15

10 1 0
                                    

"Hah?!!"

Terkejut, terkedu, tergamam dan terpana.

Semua perasaan mula bercampur baur.

"Demi kebaikan Sha juga... Ayah setuju dengan keputusan Ammar" Haykarl memberitahu selamba.

Aisha menggeleng sambil memandang tepat ke arah mata Damia.

"Damia, kau buat prank kan?" Tanya Aisha.

"Sha, tak ada orang yang nak bergurau bila keadaan dah jadi macam ni" Damia tersenyum hambar.

Sedih.

Masakan tidak, Aisha bakal mengakhiri zaman bujangnya namun bagaimana dengan dirinya?

Dia tidak mahu jadi andartu tanpa sahabatnya!

"Sha tak nak kahwin" Aisha kembali berbicara kepada Haykarl yang elok duduk di sofa.

"Kena jugak!" Sampuk Damia.

"Aku cakap aku tak nak-"

"Ateera Aisha. Ayah tak nak dengar sebarang penolakan"

Haykarl mula mengangkat jari telunjuknya membuatkan si anak mula gerun.

"Hey guys... Apa berlaku ni?" Haura yang baru sahaja tiba di ruang tersebut.

"Ucu.. meh sini, biar orang bagitahu" Damia memanggil Haura dengan perlahan menggunakan isyarat tangan.

"Ammar dengan Sha akan kahwin express"

"Hah?!!"

See? Even Ucu pun terkejut beruk, apatah lagi dia yang kena menghadapi ni?

Haura kemudiannya mengangkat kening ke arah Aisha, ingin memastikan dia mendengar perkara yang benar.

Aisha menjuih bibirnya ke depan. Tepatnya kepada Haykarl.

"Tolong Sha... Tak nak kahwin.." beritahu Aisha tanpa suara yang keluar.

"Abang dah fikir masak-masak ke?" Tanya Haura sambil bercekak pinggang.

Haykarl tidak menjawab sebaliknya dia mengeluarkan beberapa helai kertas.

"Kalau Sha tak kahwin, I will never stay here. Dan, Haura tidak dibenarkan untuk campur urusan ni"

Makin ternganga Aisha dan Haura dibuatnya.

"Korang berdua pergi naik sekarang. Kalau korang curi curi dengar, ucu doakan korang bermadu dengan si intan tu"

Aisha dan Damia mendengus.

"Ish nauzubillah! Jom Sha" Damia segera menarik lengan Aisha, membiarkan Haura dan Haykarl bercakap.

Siblings talk talk gitu.

Setelah memastikan dua sekawan itu naik ke bilik, Haura melabuh punggung di sofa di sebelah Haykarl.

"You are too much this time, Karl"

Haykarl mengeluh. Dia tahu Haura sedang naik angin dengan tingkahnya.

"Memang Haura panas punggung kalau abang buat anak sedara Haura macam tu. Eh Haura dah anggap Sha macam anak Haura sendiri tahu" makin bertambah keinginan untuk Haura berleter.

Ahh! Si Haykarl tu tahu apa je tentang Aisha. Selama ni pun, Aisha selalu berada dengan Haura.

"Sebabtu abang tak benarkan Haura masuk campur. Abang dah masak dengan perangai Haura dan Aisha" pada masa yang sama beberapa helai kertas dihulurkan kepada Haura.

Haura hanya mengambil kertas tersebut bersama jelingan.

Tuan Haykarl,

HIMWhere stories live. Discover now