Aisha buat tak endah. Siapa je tak sakit hati.

Dari dulu sampai sekarang, tak habis habis cakap benda sama. Bukannya Damia tidak tahu hal sebenar namun dia tetap mengajukan hal yang sensitif itu?

HIMWhere stories live. Discover now