7

8 2 1
                                    

"Sha! Sini kejap" panggil Intan.

Pelamin berwarna royal blue dan light brown dilihat.

"Cantik tak?"

Aisha mengangguk.

"Aku nak minta tolong boleh?"

"Apa?" Tanya Aisha.

"Malam ni aku dengan Ammar kena beli cincin. Kau ikut aku eh? Mommy tak bagi aku pergi sorang sorang dengan Ammar"

Aisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'Alamak...'

"Bolehlah Sha" mata dikerdip berkali kali agar Aisha menerima ajakannya.

"Tengoklah eh? Petang ni aku beritahu kau. Aku tolong Muzam pasang khemah kejap"

Aisha pergi tanpa menunggu balasan Intan.

"Muzam, ikut saya kejap" baju Muzam ditarik dan semestinya lelaki itu pelik kenapa dengan Aisha.

"Nah ambil kunci ni lepastu hidupkan kereta"

"Cik Aish nak pergi mana?"

"Balik KL"

"Hah? Eh mana boleh Cik Aish.... nanti Haura marah saya"

'Kenapa pula dengan budak ni alahai' tergaru kepala Muzam dibuatnya.

Aisha menjeling tajam.

"Siapa bos awak sekarang ni?"

"Dua dua bos saya..."

Aisha mengetap bibir. Dada yang berombak tadi mula terasa terkawal kembali.

"Macam ni, lepas kita siapkan khemah semua tu... kita pergi jalan jalan. Boleh tak?" Tanya Muzam hanya mahu memujuk Aisha untuk tinggal dan bertahan di situ sementara.

"Okay fine"

.
.
.
.

Muzam menundukkan kepalanya. Dapat dia rasakan aura negatif yang sedang dikeluarkan dari jasad bosnya.

"Macam mana ni Sha... cantik kan cincin ni?"

Aisha hanya mengangguk sambil menggaru lehernya. Okay tak tipu dia annoying dengan Intan sekarang ni!

"Okay tak Sha? Ni cincin couple punya! Am, awak suka tak cincin ni?" Tanya Intan yang teruja.

"Cantik sangat Intan, awak ambil je yang mana awak suka. I'll pay it"

Intan mengukir senyuman lebih kali ini.

"Sha ak-"

"Yow my sister! How are you today and yesterday?" Maka datanglah ibu saudara yang tercinta memotong Intan.

Aisha cuba menahan cebikan yang mahu saja terbit di bibirnya.

"Dia 'happy' sangat sangat" balas Muzam sambil tersenyum lega. Kalau ingatkan si Haura ni bukan buah hatinya, dah lama Haura kena marah.

"Hmm kenapa korang dekat sini? Nak kahwin juga ke?" Tanya Haura dalam nada mengusik. Maklumlah 'orang sana' yang nak kahwin, kenapa diajaknya 'orang sini' untuk beli cincin kan?

"Ucu buat apa dekat sini?" Tanya Ammar sambil tersenyum.

Haura menggeleng.

"Ada kerja dekat sini, by the way tahniah atas perkahwinan yang bakal berlaku esok hari ya?" Terdengar nada sinis dari Haura. Namun Intan hanya memekakkan telinga.

"Kalau macam tu ucu pinjam Aisha dengan Muzam kejap. You guys have fun la eh? Daaa~" Lalu diheret Aisha ke restoran seafood.

"Haa macam mana?"

"Tak ada apa pun. Cuma Sha rasa Ammar betul betul sayangkan Intan"

Haura menggeleng.

"Bukan yang tu"

"Lepastu?"

"Muzam. Handsome kan? Dia macam eye candy for me. Manis je"

Aisha memejam rapat matanya. Orang tengah serious dia boleh main main?

"Ucu tahu tak apa yang Muzam tu buat pada Sha?"

"Apa?"

"Dia bagi kacang lepastu Sha sakit"

Haura tergelak kecil.

"Hmm... Sha tak rasa pelik dengan kawan baik Sha tu?" Haura mula mengubah topik.

"Sha... Sha tak tahu"

"Jangan tipu ucu. Sha sedar apa yang dia buat kan?"

Akhirnya Aisha mengangguk.

"Dia macam..."

"Sengaja" potong Haura laju.

"Haa dia macam sengaja nak buat Sha cemburu bila dia sweet sewel dengan Am" balas Aisha dengan wajah geram yang tidak boleh digambarkan lagi.

Haura tarik senyum senget.

"See? Dalam dunia ni jaranglah nak jumpa perempuan nak berbaik dengan ex' s boyfriend diorang. Sha je yang beria nak berkawan dengan si Intan tu" Aisha ternganga. Selamba badak je ucu cakap macam tu?

Fakta yang benar tapi menyakitkan!

"So, Sha setuju tak dengan ucu?"

"Hah?"

"Kita kan dah berbincang tentang ni dekat rumah"

Aisha mengeluh.

"Sha tak nak jadi perampas ucu... Sha tak nak perempuan lain rasa apa yang ibu rasa walaupun ayah sayangkan ibu"

Haura terdiam.

"Kalaupun Sha terdesak sangat, Sha takkan ambil Ammar macam tu je. Lagipun, Intan tu kawan baik Sha sendiri"

"Sampai bila Sha nak jadi macam ni? Sha yakin Sha takkan menyesal dengan tindakan Sha ni?" Tanya Haura. Geram dengan sikap payah Aisha.

"Banyak lagi lelaki lain ucu... bukan Ammar je"

"Okaylah kalau macam tu. Ucu dah tak boleh tolong Sha. Muzam and I will go to Australia tonight. And don't forget to back home before your birthday. Your father is waiting to celebrate you" Haura berdiri lalu memakai gelas mata hitam.

"Hmm okay ucu"

"And one more, ucu nasihatkan you pergi buat 'me time' sikit. You look so tired. Nah duit" sampul surat diberikan kepada Aisha. Tahu sangat Aisha semestinya tidak akan menghabiskan duit sendiri semata mata untuk shopping.

Telefon yang berdering diangkat.

"Sha, kau dekat mana?"

Aisha melihat skrin telefonnya. Intan.

"Baliklah dulu. Nanti aku balik dengan teksi"

"Okay. Am, kita balik dulu. Dia balik dengan teksi" sempat Aisha mendengar perbualan Intan bersama Ammar.

Terbit keluhan lagi.

Sampai bila dia perlu mengeluh macam ni?

Sampul surat yang diberi oleh Haura dilihat.

Mungkin Haura betul, dia hanya perlukan masa.

*****

"Burger ayam dengan extra cheese 2. Sosej ni dengan ni 1 lepastu ais soda satu. Meja 12"

Aisha membetulkan tudungnya. Telefon yang tiada sebarang notifikasi diperiksa.

Kenapa semakin besar, dia semakin sunyi?

Beberapa minit kemudian,

"2 Burger ayam extra cheese, sosej 2 dan air soda kan?"

Aisha mengangguk tanda membalas.

Burger yang dimasukkan ke dalam mulutnya dikunyah perlahan. Lopak air yang hampir dipijaknya dilihat lama. Bayangnya saja sudah cukup menyedihkan.

Perlukah air matanya menitis sekarang?

"Aisha"

Aisha mengangkat kepalanya.

Ammar?

******

🌬

HIMDonde viven las historias. Descúbrelo ahora